- Aku berkesempatan melabuhkan diri bersama-sama rakan sekerja untuk makan malam di Sheraton Putrajaya malam kelmarin, walau hati rasa berat sebab Mama tak dapat turut serta sebab tak sihat.
- Dan dalam berat hati itu, aku cuma mampu berulang-alik mengambil juadah sebanyak 5 kali sahaja.
- Sempena akan malam itu, kami meraikan ulang tahun hari lahir 5 orang daripada kami. Dan aku kata, setiap 12hb adalah hari ulang tahun kelahiran aku, kenapa tak boleh sambut juga?
- Sebelum pulang, aku pergi ke tempat ABC (air batu campur) yang aku lihat mampu mengancam nafsu selera aku. Aku minta semangkuk tapi oleh kerana tekak aku kurang sihat, aku tak mahu dia letak ais. Dia kata balik " kalau macam tu, cuma BC je. Bukan ABC encik".
- Dan aku telah pilih kekacang dari Eropah, bukan kacang tanah. Kerana kacang tu lebih mahal dan makan malam ini bukan aku yang bayar. Kawan tanya aku, kenapa kacang tu mahal? Aku kata, sebab nak kutip kacang tu bukan senang. Kena bergelut dengan 'Chipmunk' yang juga nak kutip kekacang tu...
.
11 comments:
patut seludup kacang tu masuk poket...
ha ha ha
boleh mama tumpang rasa!!
Makan ABC tapi tak letak ais. Luar biasa juga ABC tu ya? :p
Ashley,
Haah...!Lupa!
Insyirah,
Sepatutnya jadi macam cendol je la... tapi dia letak jugak ais sikit. Amacam pengantin baru ni?
kacang omputih yg paling aku suka ialah macadamia. kacang dr syurga... :)
aku makan kacang panjang je bang. walaupun tak mahal, bergelut tetap bergelut. bergelut dgn ulat bulu. lagi bahaya tau!
ha ha.
.
Alhamdulilah, pengantin baru baik2 saja dgn kehidupan baru. Sikit hari lagi tukar status jadi pengantin lama. Haha.. :p
aku tengah diet. jadi aku tolak banyak jenis makanan. aku nak flatkan semula perot aku yang makin-makin bulat. huh!
TM,
Ooo.. ko minat kacang yang panjang2.. HAHAHA
Insyirah,
Takpe, yang penting dalam hati sentiasa seperti pengantin baru...
Addy,
Aik? Lama tak jumpa dalam alam blog tetiba perut dan boncit??!
Cakap! Sapa yang buat kat kamu?
mengada2 je ko ni nizam, nak makan abc tapi tak mo ais....
SMM,
Sakit tekak kak... tak mo la ais...
hish... manjang melencong. benci la aku... :P
dah. maleh lah aku nk ngomen kt blog ko ni bang.
tensen! tensen!
hahaha....
:P
.
TM,
tensen = 10sen.. kependekan baru tercipta hahahaa
Post a Comment