Sunday, November 22, 2009

Dan Sabtu itu, hari mendung dan gerimis hingga ke petang

.



  • Hari Sabtu kelmarin, petang Sabtu untuk lebih tepat, setelah bungkusan hadiah bertukar ke tangan Ashley di BBB, aku minta permisi... gua ada hal... hahaha.


  • Kami sekeluarga membawa diri ke puncak bukit di Putrajaya. Setelah membayar pengeras sebanyak RM2 seorang (kecuali Paku Payung), kami panjat kaki bukit Taman Warisan menuju ke puncak. Kami lalui celah-celah pohon-pohon buah-buahan (baru aku tahu, Integra adalah genus spesis untuk cempedak/nangka, dan Musa adalah untuk pisang).


  • Kami panjat bersama-sama dengan sekumpulan pelancong dari Eropah. Paku Payung kata, orang putih semakin banyak di Malaysia, itu mungkin salah satu tanda kiamat... banyak la dia punya tanda kiamat, balas aku pula...


  • Sesampai di puncak, kami singgah di ladang getah. Aku ceritakan, dulu-dulu aku toreh getah untuk duit kocek, semasa bercuti sekolah. Dan dia tak sempat merasai itu semua kerana lahir dan membesar di kota metropolis yang memang banyak polis dan trafik...


  • Kemudian kami membawa diri ke sebuah tasik, kami singgah di Wetland pula. Baru pertama kali kami ke situ. Baru aku tau, di situ boleh memancing. Aku sapa seorang pakcik, yang secara hemahnya aku bahasakan dirinya 'abang', yang sedang leka merenung riak air dan batang jorannya. Aku tanya, dapat ikan apa? Dia tunjukkan sesuatu di gigi air, ada karung ikan yang bergerak-gerak. Aku jengok-jengah sambil meneka. Dia suruh aku angkat ke atas karung ikan itu. Aku capai talinya dan aku tarik ke udara. Itu ikan Keli Afrika, katanya. Aku tunjukkan kepada Paku Payung ikan keli yang aku anggarkan seberat 1.5kg itu.


  • Kami bersembang seketika di bawah renyai hujan, dia buka payung sedangkan aku buka minda aku untuk menerima rintik hujan seadanya. Aku kata, aku selalu memancing di sungai, aku tak biasa memancing di tasik. Dia kata, dia pun selalu memancing di sungai, dulu-dulu semasa masih kuat dan muda. Dan aku dapat agak, dia telah melewati usia persaraannya. Dan aku lihat, dia lebih banyak menukar batang rokoknya berbanding umpan pada jorannya...


  • Aku pergi ke pemancing lain, yang lebih muda dan aku panggil dia 'bro' je. Seperti biasa, soalan pertama yang keluar dari mulut aku ialah ikan apa? dan banyak? Dia juga tunjukkan ke karung ikan yang terendam dalam air tasik itu. Ikan Lampam Sungai, katanya. Dan aku lihat banyak juga namun paling besar pun hanya sebesar 4 jari. Aku kata, 3 kali goreng boleh lepas ni. Dia kata, ikan-ikan tu semua akan dibuat pekasam. Pekasam???


  • Aku tak tahu orang Putrajaya pandai buat pekasam / wadik. Dia mengekek ketawa. Isteri yang pandai buat pekasam, katanya. Dan serta merta aku teka dalam hati yang isterinya itu orang Perak atau orang Banjar...


  • Dan kami tinggalkan mereka berdua. Dalam minda, aku asyik berfikir tentang kehidupan mereka: apa kerja mereka. Apa yang mereka lakukan semalamnya, esoknya. Siapa keluarga mereka, dari mana asal mereka. Bagaimana mereka bertemu...





... tempat 'MELATAK' kereta. Apa bendenya tu?




.

8 comments:

ASH said...

pandaikan orang kat Putrajaya?
.
.
.
ada nampak ATAN, ABU dan BUSU tak?
...yelah..budak budak dari kampung sebelah?
perasan tak ada itik itik dalam tasik tu..?
Musti tak dalamkan air di tasik tu... Sekadar had dada itik itik itu sahaja dalamnya..

SHIMI said...

salam bro,
papan tanda tu mesti bangla yang bikin

ckLah @xiiinam said...

Nasib baik tak "MELANTAK".

secangkir madu merah said...

ikan pekasam itu buat aku terliur, hmmmmm... cuaca sejuk macam skrang ni dapat nasi panas dengan ikan pekasam goring sudah memadai...

Cikgooden said...

panjang intro kamu kali ni Bro....Melatak tu...hahahahahahahah!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Tak ada itik masa tu, jadi aku guna tali pancing sebagai pengukur dan hasilnya... wuiih! Dalam tasik tu.. hahaha

Shimi,
Bangla tak reti huruf rumi... aku syak itu mesti keje orang seberang...

Cklah,
Kalau melantak pun aku rasa lebih tepat sebab kat situ ada restoran... ini tak, melatak tu aku tak tau apa mende...

SMM,
Aku pun dah mula suka ikan pekasam... walau tak jauh beza dengan budu. Cuma budu tu mungkin versi pekasam yang dah 10 bulan terjemur bawah mentari... hahaha

Cikgooden,
Hahaha... intro mesti kena kental, bro... kena kental... hahaha

aza ni said...

melatak,pada hematku gabungan melata dan letak...jadi kau letak kereta kau sana sinipun tak pa...?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Yer la... aku rasa pun gitu.. lu memang tere bro... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com