Thursday, October 8, 2009

Ribut 10.30am.... !

.

10.30


Nombor yang Paku Payung kerap ingatkan aku sejak petang semalam. Jangan lupa, katanya. Jam 10.30am, ambik dia di sekolah. Belajar separuh masa.

Keesokannya..

10.30am!

Hah! Aku kelam kabut keluar dari bilik mesyuarat. Aku pecut ke kandang kuda. Aku pacu kuda api aku laju-laju. Entah macam mana, pagi yang terang kini semakin gelap, dan gelap. Akhirnya, rintik menjadi butir.

11.15am!

Aku sampai di depan pagar sekolah. Makcik guard tu kata, Paku Payung dah naik bas ke 'hotel transit' nya. Terlepas. Aku tambat kuda api aku dan berlindung dari hujan di koridor. Aku duduk di situ sambil melihat dunia melalui laptop aku. Seketika kemudian, abang drebar bas lalu dan berhenti sebentar lalu melambaikan tangannya kat aku. Dia jerit yang Paku Payung telah selamat di 'hotel transit' nya. Aku angguk beberapa kali tanda faham sambil tangan aku menunjal-nunjal ke arah langit '... hujan '.


Kemudian, 'cembul hikmat' di pinggang aku bergetar-getar. Aku buka penutup 'cembul hikmat' dan kami berbalas kata dalam bentuk perkataan ringkas:

Mama:
... dan ambik Paku Payung di sekolah?


Aku :
Sampai lambat. Hujan. Dia dah tak ada. Guard kata ada bas ambik dia. Belum check kat 'hotel' lagi. Hujan. Basah. Naik kuda api. Habis basah. Hujan.


Beberapa ketika berlalu...


Mama:
Siannya dia.... jom pegi beli Honda xxxxx...


Aku:
(hehehe)




.

11 comments:

ibundo said...

hehe... aku baru nak cakap. Aku setuju tul dengan mama tu.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Jangan dia ajak beli Honda dengan kick-starter dah la... tak de kemajuan tu.. hahaha

tasekM said...

CRV baru tu anggun juga rupanya... he he.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Err.. anggun mmg anggun, tapi harga dia pun anggun gak...Ko beli, aku tumpang/pinjam raya nanti, ok tak?

kucingorengemok said...

cue chorus: can malican! oi! oi! (dengan penuh semangat dan kegumbiraan)

tanpa teringat tentang ribut sebenar yang akan datang bila² masa :| hik hik

Nizam.Ariff said...

KOG,
Ko perli aku lagi yek..? Takpe, nanti ko nangis baca yg sadis tu, jangan salahkan aku lak.. hehehe

hairul392 said...

jangan tunggu lama2..
beli honda ex5.. hehe

ckLah @xiiinam said...

Ha..ah, beli...beli...beli...!

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
Nanti la, aku bawak balik ex3, baru ko tao... hehehe

Cklah,
Boleh sponsor duit muka tak? Hehehe...

ASH said...

kalu ko beli, boleh bawak akak round round Shah ALAM?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
No problem. Kita berdua je yek??? Ala-ala dating gitu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com