Thursday, September 3, 2009

Tup-tap-tup-tap, mungkin bunyi air liur menitik...

.

Salam Ramadhan buat semua, walau mungkin agak terlambat, kerana pada awal ramadhan hari tu, aku pergi ke 'rumah' kawan-kawan dan mengucapkan selamat hari raya.



Tup-tap-tup-tap, ramadhan telah hampir mencecah separuh bulan.

(nota: tup-tap-tup-tap; bunyi lesung batu untuk menumis lauk berbuka).




Tup-tap-tup-tap, badan aku masih berat begini, macam dah tak boleh capai target berat purata model iklan sabun je ni.

(nota: tup-tap-tup-tap; bunyi ketukan pensil pada bucu meja sambil memandang jarum jam yang bergerak lambat).




Tup-tap-tup-tap, hari raya kini hampir menjelma dari balik simpang rumah dan masih belum ada semangat nak beli-belah baju raya, maksud aku kemeja atau seluar (yang dalam atau luar).

(nota: tup-tap-tup-tap; bunyi hentakan tumit kasut sambil memikirkan berapa banyak duit hangus raya kali ini, selain hangus dibakar api roket dan bunga api).




Tup-tap-tup-tap, tiba-tiba Mama mengeluarkan sesuatu dari dalam beg aku. Hah! ada bungkusan berplastik lutsinaran, aku pun baru sedar, entah berapa lama ia di dalam situ. Pemberian (baca: percuma) kompeni sempena mengambil bahagian dalam rangka kerja berkumpulan 2 bulan lepas.

'Hmm... abang pakai baju yang ni je la untuk raya nanti'




Hmm... kira ok juga tu. Kalau ikut hati, aku nak pakai baju Pagoda dan berkain pelikat pergi ke masjid untuk bersembahyang raya nanti. Tapi, atas nasihat kawan-kawan, lambang Tokong Budha pada jenama baju itu amat tak sesuai untuk dibawa ke masjid. Katanya, dah macam para munafik yang kepit patung Uzza pada ketiak ketika bersembahyang masa zaman Nabi dulu.





Yeay!!!!

Aku dah ada baju raya...






.

14 comments:

tasikmerah said...

aku jugak yg tak de baju raya. tapi aku tiap tahun rilek je bang. he he.


.

kucingorengemok said...

tup tap yang 1st tu macam bunyik jiran aku tumbuk daun ketum kul 2 pagi je

Insyirah said...

Ala...bukan ke orang laki pakai baju melayu raya masa gi solat sunat raya je? Balik dari solat sunat raya, terus tukar baju stylo bagai. Baju melayu raya tu utk cukup syarat aje. Betul tak? Hikksss.. :p

Mohd Hairul said...

nasib baik mama tempah baju awal-awal hehehe...

ashley said...

he he he..
suami aku pakai baju raya yang sama dengan 29 orang lagi!!
( baju FREE dapat masa kawad Maulidurrasul hari tu..)
.
.
.
aku ingat kut kamu beli baju untuk MAMA?!!
bukan tugas kamu ke?

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

aku tak kesah ke baju ...rasa macam tak mau seleberet raya tahun ni...















(rasa ja....bukan betul..ha ha ha)

Nizam.Ariff said...

TM,
Maknanya, badan ko maintain ... perghh...

KOG,
Hah, ye ke? Aku nak sikit.

Insyirah,
Itu sebab la aku malas nak tempah pelbagai... membazir je... hahaha


Dak Ai,
Dia memang selalu macam tu, berwawasan...berpandangan jauh

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Org kata, ukur baju di badan sendiri... Mama kena ukur kat badan dia la. Tugas aku hulur duit je.. hehehe


Cikgooden,
ENtah la... lagu raya pun tak ada lagi, mercun dan meriam pun tak berbunyi... suasana macam tak ada la...

xiiinam said...

tup-tap-tup-tap....









Hih...hih..hih....Aku dah jadi nenek-nenek yang menunggu anak cucu datang berzairah di pagi raya...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Dunia berputar cikgu... bawak-bawak le duduk di rumah.

Aku nak jalan-jalan beraya cari duit raya... hahaha

kakpah said...

buat apa baju raya. Yang nak raya engkau, bukan baju. keh..keh..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Tokey kedai baju pun nak beraya hak.. hahaha

Anonymous said...

apa-apa pun kitorang dah ada baju raya seblum puasa lagi...dapat save bajet sbb blan puasa ni nak bayar benda lain...kueh lagi,kasut lagi,kerepek lagi & macam2 lagi...

Nizam.Ariff said...

Anon,
Salam. Beli awal rugi sebab musim raya baru byk sales... hehee

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com