Tuesday, October 13, 2009

Absent Minded 2

.

Seorang teman perempuan sekelas aku risau, kelas gantian mungkin akan diadakan pada minggu akhir. Ini juga bermakna, kelas akan teranjak seminggu lagi.


Dia risau kerana dia sedang menunggu surat dari TH untuk pergi haji. Jika kelas teranjak seminggu lagi, risiko untuk dia tak dapat datang kelas adalah tinggi. Bermakna, dia tidak dapat hadhir pada ujian akhir kelas ini.


Nasib baik, pensyarah ada beri klu yang ujian akhir mungkin diganti dengan assignment, bermakna teman perempuan aku tu ada harapan lagi untuk teruskan kertas yang ini.


Aku sanggup buatkan assignment untuknya. Tapi, aku tak jamin yang ayatnya TIDAK AKAN SAMA. Itu satu risiko. Risiko yang tinggi.


"Hah! Aku boleh suruh husband aku buatkan assigment aku tu, dan kamu tolong hantarkan..." Kata dia.


Hmm... betul juga tu. Dah tentu assignment itu tak akan sama dengan aku, bukan plagiat, kata aku menyokong.













"Apa pulak! Husband aku pergi haji dengan aku la..." katanya lagi.


Dan kami ketawa berdekah-dekah... lagi....!


.

7 comments:

xiiinam said...

Ha..ha..ha...







Yang membacanya pun naik keliru sama...

addyaholix said...

kamu bila bang? kalau nak pergi, bagitahu aku. aku nak kirimkan doa

Water Lily said...

Akak buat assignment sendirik aja. Tak sape nak tolong.

Tapi kan ramai classmates akak, assgnment diaorang husband tolong buatkan.

Tak keji ke buat macam tu?

tasikmerah said...

kawan kuliah dia ni semua pompuan kan?

:P

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Aku pun ter'absent minded' juga.. hahaha

Addy,
Umrah dulu kut...

Waterlily,
Keji gak aku rasa.. tapi dah tentu laki dia orang dapat upah yang lumayan tu.. hahaha

TM,
Eh, aku pun baru perasan... kelas sains rumahtangga kut ni.. hahaha

ashley said...

Nizam,
akak agak kamu ni prince CHARMING!
ha ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Orang pompuan mudah cair kalau jumpa aku... Oleh itu, demi keamanan dunia, aku bertekad untuk menjadi antisosial, untuk kesejahteraan semua juga... HAHAHA

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com