Friday, October 9, 2009

Sebelum kedua-dua Al Maseh itu bertemu...

.


Melihat langit hitam, lohong kosong

Dalam jurai-jurai gelap malam

Ngeri itu bertakhta pada Bulan

Menarik-nariknya ke segenap sudut yang ia bantah

Dan ngeri itu punyai wajah manusia




Jurang-jurang gelap, wajah solaris yang terselindung

Bulan benar-benar terlacur malam itu, terpaksa

Ngeri itu turun ke Dunia aku, bersama kematian
dan kebuluran, dan segala maha bencana

Dan gelombang libasan sayapnya
benar-benar menghantui aku



Aku tak mahu tidur lagi
kerana Dunia aku kian senteng harinya

Aku mahu lihat Dunia ini puas-puas

Sebelum segala-galanya berakhir:-

Sebelum pekikan Magog bergema

Sebelum kedua-dua Al Maseh itu
bertemu...







(Ini bukan puisi...)


.

4 comments:

ashley said...

Cam mana nak komen ni?
.
.
.
errr kasi laluan orang lain dulu la.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ah! Dari dulu camtu...

Nanti datang balik tau!

kucingorengemok said...

ko buat aku stress la brader, berjaya akhirnya... sampai aku tulis lebih dari AYOYO! :p

Nizam.Ariff said...

KOG,
Momentum suram dah abis la... isu suram dah basi... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com