Tuesday, November 10, 2009

Lautan yang amat dalam ada dalam dada kamu...

.


Ada satu lautan. Sangat dalam. Tapi, orang tak nampak dalam atau tidak sebab orang berdiri di pantai. Dia cuma nampak ombak. Dia cuma tahu lautan itu dalam. Itu pun sebab ada orang lain yang beritahu bahawa lautan itu dalam. Dia tak pernah menyelam. Jadi, dia tak pernah tahu berapa dalam lautan yang satu itu.


Dulu. Aku pernah berhayut dari K.Kangsar ke T.Intan selama 4 hari 3 malam. Berkayak. Dan singgah pada tebing-tebing tertentu untuk berkhemah.


Ada orang kata. Sungai itu sangat dalam. Sangat banyak lubuknya. Tapi orang itu tak pernah berdiri dalam sungai itu. Sungai itu memang dalam. Tapi, dia tak tahu berapa dalam sungai itu.


Dulu. Semasa berhayut di sungai itu. Aku berada di tengah-tengah sungai itu. Dan kayak aku tersangkutkan sesuatu. Tak boleh bergerak. Lalu aku turunkan kaki aku. Dan aku berdiri di tengah-tengah sungai itu. Dalamnya cuma separas betis (atau lutut kamu). Dan aku sempat basuh kayak aku. Aku telah turun ke sungai itu dan aku tahu, sungai YANG ITU ada beting pasir di tengah-tengahnya. Yang dalam adalah di kedua-dua belah tepi sungai itu.


Ada orang kata. Mana-mana sungai pun tak dalam sebenarnya. Orang tua-tua kata, cuma separas dada itik...








[tribute to Dr. Asri]

.

7 comments:

SHIMI said...

dalam maknanya falsafah kamu bro..

"kalau kail panjang sejengkal. lautan dalam jangan diduga", aku rasa pepatah macam ni la yang buat melayu mundur bro.

ehh! ada kena mengena ker

tasekM said...

sebut pasal beting pasir aku teringat member masa kat u dulu. pergi langkawi. air laut surut masa itu. dia org jalan ikut beting pasir. tiba2 air pasang. tup2 dah berada di tengah laut. nak patah balik tak sempat. kawan aku meninggal sebab nak selamatkan member yang tak tau berenang. tapi dia sempat selamatkan awek dia.

hmmm... sedih pulak la haih....



.

kucingorengemok said...

laut dia tu dengan laut kita sama, tapi dia kata berenang kat laut kita buat kita hanyut dan lemas... laut dia selamat

ASH said...

kalau kau jadi laut, biarku jadi itiknya...
ha ha ha ha

anak itik TOK WI je yang mati dalam kolam!!

Alina said...

erm. kadang kita pun tak tahu apa niatnya dan apa dalam fikirannya.

ckLah @xiiinam said...

....kolah mandi bapak ckLah kat kampung tu pun separas dada itik je, kalau itik yang masuk...


....bath tub kat bilik air ckLah tu pun separas dada itik juga, kalau itik yang masuk..

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Sama le maknanya tu... cuma aku punye versi panjang sikit.

TM,
AKu pun ada cerita yang hampir sama, cuma aku sempat selamatkan dia dari hanyut masa air pasang.

KOG,
Mungkin ada benarnya kut, kita pun bukan berenang kat laut dia lagi...

Ashley,
Lautan api lagikan sanggup kurenangi, inikan emas sekoyan... hahaha

Alina,
Kita tak akan tahu selagi tak selami lautnya, apa ikannya, apa karangannya, apa pasirnya, apa kerang-kerangannya...

Cklah,
Itu ikut size itik tu. Kalau itik air, dalam la sikit. Kalau itik plastik kuning, cangkat je.. hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com