Wednesday, September 16, 2009

Mari bergurindam sebelum hari raya...

.


Dah lama aku tak bergurindam. Sesiapa yang pandai berlagu, silalah berlagu di sini.




Hikayat Ratu Gunung


Al kisah Si Ratu Gunung
Luas jajahan di bawah naung
Kerajaan agung turun temurun
Hidup aman lama berkurun


Al kisah peri nenek kebayan
Di kebun bunga sebuah taman
Banyak petunjuk beri kerajaan
Nasihat petua zaman berzaman


Lama sudah Si Ratu bersemayam
Di kaki gunung berbalam-balam
Di lurah lembah asal istana
Kampung kecil sedikit rakyatnya


Nasihat Kebayan berikan petua
Tinggi gunung tujuh berlapis lerengnya
Pindahkan diri di puncak sana
Musnahkan diri dalam fana'nya


Naiklah Si Ratu selapis-selapis
Panjatkan diri tujuh nafsu ditepis
Terpegun Si Ratu melihat suasana
Indah panorama merantai sukma


Diperintah bina istana bahagia
Syarat Kebayan sudah dilupa
Puncak itu bukan tempat akhirnya
Korbankan diri barulah sempurna


Asyik Si Ratu lekas cintanya
Alam buana dilihatnya serupa
Si Ratu Gunung sudah terpedaya
Indah digapai dapat tiada


Setiap arah dihadap semua sama
Indah buana disangka syurga
Sayang Si Ratu percayakan mata
Di depannya syurga di belakangnya neraka.



[Nizam.ariff - 15.3.2002]








.

10 comments:

secangkir madu merah said...

seronoknya sesekali bergurindam...
sampai rasa nak terlelap lak..

selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin sekiranya ada kata bahasa yg melampau..
khas buat niezam, mama (ooo nama dia sama dgn namaku..) dan paku payung semoga bergembira dihari lebaran...
berhati2 dijalan raya..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

tahun 2002 tu bang...lamanyaaaaa.

ashley said...

Gunung semanggoiiii..here I come!!
.
.
.
err..
hang bukan bergurindam pasai gunung belakang rumah mak aku kan?
ha ha ha

kakpah said...

Malasnya aku nak baca gurindam ni. Boleh aku skip je tak...keh..keh..

Insyirah said...

Dah banyak kali saya baca, tapi tak faham-faham juga. Atau saya memang sedang tak ada jiwa utk faham apa-apa. Huuuu..

Nizam.Ariff said...

SMM,
Selamat Hari Raya juga aku minta maaf. Ye, nama lebih kurang sama, aku pun perasan gak...

Cikgooden,
7 tahun nak buat... pergh... letih.

Ashley,
Gunung semanggoi tu ada 7 lapis tak? kalau ada, betullah tu...


Kakpah,
Alaa.... ni kira macam karaoke jiwa gak la. Ni cerita pasal 7 lapis nafsu dan tingkatan diri, kak. Para sufi sering fokus untuk menjinakkan nafsu ni, tapi seperti yang al-Ghazali pesan, banyak juga ahli-ahli ini tergelincir apabila sampai ke kemuncak apabila dia merasakan diri mereka telah sampai ke situ, padahal belum lagi. Malahan, anugerah qaromah yang ada pada sesetengah sufi pun dianggap sebagai satu dugaan yang maha besar. Apabila sampai ke self actualization, banyak ahli sufi terhenti sampai ke situ sedangkan perjalanan mereka belum lagi berakhir sehingga bersatu dgn yang Khalik. Itu lah cerita disebalik gurindam ini adanya...

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Cuba baca komen balas aku kepada Kakpah, mungkin kamu dapat faham sikit. Then, kamu kata kamu nak beruzlah sekejap di sekitar Puchong kan? Cuba tanya pembimbing kamu tentang ini, mungkin kamu nanti lebih faham daripada aku...

AZANI said...

finally,Insan Kamil Mukammil..kalau itulah matlamatnya perduli apa dunia...kuncinya addhalah zikri fa'lam annahu Laailahaillallah....peringkatnya La ma'bud illallah,
La maujud illallah
La maqsud illallah
La Azhim illallah


Nizam kau ni boleh senafas dengan Hamzah Fansuri dengan syair kapal...
Syeikh Nuruddin Al Raniri berseteru pasal berbeza pandangan...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Dia org berdua memang camtu. Aku tak tau nak sokong sapa, dah macam cerita Say. Ali. Tetapi, aku masih kesal dia org buang dan bakar buku-buku Hamzah tu...

Kita dengar dan kita ikut je la..

insan biasa said...

Salam

Shaykh Hamzah Fansuri telah menjadi mangsa ulama syariat yang tidak memahami perkataan Ahli Suluk.

Samalah juga dengan peristiwa Mansur al-Hallaj sehingga Shaykh Abdul Qadir Jilani menegaskan bhw sekiranya beliau berada di zaman dengan Hallaj, beliau akan menahan dengan tangannya al-hallaj daripada dibunuh.

wallahualam.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com