Monday, September 14, 2009

Gaya hidup, gaya rambut...

.

Buat pertama kalinya, Paku Payung ikut Mama pergi gunting rambut. Pertama kalinya, dia gunting rambut di saloon. Rabak RM15. Itu belum lagi kos-kos susulan akibat perubahan gaya rambut.


Selama ini, aku hantar dia ke kedai gunting rambut mamak je.
'biasak.. pendek, budak sekolah' . Baru RM5.


Bila aku ambil mereka dari saloon, aku tengok rambut Paku Payung dah bercacak-cacak! Hmmm....

'Nanti, mesti ramai perempuan suka kat kite...'

'Pergi sekolah pakai 'helmet', mesti rambut tu melepek' kata Mama.

'Tak nak naik motor la kalau gitu...'

Eh, mana boleh naik kereta, jalan sesak kat depan sekolah tu. Tak boleh U-turn.



Tadi, pergi ke Tesco, dia nak gel rambut. Dia nak cacakkan rambut dia sampai ke petang.
Hmmm...





.

11 comments:

tasikmerah said...

MC dr dia sekolah tadika dia dh pandai buat rambut pesen gitu. pergi sekolah aku sikat elok2. balik sekolah dh pacak2. dipacakkannya sendiri. ha ha.


.

Insyirah said...

Hahaha. Rambut raya..

Nizam.Ariff said...

TM,
Anak aku dah terpengaruh dgn anak ko le tu...kuat sungguh kesamaan kita yekk.. hahaha


Insyirah,
Aku pun nak buat rambut raya cacak-cacak la.. amacam? hahaha berlubang ketayap aku nanti!

yuyee cap limau said...

asal korang sehari sejiwa nie??
kak tas nnti ko kena berbesan ngan cik nizam..besen sekepala..paku payung kena tunggula dak MC dapat baby gurl..hahaha

ashley said...

nizam,
kut nizam tu buat stail punky tu..mungkin kiut laa..
tapi ko?
.
.
.
ko telah ditetapkan untuk berambut GROOVY ala ala david Arumugam tuu..
terima je la..
tak yah gatei nak rebonding!
ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Yuyee,
Kami berbintang Gemini, binatang kegemaran kami sama... kami sehati sejiwa... hahaha


Ashley,
Rambut aku beralun la kak... ikal mayang, mayang mengurai, macam merak mengigal... hahaha

kakpah said...

haha.. anak bujang kau dah pandai nak melaram. Tunggu lah dua tiga tahun lagi. Tau la nkau...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Aku risau gak ni kalau dia angkut semua perangai muda aku.. hahaha

secangkir madu merah said...

nizam, tu baru bunga bunga, tunggu sikit hari lagi..betul kata kakpah tu..
aku baru nak kata dia mesti ikut perangai ayah dia ni...

**bila ko nak dapat intan payung pulak? sian paku payung...

Nizam.Ariff said...

SMM,
tengah usaha... dah 7 tahun usaha...

Hasri bin Hasfa said...

... pesen Naruto tuh, brader... zaman bapak-nya dulu stray-cat... sama gak pakai gel... dan sekarang bapak-nya rambut dah makin kurang... hah ha ha...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com