Monday, August 31, 2009

Pengaruh dari mereka yang sekecil itu....

.


Mungkin terpengaruh dengan iklan nelayan udang laut dalam, seorang kawan YM aku yang dia tengah mengunyah 'shrimp stick' tengah-tengah malam.


Ya, tengah-tengah malam mengunyah udang goreng tepung. Itu lah pengaruh iklan yang luar biasa. Dalam iklan, selalunya kaki-kaki pengiklan akan kenal pasti 'influencer' untuk segmen produknya. Bukan setakat 'buyer'. 'Influencer' lebih berkuasa untuk mempengaruhi 'buyer' untuk membeli.


'Buyer' selalunya (memang pun) mempunyai kuasa untuk membeli kerana ada wang. Dia boleh buat keputusan sama ada nak beli atau tak kerana itu wang dia. Kebanyakkan iklan akan tujukan mesejnya kepada 'buyer'.


Tapi, sebenarnya, 'influencer' lebih berkuasa untuk menentukan sama ada 'buyer' jadi untuk beli atau tak. 'Influencer' selalunya (memang pun) tidak punyai kuasa membeli kerana kurang wang. Ye lah, kalau dia ada duit, dia tentu terus beli tanpa perlu pujuk atau pengaruh 'buyer' yang banyak duit. Dia itu sendiri beralih menjadi 'buyer'.


Dalam iklan itu sendiri terdapat 'influencer'. Kalau setakat nak tunjuk barang, cukup sekadar tunjuk gambar barang, harga dan dimana boleh dapat barang itu. Tapi, itu tak mencukupi untuk pengiklan.

Dia 'ditugaskan' untuk mempengaruhi bakal pembeli. Jadi, dia masukkan 'influencer' dalam iklan seperti artis-artis yang kiut-miut untuk memujuk, atau pakcik-makcik yang kononnya dia orang dah beli dan berpuas hati. Boleh percaya?


Siapa lagi 'influencer' selain dari dalam iklan?

Aweks, Kekasih Gelap, Anak-anak dan orang-orang yang tak ada wang tapi nak beli itu ini. Ini termasuk orang-orang yang ada wang TAPI kedekut nak mampos, asyik nak pow orang je...




'... tapi bro, aku rasa macam kena tipu'

YM dari kawan aku.

' Aku tengok iklan, udang dia besar. Bila beli, kecik nak giler... '


Aku YM dia. Aku kata, itu bukan 'shrimp stick'. Itu 'shrink stick'....



Tengah malam itu, kawan aku YM aku sambil mengunyah 'shrink stick', setelah dipujuk oleh anaknya untuk beli setelah lihat iklan di TV.





Ceh! Mama buat lagi sedap.

.

12 comments:

aza ni said...

dua sumber yang ada pada kita kadangkala diguna oleh peraih peraih simpati belian,isteri dan anak, anak dan isteri,
bang,kereta ixora ini mama tengok cukup sesuai dengan keluarga kita....abah, adik suka ixora...mantap giler...

kebetulan abahnya baru dapat durian runtuh...cair...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Abih tu, jadik beli ke???

Insyirah said...

Ala...bukan shrimp stick aje, apa-apa jenis iklan pun jgn tergoda. Semuanya tipu-tipu belaka. Pengajarannya, lepas ni suruh mama aje yg masak. Lagi sodap.

Anonymous said...

Brader,... tadi wa makan benda alah (shrimp stick or shrink stick) tuh... not bad... KFC nih marketing baikkkk punya... apa kata luh suggest pulak diaorang buat KFC Pekasam Udang, pasti banyak org kampung berjamu-selera kat KFC tuh... hah ha ha...

ckLah @xiiinam said...

ckLah pun masak udang tadi....
udang galah sungai.....kacau tempoyak...

aza ni said...

bukan cerita ku nizam.cerita orang lain....aku nganga je...he he he

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
AKu mudah tergoda agaknya... hahaha

Sepa,
Aku syorkan dia buat terubok sarawak la pulak... buat macam keropok. Kalau tak pun, campur dalam bubur ayam dia tu...


Cklah,
Udang galah sungai perak... sedap tu.. Cklah bukan ke tengah pantang? boleh makan tempoyak ke..?


Azani,
Eh, bukan kamu pun sekali dalam projek juta-juta tu ke? Takkan tak dapat. rintik-rintik pun jadi le.. lebat tu..

tasekM said...

silap2 udang yg org buat belacan tu yg diorg buat shrimp stick tu tak? he he.


.

kucingorengemok said...

adakah shortage ayam sampai kfc jual udang?

Nizam.Ariff said...

TM,
Tu kecik sangat tu... baik buat cucur udang je... hahaha

KOG,
Mungkin dah dekat raya ni, ayam semua naik harga... tu yang beralih ke udang tu...

ASH said...

Betapa ketingalannya aku...
errr KFC jual UDANG goreng tepung ke??
ha ha ha..
kenapa aku tak tahu nih?!!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ada kak, udang sampah... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com