Wednesday, August 5, 2009

Shah Alam oh Shah Alam

.


Semasa aku kecik-kecik dulu, aku belajar dalam Ilmu Alam, S.Alam adalah ibu negeri Selangor. Memang gah seperti namanya, tentulah segala pembangunan ada. Paling tidak, seperti PJ atau K.L. Kalau tak, janganlah kata ibu negeri. Segala yang ibu mestilah besar-besar belaka. Penuh lemak dan gebu.



Bila aku berhijrah sekitar 1996 ke S.Alam, aku kaget. Aku rasa macam pekan T.Intan pulak. Bukan! Pekan T.Intan pun ada 2 panggung wayang, ada tempat bermain snuker, tempat minum todi haram dan judi kuda.


Aku hairan, kenapa ibu negeri Selangor ini terlalu cepat tidurnya. Pukul 11pm dah berdengkur. Dan kebanyakkan pokok lebih tinggi dari bangunannya. Kecuali bangunan SUK. Masa tu.


Sekarang. Aku dah faham.


Segala-galanya untuk elakkan dari tragedi lompat tingkap. Kombinasi berjaga lewat malam dan tidur di bangunan tinggi ternyata amat berbahaya kepada mereka-mereka yang kuat mengigau.







.

13 comments:

kucingorengemok said...

rumusan yang bagus... cikgu kasik A :)

Insyirah said...

Saya suka duk kat Shah Alam. Tak sesak macam Puchong ni. Lepas tu, nak buat aktiviti hiburan pun tak ada. Memang elok la mcm tu.

Nizam.Ariff said...

Sebelum tu, Kak Ashley mintak aku estimate kelajuan hentaman sewaktu 'lelaki' itu menyembah Bumi. Ok, aku estimate:

Kalau jatuh dari tingkat 14 ke tingkat 4, berat badan lebih kurang 65kg:

S=s+vt+(1/2)gt.t
s initial =0; v initial =0
S = (14 tingkat-4 tingkat)x 3m
S=30m.

S=(1/2)9.81(t.t)
30=(1/2)9.81(t.t)
60=9.81(t.t)
t=2.473 saat.

Lelaki Cina tu jatuh melayang dalam 2.473 saat je sebelum terhempas!

V= v + gt
v initial = 0

V=9.81(2.473)
V=24.261 m/s, atau
V=87.34 km/j!

Lelaki CIna tu jatuh terhempas pada kelajuan 87.34 km/j!

Momentum hentaman = M.V
= 65kg x 24.261 m/s
= 1576.96 kg.m/s

Kalau impak itu dalam 0.5s (masa dari badan mula tersentuh simen hingga terhenti)

Impulse = 3153.93 kg.m/(s.s)
Daya hentaman = 3153.93 N

G dari impak = 3153.93/(9.81 x 65)
G= 4.946

Dia jatuh dengan impak 4.946 G,
Kereta F1 pun ambik korner 2.5G je!

Kesian....




KOG,
Yay! aku dapat 'A'.. terima kasih cikgu.

Insyirah,
Memang bagus, tenteram. Tu sebab aku juga suka duduk kat sini... err.. kat Bangi pun ok.

addyaholix said...

aku harap aku duduk shah alam. tengah KL ni sesak sangat. semak kepala. berserabut. neuron dalam kepala aku sikit demi sikit makin mati. tak tahan!

mak dah banyak kali tanya bila nak balik kerja kat kampung, yang tu lagi aku tak sanggup. ramai sangat tanya pasal kahwin. bukan setakat neuron aku mati, jiwa aku pon macam dah terbang separuh. tak tahan!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku syorkan, untuk menghentikan segala pertanyaan dan juga jiwa ronta kamu tu, kamu bawak balik le seorang dua bini. Pasti jiwa kamu kembali bercantum....

tasekM said...

yang jatuh tingkat 14 tu bukan sbb mengigau. tu sbb kena tolak. he he.


.

DaliaLiyana said...

dalia dibesarkan kat shah alam..sec 6..tp la ni dah dok puchong...Huhuhu..
bro senang2 tgk blog dalia yang ni gak k...TQ

http://svr-penggunabijak.blogspot.com/

secangkir madu merah said...

shah alam lokasi yang tenteram untuk bermastautin... walaupun aku tak tinggal kat situ..

zannaz said...

hahahahahha..... lebih baik terjun bangunan dari kena letupan.. kurang2 kau still boleh nampak jasadnya dari kau jumpa dia hanya dengan daging dan serpihan sahaja....

ckLah @xiiinam said...

"Alangkah indahnyaaaa
alam maayaa
yang berpuspa warna
dan mengasyikkan..
Yang serba menawan..
angan-angan berahi....


yale-yale-yale-yale-yale"

Sila sengaukan suara ketika menyanyi lagu di atas.


Err...siapa nyanyi lagu tu ya...Herman Tino kan? Yalah kot ...tak mungkin Faizal Tahir atau Imran Ajmain..

ckLah @xiiinam said...

...begitulah...
komen yang tada kena mengena dengan cerita....
Dari seorang makhluk yang kelaparan...

ASH said...

Suatu ketika aku drive sendiri nak gi tengok adik IPAR aku yang baru lepas bersalin...Rumah SEKITAR masjid SHAH ALAM tu.

Sekali..ha ha ha tersesat masuk betui betui depan pintu pago..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pintu pago CALSBERG!!
betapa SESAT dan SESAKNYA akuuu..

aku tak nak berdekatan dengan IBU SEGALA IBU yang ITU!!

Nizam.Ariff said...

TM,
Weh.. itu sub-judice namanya tu. Mana boleh buat konklusi lagi... hehehe

DaliLiyana,
Pindah la balik ke S.Alam. Kat sini ada banyak rumah baru buat, sebelah Bukit Cherakah tu...

Secangkir Madu Merah,
Jom lah bermastautin di sini...
Tapi, aku pun bukannya ada landed house pun. Kata orang, kalau nak tanam pokok bunga pun atas angin je la...


Zannaz,
Dua-dua aku tak nak. Dua-dua terasa ngerinya. Boleh ngigau tu...


CkLah,
Sabar cikgu, sabar. Sikti je lagi nak berbuka tu... hahaha.

Tapi, apasal hati girang semacam je ni? Ada apa-apa ke?

Ashley,
OHh.. Jalan itu memang jalan yang sesat! Lagi menyesatkan! Lain kali, jangan belok-belok. Terus je ke depan baru jumpa Masjid Biru. Bak kata orang, jalan yang selamat ialah jalan yang lurus...

Kalau belok ke kanan memang sesat jalan.

Hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com