Friday, October 30, 2009

Kena pukau akhirnya...

.


Hari ke-3 aku di sini.


Setiap akhir sesi akan ada de-briefing, dimana setiap orang akan berpasangan dan berjalan-jalan dari dinding ke dinding. Apa yang ada pada dinding?

Setiap flip-chart yang telah berconteng akan dilekatkan pada dinding. Setiap dari kami akan bercerita kepada pasangan masing-masing tentang apa yang telah diajar dengan merujuk kepada flip-chart itu.


Dan aku berkesempatan untuk berpasangan dengan awek itu. Maka kami pun berjalan-jalan segenap penjuru dinding dan bercerita. Dia cerita kat aku, aku cerita kat dia. Kemudian, aku terfikir nak pukau secara 'mirroring'! Saja nak uji keberkesanannya...


Bila dia angkat tangan kiri, tanpa dia sedar, aku angkat tangan kanan.

Bila dia tuding telunjuk kanan ke kertas flip-chart, tanpa dia sedar, aku tuding dengan telunjuk kiri kepada flip-chart sebelahnya.

Bila dia peluk tubuh, selang beberapa saat kemudian, aku pun peluk tubuh.

Bila dia langkah dengan kaki kanan, aku ikut sebelah dia tapi langkah dengan kaki kiri.

Kemudian, aku berhenti dari mirroring....





Pada flip-chart terakhir, kami berdiri bersebelahan. Kemudian, aku masukkan tangan aku ke dalam kocek seluar....

Tak lama kemudian, dia pun ikut masukkan tangan ke dalam kocek seluar !!! ( err... seluar dia la..).


Melihatkan itu, aku tak mampu menahan ketawa. Aku ketawa agak kuat.

Dan dia akhir sedar yang aku dah established rapport dengannya... dengan kata lain, dia dah kena 'pukau' ...


'... menyampah la abang ni...!'

Katanya... dalam senyum. Hahahaa..





.

5 comments:

Insyirah said...

Adehh, sungguh nakal bro ni!

.

:P

ashley said...

ish ish baaaaaanggg...AUWWWWWW!!

SHIMI said...

itu namanya teknik merenyam dan mengayat....

tasikmerah said...

eleh... dah awek tu yg tak kuat iman. :P

kalau berani pukau kitorang la. kitorang? bukan. bukan. pukau kak ash....

aku pun iman tak berapa kuat juga. he he.

:P



.

Nizam.Ariff said...

Syirah,
Kita elok praktikan ilmu yang baru diperolehi agar faham dan ingat... hahaha

Ashley,
tang auuww! tu meremang bulu tengkuk aku dibuatnya.. hahaha

Shimi,
Gua dah tunjuk cara mirroring... apa lagi, lu cuba la buat lak..

TM,
Hmm.. aku pun terfikir gak.. takpe lah.. nanti masa maskara nanti, aku nak pukau dalam tong air sirap korang.. pukau secara berjemaah.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com