Wednesday, October 28, 2009

Melihat di dalam diri...

.


Anak panah meninggalkan busurnya, terlalu awal. Apa yang dibidik tak selalu kena. Mata lembu jarang pecah berdarah...


Dalam mencari sesuatu yang tak pasti, kita sering berjumpa yang kita tak pernah jumpa. Dan dikala itu, kegembiraan mendadak naik, kehairanan menjadi satu yang biasa-biasa...

Siapa-siapa pun boleh berkata tentang selain dari dirinya, namun perkatan itu selalunya dilontarkan dari lelangit gelap atau kelabu. Dari mulut yang berbau tempoyak dan ikan pekasam. Busuk, hanyir tetapi sedap dimakan...


' Londehkan kainmu, dan kamu pasti melihat siapa dirimu sendiri... '


dan pastikan kamu lakukannya bersendirian, atau dengan pasangan...





.

9 comments:

tasekM said...

eleh... setakat londeh kain tak nampak apa ok. sbb banyak benda lagi yg nk kena londeh baru bulih nampak diri.

:P



.

SHIMI said...

fuiyooo..!
aku tak tahan, aku nak londehkan jugak....

ha..ha...ha..

ASH said...

Errr..ko londeh la..itu hak ko!
.
.
.
.
tapi jangan depan mata aku...
ha ha ha

Nizam.Ariff said...

TM,
Kamu tak londeh pun aku boleh bayangkan ada yg ada... hahaha

Shimi,
Nanti jap!!!! aku nak paling arah lain... hahaha


Ashley,
Eleh... tapi intai kat hujung mata.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
intai kau antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.

Burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor di tengah laman,
hendak mati di hujung kuku,
hendak berkubur di tapak tangan.

ASH said...

jap jap..
pantun ko nih cam tinggi la..

aku nak jawab kena tengok kamus dulu...

Pak Ali pergi rumah Pak Tam,
Aku terus terdiam!

ngeh ngeh..

addyaholix said...

jap nak londeh!

ok aku dah tahu siapa aku bang. ;p

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Itu seloka kak... kena nyanyi sama-sama... hahaha


Addy,
Ko tak londeh pun aku boleh tau.. ko Superman sebab spender ko kat luar... hahaha

addyaholix said...

bang nizam,
haipp. diam-diam dah la... ;p

Nizam.Ariff said...

Addy,
Hahahaa..... Superman Malaya, spender biru...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com