Sunday, September 27, 2009

Kuih longgok

.

Baru aku perasan, raya ke-2 dan ke-3 pun masih ada gerai-gerai jual kuih-muih raya secara longgok.


Bagi kelamin muda macam aku ni, yang biasanya balik ke kampung dan tak akan buat rumah terbuka sehinggalah habis beraya di rumah saudara mara, yakni kalau harapkan tetamu datang pun selepas seminggu raya, aku rasa eloklah kalau aku beli kuih longgok ni.


Bukan apa, kalau aku beli awal-awal bukan aku ada di rumah pun, dah tu mahal pulak tu.

Baik aku beli bila aku dah balik ke rumah sendiri, dah tentu boleh borong sakan.


Satu lagi, kawan-kawan yang datang beraya ke rumah pun bukannya nak makan sangat kuih tu. Dia orang dah siap-siap kasi menu bertandang: Mee kari, meehoon sup, atau paling kurang pun Maggie goreng 3 rasa atau Maggie goreng rasa semacam...


Aku rasa macam membazir je beli kuih banyak-banyak jenis, buat perhiasan je... apa-apa pun, semuanya tu asasnya tepung je. Aku memang tak makan kuih-kuih ni... aku jamah bahulu cicah air oren je...





.

7 comments:

AZANI said...

baju raya longgok tak ada?agaknya dia kutip masuk butik , jual balik raya tahun depan...

AZANI said...

kat sectrion 27,,5-9 pm...ni dekat area HICOM kan...sempat kot kalau dari seremban , kelas habis jam 5...pulun 120...sejam setengah sampai kot...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Baju raya longgok dah jadi baju raya bundle...

Azani,
Yes... tapi, jangan berharap sangat. Aku sendiri tak pasti dia ada lagi atau tak. Kasi aku tengok Khamis ni dulu, dia ada ke tak...nanti gua roger lu..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

aku suka cicah bahulu dalam air teh o......sedap wooooo..nak nak masa dia lembek..kena cepat2 masuk ke mulut.....scene kelamkabut takut bahulu basah tu nak jatuh...tu yg best..ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Nostalgia tuuu... hahaha

Jangan dibuat dengan bahulu sekarang, lembik sebelum cecah air teh o lagi... pra-matang.. HAHAHA

tasikmerah said...

sesungguhnya aku hanya beli satu jenis kuih je. kuih tat. ha ha.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku tau ko suka kuih tu...
Orang lelaki pun suka gak kuih tu... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com