Tuesday, August 18, 2009

Selamat malam, kang...

.

Aku. Dalam sejuk dinihari. Masih tersengguk-sengguk mengatur saraf tunjang agar lurus. Terbelit. Sekejap simpulnya ke kanan. Sekejap simpulnya ke kiri.


Dalam sengguk-batuk-sengguk-batuk. Tidur siapa yang lena?


Seperti kata aku dalam satu mesej ringkas elektronik, 'mau saja aku keluar ke kaki lima sana lantas aku sagat tenggorok aku pada aspal yang kasar. Atau saja aku korek asfal lalu aku telan, buat melunturi geli-gatal batang tenggorok aku'.


Waduh, puspa! kataku lagi.

Bisa saja hilang maruahku kalau garau begitu, sambungku lagi.

Emangnya sudah terlalu sial aku ini? tanyaku lagi.

Bukan, kang! Percuma saja kalau gitu sih.

Kang masih ada maruah?

Gampangan kamu tuh! Enak saja ngomong gitu.



Dan dinihari tetap sejuk. Membuat kokol aku bertambah garang. Bagai halilintar menyipi kuping telinga.


Mana selimut aku?

Selamat malam, kang.


Hmmm....





.

13 comments:

kakpah said...

kau ambil sesudu atau dua sudu kicap, perah asam limau. Biar masam-masam masin gitu. Minum sesudu campuran tu dan biarkan kat tekak sekejap. Terus telan.

Kalau tak mujarab gak, akak sarankan kau ambil garpu, garu tekak kau yang gatal tu.

Ataupun kau ambil chopstick. Lekatkan hujung chopstick tu dengan kertas pasir. Jolok kerongkong kau.

(keh..keh..)

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Tang kicap tu betul ke? Selalunya aku dengar madu lebah je. Wow! Petua baru tu, boleh cuba. Pakai kicap jenama apa kak?

Kicap Tamin ok tak?

xiiinam said...

Howalah kang....
Demam sampai meracau gitu....


Panas sangat ya....
Meh ckLah jamah dahi meh...


Mmmmmmmmmm...alah. Sian...


ckLah pun kalau demam panas selalu fikiran menerawang....terbang-terbang di udara....atau menyelam ke dasar lautan...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Aku kejap kebah, kejap panas....
Tu yang kejap takut, kejap berani tu...

Tapi, sms tu betul, yang lain tu mainan minda jer...

addyaholix said...

kalau baca blog ko ni agak-agak bleh jangkit tak bang?

kakpah said...

kicap apa pun boleh.

Insyirah said...

Alahai...kesiannya. Risau tengok ramai orang sakit. Moga cepat sembuh ya bro!

tasikmerah said...

nizam, petua kak pah tu sgt betul. opah aku pun bg petua yg sama. dan2 batuk baik.


.

Nizam.Ariff said...

Addy,
Boleh jangkit jadi giler-giler macam aku...

Kakpah,
Orait...!
Aku improvisasikan sikit. Kicap campur limau, tuang atas ayam goreng. Makan dengan nasik...

Insyirah,
Terimakasih, dik.
Adik pun kena jaga-jaga... org bertunang 'darah manis', kata orang...

TM,
Ko dah try tak?
Nanti aku nak try. Tapi aku takut termuntah belahak je kang... kena improvise sikit...

secangkir madu merah said...

ini dah kes teruk dah ni..
sampai meracau2 cakap indon dulu2 pulak ni.. kesian betol..
baik ko cuba petua yg kakpah bagi mudah2an mujarab..

Hasri bin Hasfa said...

brader... (wa tgh gelak nich)... luh memang transformer la beb... ops atau predator ka (yg bertenggek atas pokok tuh...)... hahaha...

ashley said...

ko tengah jadi apa sekarang?predator...??
ish ish ish....

Itu menurut kata komen terakhir...

Nizam.Ariff said...

Secangkir Madu Merah,
Lalok kak, lalok minum kicap sebotol... hahaha

Betul ke petua tu? Masing-masing serius semacam je...

Sepa,
Walau pun transformer dah 2 kali masuk wayang, gua tetap dengan Predator pujaan gua! Weii... predator tak bertenggek atas pokok la... dia bertenggek di bangunan 14 tingkat! Baik maih, aku nak cabut tulang belakang Chasiman jap..


Ashley,
Predator tengah layan Puspawati Ramahluuu...

Hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com