Friday, October 23, 2009

Lambaian membawa maut

.


Aku selalu jumpa abang berbaju putih yang suka lambai-lambai orang. Dia rajin melambai-lambai di simpang-simpang jalan. Suruh itu jalan, suruh orang ini jalan. Kadang-kadang dia tiup wisel, kadang-kadang dia sumpah seranah dan maki hamun. Sikit-sikit hati abang tu mesti panas punya, maklumlah hari-hari telan asap.


Kalau diingatkan balik, tugas abang berbaju putih itu murni (walau dibayar) untuk membantu melancarkan pergerakkan kami. Aku pernah terfikir, kalaulah aku berada di tempatnya, aku belum pasti aku mampu bertahan.


Untuk itu, pagi tadi ketika berselisih dengannya, aku angkat tangan aku tanda hormat kepadanya. Dia hanya mengangguk kepala.





Tak lama lepas tu, baru aku perasan betapa bahayanya tindakan aku tadi. Kalaulah dia balas lambaian tangan aku tadi dengan lambaian juga, tentu caca-marba pergerakkan lalu lintas!


Bayangkan, kalaulah dia lambai tangannya seperti Queen Elizebeth of England, agak-agaknya macam mana kereta nak lalu? Bersilang kiri-kanan?






.

7 comments:

Anonymous said...

patut ko kasik flying kiss je td. esok2 time ko sesampai je kt traffic light tu, ambulan lalu pun dia suruh berhenti. ko lepas dulu. he he.

:P





tasekM

kucingorengemok said...

abang baju putih baik... akak² amoi dalam kotak yang dilambai² abang baju putih tu yang selalu buat darah aku naik

Insyirah said...

Saya cukup tak suka abang baju putih! Tengok muka diorg aje saya dah meluat.

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku rasa, kalau macam tu, aku lah penumpang ambulan tu.. hahaha

KOG,
Aik? Jeles.. hahaha

Insyirah,
Kenapa ni dik? Mesti sebab pernah kena saman... hahaha

ashley said...

Nizam,
kalau dia lambai kat ko, mesti jadi haru biru lepas tu...dan mesti muka dia jadi cam MR BEAN.

xiiinam said...

SSyyy...jangan kacau orang tengah korje...he..he..he..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Mr Bean hensem ape..?
Hahaha

Cklah,
AKu pun sama juga...
Aku nak pergo keroje.. hahhaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com