Friday, November 27, 2009

Pada menyatakan akan hal-hal ...

.

  • Kata sahibbul hikayat, ada duduk saorang petapa hebat, diamnya ia di puncak gunung yang tinggi.

  • Dan gunung itu dikelilingi oleh 7 lembah : Aban, Ishq, marifat, istighnah, tawheed, hayrat, fuqur o fana. Dan barang sesiapa yang melintasinya akan leburlah penglihatannya, hancurlah pendengarannya, musnahlah perasaaannya. Hatta burung-burung yang terbang itu akan terpaku dan jatuh ke bumi karena dahsyatnya lembah-lembah itu.

  • Dan petapa itu dikatakanlah dia itu ada di antara alam nyata dan khayal, rupanya bayang-bayang yang jika dilihat bisa tembus, namun kalau ditenung akannya lama-lama, akan menjelmalah seperti manusia biasa.

  • Namun, antara semuanya yang ada di bumi ini, 30 ekor burung berjaya melintasi Gunung Qaf yang teramat tinggi itu dan lembah-lembah itu, pergi hinggap pada tanah. Mereka itu haus lantas mencari air bagi melepas lelah. Singgahlah ia pada sebuah tasik yang jernih dan tenang. Setenang hati-hati mereka selepas terbang melintasi 7 lembah itu.

  • Sewaktu membongkok mahu minum air tasik itu, kelihatan kalibat masing-masing yang serupa pada refleksi air itu. Dan mereka tahu, petapa itu benar-benar wujud. Namun wujudnya adalah bayang-bayang kepada sesiapa yang singgah pada tasik itu.

  • Dan pulanglah 30 ekor burung itu.

.

5 comments:

SHIMI said...

salam
selamat eidul adha, eidul akbar 7 tabaski

Water Lily said...

Aku nak terus terang aje.

aku tak faham

Seriusss!

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Salam eidul Adha untukmu jua...

Waterlily,
Itu kisah tentang Simurgh, puisi abad 13 oleh pemuisi Iran... awas, ada ciri-ciri yang bukan pegangan Jamaah.

AZANI said...

zam...
lama dah kau tak buka pencak sufi ni...aku seronok...
nak hurai...sorry...kau lagi arif...teruskan..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku pun tak tau. Aku suka falsafahnya, yang membuka satu pemikiran yang alternatif dari arus utama...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com