Monday, September 7, 2009

Kos raya setiap tahun

.

Berapakah kos sebenar untuk merayakan hari raya? Setiap tahun?

Pakaian: RM 250 ~ RM300 seorang.
Sepasang baju melayu - tempah
2-3 pasang baju 'hensem' untuk jalan-jalan hari raya, juga untuk basahan hari hari lepas tu
Kasut 'crocs'

Makanan: RM 300
Rendang untuk keluarga, untuk jiran sebelah kiri, untuk jiran kanan.
Nak bawak balik rumah mak, kena tapaw adik beradik, mak sedara
Anak nak bawak sikit balik asrama

Kuih-muih: RM 300
Satu jenis RM20 x 10 jenis... eh, mana cukup tu. Paling kurang satu tin setiap jenis..
Tu belum kira buat kuih sendiri tapi buang sebab tak jadi....
Atau pun, malu nak keluarkan sebab tak sedap. Lepas tu paksa suami dan anak-anak makan bagi habis. Kalau tak makan, diugut kata tak hargai usaha isteri.


Rumah: RM200 - RM 3500
Kalau setakat tukar langsir dan cat, murah la..
Kalau dah tukar sofa, extend rumah... kena tambah lagi.


So, berapa semuanya?



Tu tak kira duit minyak, duit tol dan servis kereta lagi tu.
Oh ya, dan duit raya...







.

15 comments:

Insyirah said...

Semua itu saya tak perlu nak fikir dan kira. Huahuahua. Selamat poketku... :p

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Akan sampai masanya nanti... hahaha

kucingorengemok said...

"Tu belum kira buat kuih sendiri tapi buang sebab tak jadi.."

ngata aku ke? cit.

Nizam.Ariff said...

KOG,
Eh, tak sangka kena kat kamu pulak... hahaha

ashley said...

Buat apa susah susah kan kan kan?
........

.....SIMPAN JER DUIT TUUU..kut boleh bawak mati!!
ha ha ha ha...

tasikmerah said...

semua bajet hampir sama kecuali bajet rumah. aku tak pernah tukar langsir. ha ha. keji, kan?

Water Lily said...

Aku pun sama dengan Tasek,kecuali aku naik bas balik kg. 4 tahun kawen,aku tak pernah tukar langsir dan cuma sekali aku buat rumah terbuka...aku pun keji kan..kan..

Mohd Hairul said...

Ni bukan raya SAKAN...
ni raya LANTAK ni... hehe..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Takut cahsflow negative next month... haru woo... aku jenis bukan nak menyimpan for future buy pulak tu...


TM,
Kalau setakat langsir, belum jatuh taraf keji lagi tu... mana ada orang beraya nak makan langsir? Kalau tak bagi minum air baru kira keji...

Waterlily,
Sama la kak... aku sibuk pegi tempat org, rumah sendiri asyik tertutup je memanjang...

Dak Ai,
Nanti, kita tapaw kuih mak sorang sikit... errr.. Dak Su punya mak pun kita tapaw, nak rasa kuih Pahang jugak... hahaha

sue said...

Nak rase kueh pahang kenalah datang putrajaya....

Nizam.Ariff said...

Sue,
Boleh tu... nanti bawak balik bahulu kampung punya, yang padat dan berbau asap sabut.

Alina said...

wow. extend rumah!

Nizam.Ariff said...

Alina,
Itu bukan aku. Itu mungkin org lain...

addyaholix said...

aku dah habis rm400 untuk entah apa-apa yang aku beli. baju melayu aku dan ayah belum beli. kuih yang aku tempah untuk mak belum bayar lagi. duit raya adik-adik dan anak-anak sedara lagi. sebab tu kalau nak kahwin aku akan pikir panjang bang. adehh!!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Kalau ko tak kawen tapi sedara-mara dan adik beradik kawin pun sama je... berkembang biak, banyak jugak duit raya kamu lebur... kalau ko bujang, lagi dia orang attack ko punya duit.... percayalah....

Memberi duit raya kini adalah satu duty / tugas...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com