Thursday, December 17, 2009

Balas membalas...

.


Dua orang duduk berjiran. Yang seorang pandai memasak dan selalu masak yang sedap-sedap. Selalunya, bau masakan itu meresap masuk ke dalam rumah jirannya.


Oleh kerana jirannya terbau masakan yang sedap, seleranya sentiasa bangkit dan makan banyak. Akibatnya, berat badannya bertambah dan akhirnya, dia jatuh sakit.


Jiran yang sakit itu membuat laporan di balai polis dan menyaman jirannya itu. Satu hari itu, Mahkamah membicarakan kes saman tersebut. Hakim bertanyakan kepada jiran yang sakit, kenapa dia menyaman jirannya?

" Kerana bau masakannya masuk ke rumah saya dan menyebabkan saya berselera makan. Akibatnya, selang beberapa tahun, berat badan saya naik dan saya jatuh sakit. Saya mahu ganti rugi atas kesakitan saya "


Anehnya, Hakim itu memberi kemenangan kepada jiran yang sakit itu. Lalu Hakim bertanya, berapakah ganti rugi yang dia mahu?


" 1000 dinar ..."


Pada hari yang ditentukan, Hakim pergi ke rumah mereka. Hakim arahkan jiran yang sakit itu duduk di kerusi makannya, manakala jiran yang pandai memasak itu pula di suruh naik ke tingkat atas dan menjatuhkan syiling 1 dinar ke dalam mangkuk besi.


Hakim mengarahkan jiran yang sakit itu supaya mengira setiap kali terdengar dentingan syiling dinar itu jatuh. Maka, jiran yang pandai memasak itu pun jatuhkan syiling satu persatu sehingga genap 1000 dinar.


Setelah cukup, jiran yang sakit itu pergi ke rumah jirannya untuk mendapatkan duit dinar itu tetapi di halang oleh Hakim. Hakim itu kata:

" Bau masakannya masuk ke rumah kamu, bukan masakannya yang masuk. Jadi, hanya bunyi duit syiling sahaja yang boleh kamu ambil, bukan duit syiling itu "






.

8 comments:

xiiinam said...

Sungguh arif hakim tu....

ashley said...

Dah baca dah cerita nih...he he

secangkir madu merah said...

heheehhe..dah dapat bau pun dah kira untung dah, over betul jiran sebelah tu.

**mak aku kata berdosa tau kalau kita masak sampai jiran sebelah berbau masakan kita sehinggakan kitowrang adik beradik nak buat bbq kat luar rumah mak aku tak benarkan sebab takut jiran2 terbau...isk isk isk..cari idea cipta 'smellproof'

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Itu cerita tahun 1984 dari ustad darjah 6 dulu kat SKDYS...


Ashley,
Adil ke tak adil penghakiman itu? jeng-jeng-jeng...

SMM,
Tak payah smell proof, bakar je lebih sikit dan bagi sikit org jiran sebelah...

tasekM said...

rahsia pembangkit selera ialah ikan gelama masam goreng. cubalah goreng. dan-dan rasa lapar. he he.




.

ashley said...

Agak agak boleh saman chef WAN tak? sebab dia masak jer, aku jadi lapor...ha ha ha walhal aku tengok jerrrrr......

tasekM said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

TM,
Ikan kering tu? Itu lawannya ubi rebus... dari belakang rumah CkLah... hahaah

Ashley,
Buleh saman, tapi hakim tu suruh tengok duit dalam akaun Chef Wan je la.. hahaah

TM,
Makan bola, tido bola... aku tak nak sambung, sensitip...

hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com