Saturday, October 31, 2009

BB Bangi... siang tadi.

.

Dan akhirnya.... aku sampai juga ke rumah KakPah. Terima Kak Ashley kerana bagi panduan jalan ke sana...

Pada kad undangan, peta yang dilukis ialah dari tol Bangi sedangkan aku dari Utara. Jadi, sebelum bergerak ke sana, aku telefon M.Alwie (kawan) yang tinggal di BB Bangi. Aku tanya dia, kalau 3/6ABC, mana satu seksyennya: seksyen 3 atau seksyen 6?

Walau aku tak nampak dia tapi aku tau dia mesti garu-garu kepalanya. Dia tak pasti... Ceit!


Dia tanya aku balik, apa landmark yang ada. Aku belek balik peta tu, aku sebut nama 3 masjid dan surau yang tertera pada peta.

Walau aku tak nampak dia tapi aku tau dia mesti garu-garu kepalanya. Dia tak pasti... Ceit! 2x.


Aku gagahkan diri ke BB Bangi, niat aku baik, jadi aku tawakkal. Kalau dah rezeki memang tak kemana. Sesampai sahaja susur keluar ke BB Bangi dari jalan Putrajaya - Kajang, Kak Ashley telefon! Dan dengan mudahnya, aku dapat ke rumah KakPah melalui 'peta' dari Kak Ashley. Dan baru aku tau, situ rupanya Seksyen 3 BB Bangi... hahaha.



Tapi sayang, aku tak dapat sembang lama dengan Kak Ashley dan KakPah. Tadi aku pening kepala sebenarnya. Malam tadi aku baru perasan, dah 2 minggu aku tak tonton TV hatta berita sekalipun! Mungkin aku kurang tidur agaknya...


Atau mungkin juga kerana aku telan Buah Tunjuk Langit sebelum aku berangkat ke rumah KakPah.



Tasek Merah sms aku, dia tanya macam mana rupa buah tu (entri sebelum ini pun aku ada cerita pasal buah ni). Kerana permintaan dari Tasek, aku tempek kat sini:





Buah tu ada berkeping-keping di dalamnya, macam kepingan buah Angsana. Kena pecahkan kepingan nipis tu dulu barulah dapat keluarkan isinya yang saling tak tumpah macam kuaci biji labu. Saiznya pun lebih kurang sama kalau tak besar sikit.


Rasanya pahit. Memanglah begitu. Dan aku akan pecah-pecahkan 'kuaci' tu atas tapak tangan sebelum letakkan di atas lidah. Lalu aku jirus dia dengan segelas air, terus masuk ke dalam tanpa kunyah. Biar tali perut aku yang kunyahkan untuk aku.






.

9 comments:

ashley said...

Nizam,
aku pun garu garu kepala...ko nak cerita mana satu nih!
BBBANGI atau BUAH TUNJUK LANGIT?
.
.
.
BTW, isteri ko pemalu..begitu juga si paku payung...
he he he

xiiinam said...

Alhamdulillah ckLah tak sesat langsung.....Berpandukan frasa 'lepas simpang ke 3 ada 3 batang tiang eletrik' dalam kad kakPah...

Hanya kakPah kenal ckLah dlm majlis tu, setelah ckLah perkenalkan diri....he..he...

Masa nak ke kereta ada seorang wanita di sebelah suami yang sibuk mencari parkir, dan seorang budak di belakangnya,tegur ckLah.
"Cikguuuuuuuuuu!"katanya!
Lepas tu tak jumpa dahhh....

Wanita itu adalah tasikmerah...

Water Lily said...

DDekat dah.pasai apa tak datang rumah kak hehe..

pst..sebenar siang tadi,kak takde kat rumah hehe

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku pun konpius... mana satu nak citer. Tu seabb aku bubuh dua-dua sekali kat sini... anyway, thanx for helping us. Akak peramah...


CkLah,
Aku tak tau cikgu nak datang. Masa kat sana, TM call yg dia sempat tegur cikgu...!! jeles giler aku kat dia... Cikgu, aku pun kempunan nak jumpa cikgu...


Waterlily,
Aku pun nasib baik prof tak extend kelas. Kalau ikutkan, dia kena extend kelas dalam 4 jam sebab dia ponteng hari tu... jadi, dapatlah aku join the crowd... hahaha

tasikmerah said...

nizam, lain kali kalau kitorang plan nk jumpa lagi jgn harap la ko dapat ikut. kitorang dh black list nama ko dah! ha ha.

kejap. buah tunjuk langit tu org pompuan bulih mkn tak hah? hehe...

:p


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Alaa.. jangan la tinggalkan aku.

Pompuan makan buah tunjuk depan.. hahaha

Insyirah said...

Mujur kita tak sempat berjumpa di kenduri anak kakpah... :P

tasikmerah said...

hahahaha... macam gampit jawapan.

dengor kata buah tunjuk depan tu tak bulih makan selalu. bulih muntah2 org kata...

hahaha...

:p



.

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Sampai hati tak nak jumpa kita....isk isk isk. Sedih tau, kita dah taruk bedak kat muka banyak-banyak...

TM,
Aku dengar pun lebih kurang sama... boleh muntah... haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com