Friday, September 11, 2009

Berbeza itu juga keadilan...?

.

Aku sering juga ditanyai oleh seorang anak buah di tempat kerja, kenapa orang lain boleh buat begitu tetapi kalau dia tidak boleh. Kenapa kalau kelibat dia tiada , ditanyai. Sedangkan kelibat orang yang satu lagi, jarang pula ditanyai. Akak itu selalu kurang berpuas hati terhadap abang yang seorang lagi itu.


Mereka berdua punyai bidang tugas yang berbeza sebenarnya tetapi kedua-duanya melakukan kerja-kerja berasaskan projek. Malah, gred mereka juga amat jauh berbeza, seorang eksekutif dan seorang lagi cuma juruteknik. Walaupun akak tu tak kata tetapi aku tahu dia mempersoalkan keadilan. Akhir-akhir ini, aku malas nak layan. Malah, kadang kala sengaja aku biarkan supaya dia lebih berfikir tentang keadilan.


Adakah keadilan mutlak ada di dunia ini?


Sesetengah orang melihat keadilan itu wujud dengan kesamaan (bukan kesaksamaan). Ia dikatakan adil bila semuanya sama rata. Bak kata, pokok perlu sama tinggi. Bangunan perlu sama besar. Namun hakikatnya kalau semua sama begitu, dunia ini dibina secara homogenus, ia adalah satu binaan yang amat membosankan.


Keadilan Tuhan dari segi pembalasan di dunia dan di akhirat lebih senang diterima. Sukar untuk kebanyakkan kita terima keadilan Tuhan di dunia ini. Kenapa kulit orang itu lebih cerah, kenapa orang itu lebih kaya, kenapa di sana tidak aman. Berbuih-buih mulut para ilmuwan berkhutbah dan berceramah namun dalam hati kebanyakkan kita masih mempersoalkan tentang keadilan jika konsep keadilan berteraskan kesamaan masih tergenang dalam fikiran.



Kenapa tidak mahu melihat keadilan melalui perbezaan? Keadilan juga wujud dalam perbezaan sebenarnya. Malah itulah yang biasa kita lihat di dunia ini. Seperti mana kejadian setiap makhluk dijadikan berbeza, adalah lebih adil jika kelebihan yang lain pula digandingkan dengan kekurangan yang ada padanya. Pokok yang besar berbuah setahun sekali namun pokok rumput yang kecil amat mudah membiak sepanjang tahun.


Manusia dijadikan berbeza-beza dan jalan hidupnya juga berbeza-beza. Demi keadilan, setiap dari mereka mepunyai kelebihan tertentu untuk digandingkan dengan kekurangan yang ada pada setiap mereka. Itu keadilan juga. Jika orang beri tumpuan hanya pada kelebihan yang orang lain ada, terjadilah perasaan kurang adil.



Kasihan. Akak itu sukar menerima keadilan dalam perbezaan. Malah melalui pengamatan aku, kebanyakan kaum wanita berfahaman keadilan itu kesamaan manakala kaum lelaki melihat keadilan itu dalam perbezaan. Mungkin itu lumrah yang Tuhan jadikan.






.

11 comments:

tasikmerah said...

kenapa org yg gaji kecil anak sembilan. tapi org yg gaji besar anak sorang?





ya. itu juga keadilan.

kucingorengemok said...

orang pakai sluor katok cap buaya, kita pun nak juga... adil sangat

Insyirah said...

Dalam mencari persamaan dan perbezaan, semua ini pasti ada hikmah-Nya. Tak perlu soal banyak dan mencari jawapan bagai nak rak.

Pemikiran orang laki dan perempuan mmg berbeza. Tapi itulah yg menjadi pelengkapnya.

ashley said...

TM,
aku syukur sebab abang tak le gaji kecik COET..walaupun anak SEMBILAN!!
cam tempias lak sebut 9 anak tuh!!!
.
.
.
.
aku jer yang gaji COET..
.
.
.
KO, Tijah, NIZAM...dan seumpamanya..ha ha ha..gaji BESSSAU!!

ashley said...

Nizam,
hmmm...falsafah.falsafah..

tasikmerah said...

ash, hahaha.... aku tersalah angkakah? hahaha...

kamu lain kes kak. kamu gaji besor. tu sbb ank ramai. he he.



.

xiiinam said...

...bila bang Ajib umumkan pemberian saguhati RM500 hanya untuk kumpulan sokongan.....tiba-tiba aku terdengar beberapa sesi rungut-merungut pasal adil tak adil ni...


Aku? Setakat dengar sajalah.....

SHIMI said...

adakah keadilan itu ada kena mengena dengan tamak haloba

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku dah kata, keadilan jangan hanya diukur dengan kesamaan, ia mungkin hadir dalam perbezaan... walau pun sukar di terima, ada keadilan disebaliknya. Tuhan yang Maha Mengetahui.

KOG,
Ada ke seluar cam tu? Aku ingat kasut je .... hehehe

Insyirah,
Pendapat kamu menjadi pelengkap kepada perbahasan ini...

Ashley,
Kalau harta hanya diukur dgn wang ringgit, memanglah begitu...
Tapi
Cuba kalau jumpa kawan lama, antara perkara yang ditanya ialah ' dah berapa orang anak?'.
Tak pernah pulak ditanya, ' berapa buah rumah, atau berapa duit dalam bank?' betul kan....?
Anak adalah harta yang tak ternilai....

Ashley,
Asyik cerita pasal makan, juadah berbuka, bersahur je... sekali sekala cerita pasal ni, apa salahnya... sama-sama kita pecah kepala...hahaha

TM,
Ashley kaya budi bahasa... hahaha


Cklah,
Keadilan yang sukar ditelan. Kami kat swasta pun dengar je la... kami bukan jeles kat RM500 tu. Kami cuma risau sikit lagi barang-barang mesti naik... hahaha


Shimi,
Kalau tamak haloba, dimensi keadilannya bukan antara bumi sini dan bumi sana.
Dimensi keadilannya antara dunia ini dan akhirat sana... dan Tuhan sendiri yang akan mengadilinya.
Ya, ianya tetap adil, percayalah...

.

Hasri bin Hasfa said...

...and justice for all... - teringat lagu metallica la pulak...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
.. justice was raped... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com