Wednesday, November 25, 2009

Upacara berjalan serentak, dan aku mahu naik ke pentas..? ah!

.


  • Hari penyampaian hadiah untuk Paku Payung pada kali ini berjalan serentak di Sekolah Kebangsaan dan di sekolah KAFA. Kedua-duanya telah bermula pada pukul 8am, hari Jumaat lepas.

  • Paku Payung terpaksa pilih untuk hadir salah satu dari dua upacara yang berjalan serentak itu. Dia telah pilih untuk hadir ke upacara di KAFA. Hmm... dah macam YB pulak.

  • Paku Payung dan Mama pergi menghadirkan diri di KAFA, sedangkan aku mewakilinya di Sekolah Kebangsaan. Di situ, aku bertemu dengan kawan-kawan. Aku kata yang aku sebagai wakil untuk ambik hadiah. Salah seorang kawan tanya balik, betul ke aku nak naik pentas? Dia kata, tak pernah dibuat orang bapa budak ambik hadiah! Ye ke? Aku terus batalkan niat untuk naik ke pentas. Aku beritahu kepada penyelia majlis untuk batalkan nama Paku Payung dari senarai penerima hadiah. Penyelia itu kata, datang ambil hadiah bila majlis selesai.

  • Aku bergegas ke KAFA untuk melihat upacara di situ. Dan aku masih sempat kerana ucapan guru besar dan wakil jabatan negeri agak panjang. Aku lihat Paku Payung segak berjalan di pentas untuk mengambil hadiah... yang berupa sehelai tuala biru.

  • Setelah sudah, kami bertiga bergegas semula ke Sekolah Kebangsaan dan upacara baru sahaja selesai. kami sempat melihat aturcara terakhir yang berupa persembahan tarian 60-an...???

  • Aku rasa seperti kurang selesa, kenapa tarian 60-an? Lagu 'Bunyi Gitar' pulak tu, tarian twist! hahaha... Aku faham, kanak-kanak memang sukar untuk dikawal kelincahan mereka dan persembahan paling mudah adalah tarian rancak seperti itu.

  • Tetapi, kenapa tarian twist 60-an? Kenapa tak 'zapin ayam patah' yang tak kurang juga rancaknya... ye lah, kalau persedian itu 6 bulan awal, mungkin boleh. Ini pasti persediannya dalam satu malam je...







.

3 comments:

aza ni said...

sebenar tak salah naik ke pentas tu nizam...bukannya tak boleh dibuat....tapi pakat awal dgn cikgu mc majlis...sebutkan anak tak dpt datang jadi bapanya dijemput naik ke pentas mengambil hadiah...

ASH said...

Kalau ko naik pentas dan ambil gambar bersama dengan anak anak yang cemerlang, MUSTI diorang ingat ko cikgu kat situ...
BEST apa!!

Menyamar sekejap..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Ooo. ye ke? Aku tak tau...


Ashley,
Menyamar jadi guru besau le... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com