Sunday, November 29, 2009

Aku ada kail yang panjangnya lebih dari sejengkal...

.


' Menduga laut yang dalam, bawalah kail yang panjang lebih sejengkal '


Saki-baki pisang kaki masih di atas meja, ia ada di situ sejak malam tadi. Dan gelas air plastik kuning menemaninya, juga di atas meja.


Kail aku telah berbulan tidak pernah turun dari kereta. Kail aku bukan sejengkal. Kail aku jenis teleskopik yang boleh sejengkal dan boleh sedepa. Umpan aku bukan sebarangan, ianya dari buah merah yang dibaja dan dipangkas sela masanya. Mata kail aku pelbagai, agar bisa mencabit setiap jenis mulut ikan dalam setiap jenis air: masam, manis, masin, pahit.


Sengenge yang condong sebenarnya yang membuatkan aku malas melontar batu ladung ke tengah laut, atau tengah sungai. Sengenge yang semakin malap dan merah. Batu ladung tempawan kharsani dari Khurasan, pecahan pintu Ka'abah atau jika tidak, dari batu petir yang turun bersama-sama guruh atau jika tidak, dari batu bintang yang menjunam jatuh di puncak Merapi.


Kalau aku mahu, aku boleh saja mengail dengan kail aku itu, tapi aku tak mahu sebab aku hormat kepada sengenge condong yang panas... aku cepat haus dan aku malas jika kulit aku terbakar dek mencari seekor ikan sakti yang entah berenang di lubuk mana.


Kail dan ikan dan si pemancing... segala-galanya coretan dari tebing mimpi. Lontaran batu ladung umur yang semakin berayun lemah. Apa gunanya kail panjang lebih sejengkal kalau aku malas nak lontar batu ladung ke tengah sana?


Tak apa la, aku pancing di tepi-tepi sudahlah...

Lagi pun, siapa tahu jika ikan sakti berenang ke tepi?




.

13 comments:

Anonymous said...

Lain macam ja bunyi 'memancing' ko neh hahaha!


Kak Lily

pst..pesal si adinda TM kita tuh.

tasekM said...

ikan sakti....? hmmmm....



.

oit kak! apsal ko tak tanya aku je... pi tanya kat nizam buat mende. dia tak tau apa2. :)

kak... aku pi menangkap lembulah! ha ha.

:P


.

Lily Abdullah said...

Ala ko tangkap lembu ber'roda' rupanya ye hehe..

Saja tak sms.takut ko busy.

ASH said...

Ikan sakti mana le pulak nak kamu kail tuh??
he he he..

ASH said...

.....dalam mood yang masih releks releks bercuti!

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Tahniah sebab masuk MW...

TM,
Dulu orang tambat lembu pakai tali, zaman sekarang kena tambat lembu pakai duit...

Waterlily,
Kak, boleh kasi masuk itu full story dalam blog ka?

Ashley,
Ikan imaginasi... aku pun tak tau.. hahahaa

Ashley,
Aku syak, ikan tu ikan jenis ikan Nun dan berenang dalam air berpusar di dalam perut mengkura yang diantara 2 tanduk sapi raksasa... hahaha

tasekM said...

bang, ada tgk tv tak pasal tipiem korban lembu kat pagoh. adik aku ngah ada sana. ada cerita menarik. tapi aku takut nk tulis kt blog. takut2 kena siasat dgn skm pulek. ha ha.



.

Lily Abdullah said...

Tak tau la. Yang versi asal ada dalam blog tertutup "fiksyen Cinta"

versi tu terok!

Versi kat MW tu yang dah edit dan terbaik. Nanti kak scan semua send ko via email.

Boleh baca separuh kan bila kick kat gambo tu?

Lily Abdullah said...

Tasik apa cerita. Jangan masuk ke blog weh,kalau merbahaya, sb kita ni bukan Raja Petra. Send via email la,
yg buruk kita buat sempadan.

Ye tak Nizam

ckLah @xiiinam said...

Jom lawan mancing kat Ban...


Ada beran?

addyaholix said...

aku pancing tak dapat-dapat. asek terlepas.

Alina said...

saya pernah memancing di pulau ketam.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko tulih le kat blog ko, aku baca. Ada brani?

Waterlily,
Akak emel le kat aku: nizam.ariff@yahoo.com.

Waterlily,
TM buat saspen... ni yang aku nak pasang telinga gak ni... hahaha

CkLah,
Ban dah tak ada ikan, dia korek pasang palung concrete la...musnah spesis ikan putih... cis

Addy,
Tu mancing lain je bunyiknye... hahaha. Umpan tak mantap tu agaknya... kena bubuh notes kelabu-kelabu. Note merah-merah mana main lagi sekarang ni, umpan tak kick.. hahaha

Alina,
Pulau Ketam memang syurga memancing... dan sebenarnya kamu telah berkunjung ke syurga pemancing rupa-rupanya... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com