Monday, October 19, 2009

Know thy enemy ...

.


M. Alwie (kawan aku) cerita. Dia 'dijemput' oleh kawannya ke dalam mailing-group. Yang kebetulan pula berkisah tentang konflik Israel-Palestin. Pung-pang-pung-pang kelompok cendiakawan itu berbahas dan berkisah. M. Alwie baca dan fahamkan.


Sampai masanya, M. Alwie pun berkisah pula dalam mailing-group itu.


Pada pendapatnya, protes dan sepanduk dan tunjuk perasaan terhadap Israel itu satu pembaziran, satu kebodohan yang di tertawakan oleh Israel sendiri. Satu perbuatan yang kurang menolong untuk menangani konflik tersebut. Tak nampak apa signifikannya selain daripada perasaan simpati. Dan sedikit perasaan marah kepada Israel. Tapi, hanya itu sahaja.


Pada pendapatnya lagi, perkara pertama yang patut dibuat ialah TARIK SEMULA LARANGAN MEMASUKI ISRAEL, seperti yang tertera dalam paspor-paspor kita.


Benarkan semua kita memasuki Israel. Dan kalau tidak dibenarkan oleh Israel, cari jalan supaya dibenarkan. Sediakan konsulat Israel di sini. Biar berlaku kunjung-mengunjung diantara dua jenis rakyat.


Pada pendapatnya, daripada memulaukan Israel, lebih baik kita kenal siapa Israel betul-betul.

"know your enemy better than your friends..."




Entah macam mana, aku pun turut bersetuju dengan pendapat M. Alwie.



Dan M. Alwie kata, dia teruk kena 'debik' dalam mailing-group tersebut. Dan dia 'kasihan' kepada para cendiakawan tersebut kerana fikiran mereka tidak terbuka untuk menerima pendapat sebegitu. Selagi fikiran mereka begitu, seingat mereka tempurung mereka itu terlalulah bagus dan ajaib...




.

16 comments:

xiiinam said...

Bak pepatah Jawa;
Don't judge a book by its cover...




Apapun alasan.....aku tetap tak suka kerajaan Israel...

AZANI said...

berpuluh minit bagaimana kan ku mula nyanyian m nasir terngiang ngiang,adolf satu masa dulu mengenocide kaum yahudi jerman...salah satu presiden usa telah menyarankan agar penglibatan yahudi dalam ekonomi di usa di pantau ,malangnya tiada siapa yg mahu dengar...akhirnya ekonomi us di dalam genggaman yahudi...bermula dari balfour declaration akhirnya membawa tertubuhnya israel ,kata orang utk menngawal pencuri kita kena menjadi lebih pencuri dari pencuri...agaknya nak kawal yahudi...kenalah kita jadi lebih yahudi...masalahnya siapa pemimpin kita yg sedemikian rupa...

AZANI said...
This comment has been removed by the author.
AZANI said...
This comment has been removed by the author.
AZANI said...

punyalah sembab brodband..sampai berkali ulang ulas...sori bro

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Kerajaan Israel memang hampeh, sampaikan sesetengah orang Yahudi pun tak suka kerajaan Israel tu sendiri...


Azani,
Sebenarnya, ada beberapa pemimpin kita boleh kita anggap macam 'Yahudi' gak perangainya, cuma yahudinya dia orang ni cuma berani pada anak bangsa sendiri...

tasikmerah said...
This comment has been removed by the author.
addyaholix said...

aku sangat setuju.

aku ada nak komen sesuatu tapi aku tak berani sebab aku tak bijak berbahas. risau hujah aku tak cukup kuat. ilmu aku dalam bab macam ni pon terlalu cetek bang. buat masa ni biarlah aku cuma melihat dan mendengar. belum masanya aku bersuara.

addyaholix said...
This comment has been removed by the author.
ashley said...

Hoi nasi goreng..
Hoi bubur kacang..
Ho rojak..mee bandungg..
hoi hoi hoi...

errrr..
entah kenapa aku rasa macam nak bernyanyi bersama KOG.

lapar nihhh..

Relevant ke komen aku dengan tajuk?

Nizam.Ariff said...

TM,
Sape tuh? AKu nak tau la..camne dia boleh gagal ni?


Addy,
Keluarkan pendapat tak perlukan wang, so keluarkan je...

Ashley,
Akak ni setuju atau tak nih? Dari kelmarin asyik nyanyi je.. ada mende-mende ke? Hahaha

ashley said...

Aku ter speechless baca komen dak Addy..
Dak addy pandai.
so aku rasa lebih baik aku reserve my comment...

he he he

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Cepat le bagi pendapatan akak pulak...

tasikmerah said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

TM,
Ooo.. aku ingat tadi ada kene mengena dgn kawan aku.. hehe

addyaholix said...

apa pulak pandainya kak ashley, memandai-mandai tu mungkinlah. ;p

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com