Thursday, September 10, 2009

Semacam satu tradisi pula

.


Menjadi tradisi sepanjang kerjaya aku, setiap bulan Ramadhan, aku hanya bekerja 4 hari dalam seminggu. Termaktub begitu dan semua bos-bos aku mentaatinya. Setiap hari Jumaat, aku akan bercuti. Jangan tanya kenapa.


Selama sebulan itu, waktu tidur aku memang kurang. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan, waktu tidur aku kurang sangat-sangat, kerana menjadi tradisi selama aku hidup ini, aku tak suka tidur terlalu awal. Biasanya pukul 12 malam atau pukul 1 pagi. Jangan tanya kenapa.


Kalau dulu, masa kecil-kecil dulu, aku masuk tidur jam 11 malam tetapi aku hanya melelapkan mata sejam atau dua jam kemudiannya. Semacam satu tradisi juga, macam-macam perkara bermain dalam kotak fikiran, dari imaginasi liar kepada imaginasi songsang. Imaginasi itu menyeka kantuk aku walau kelopak mata aku tertutup. Bulan Ramadhan menjadikan mata aku berpinar-pinar. Jangan tanya kenapa.


Bila dihitung, rata-rata waktu tidur aku cuma 6 jam sehari. Bila bulan Ramadhan, waktu tidur aku cuma 4 jam sehari. Bila aku telah bekerja, pola tidur aku tetap seperti tradisi. Dan hari Jumaat pada bulan Ramadhan, aku manfaatkan untuk berehat di rumah, juga kerana waktu kerja sebelah petang Jumaat agak singkat, semacam tidak berbaloi aku masuk semula ke pejabat setelah pulang bersolat Jumaat.



Tidak perlu ditanya kenapa kerana jawapannya ada di perenggan di bawahnya.





.

7 comments:

secangkir madu merah said...

dibulan ramadhan ni memang kurang sangat tidur tambah2 bila nak dekat raya



jangan tanya kenapa...

Nizam.Ariff said...

SMM,
Aku baru nak tanya kenapa... hahaha

Mesti nak kejar Lailatul Qadr, kan?

tasikmerah said...

aku pula kalau 5.30 a.m br tersedar, mula la peluh jantan keluar.




tak nak tanya kenapa? hehehe...

Insyirah said...

Bulan puasa memang tersangat kurang tido. Bila sampai ofis, mulalah nak mencari bantal.

Elok juga tu, latih diri kurang-kurangkan tido.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kenapa???
Ahahaa... nasik takmasak lagi le tu..


Insyirah,
Kepala boleh migrain dik...

Hasri bin Hasfa said...

brader,... lepas baca entri luh nich, wa menguap dan rasa mengantuk... mengapa?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Tu tak cukup oksigen namanya... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com