Wednesday, December 16, 2009

Makan malam bersama kambing Boer

.

Hari Sabtu lepas, aku teringatkan cerita kawan aku (Kucai) tentang satu kedai daging segar milik Melayu Islam. Daging yang siap perap pun ada.


Kami pun pergi cari lokasi kedai itu dekat Seksyen 7- S.Alam. Aku lupa nama kedai tu tapi kedai tu sama kawasan dengan Pasaraya Bintang. Simpang masuknya ialah bertentangan dengan pintu masuk selatan UiTM S.Alam.


Setelah pusing sekali dua, akhirnya aku jumpa. Dan seperti biasa, aku jadi macam penguatkuasa makanan sedunia. Aku tanya mana dapat bekalan, jenis-jenis daging, bahagian-bahagian daging, yang mana sedap yang mana keras, beza lamb dan mutton, aras kolesterol, jenis perapan dan cara-cara potong.


Termasuk juga soalan-soalan komersial harga sekilo, perbekalan di Malaysia (dia tak ambik daging tempatan, aku tanya kenapa tak ambik dan dia bagi alasan yang kurang logik), logistik (direct import dari Australia), cawangan lain (kat Penang pun ada), jualan (katanya, 300kg Boer sehari untuk mamak Beriyani di UiTM S.Alam sahaja!), profile pelanggan-pelanggan lain dan tujuan (purpose of buying), jenis produk yang ditawarkan, jenis perkhidmatan yang boleh di tawarkan (kambing perap seekor pun boleh disediakan).


Setelah puas hati dengan 'seminar' 30 minit itu, kami pun mula pilih daging.

Dan akhirnya kami pilih daging kambing (lamb shoulder) siap diperap. Cukup untuk 3 orang makan dan harganya cuma RM 13.90. Puas hati aku? Ya, memang puas ...







Dalam perjalanan pulang, kami singgah di TESCO untuk beli barang-barang lain sebagai pelangkap makan malam kami: Russet Potatoe, Carrot, Pitted Black Olive, Sweet Corn...

Kami tanam pokok pudina. Sos pudina aku buat sendiri.




.

7 comments:

ckLah @xiiinam said...

Minggu lepas ckLah pergi makan kenduri sambut menantu kat rumah Wak kari Kepala Ikan dekat bank rakyat lama yang kau suka tu.....


Lauknya...pergh!!!

kucingorengemok said...

whooaaa!

ASH said...

Ingat kut hang pi ladang adik TM..
he he he
pi cari kambing boer kat sana..

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Mbah Dhombloq? Cikgu sedara dengan dia ke?

KOG,
Hah, apa lagi... pi la terkam daging kat sana tu... daging Arnab pun ada...

Ashley,
Eh, dia ada bela kambing ke? Agaknya tu sebab dia joging kat tasik ... sambil-sambil jaga kambing yang makan rumput kat padang situ...hahaha

tasekM said...

makan 'bersama' kambing boer tu dah macam gaya ko ajak kambing tu makan semeja! ha ha.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Memang aku makan semeja dengan kambing tu... tapi aku makan dia la... HAHAHA

ckLah @xiiinam said...

bukan sedara.....pelanggan setia yg peramah...;)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com