Monday, December 7, 2009

Resepi untuk pagi yang sejuk...

.



Sempena hujan guruh berdesing yang sejuk dan sungguh melayukan kelopak mata ini, aku sempat menunjukkan satu resepi kepada Mak Mertuaku di kampung hujung minggu lalu:








Nama resepi = 'Ikan Tenggiri masin berasam dan berselimut hijau pada pagi yang sejuk'




Rencah:

Sepotong ikan Tenggiri masin selebar 2 jari,

3 helai pucuk ubi berdaun lima siap dibasuh untuk setiap potong ikan Tenggiri,

Minyak masak secukupnya untuk menggoreng (separas 1/3 tebal ikan Tenggiri),

Kuali bersaiz sederhana besar untuk menggoreng,

Satu sudip yang cukup panjang untuk elak percikan minyak,

Dapur untuk memasak,

Gas dan api yang secukupnya untuk panaskan kuali dan minyak.




Caranya:


Susun 3 lapis pucuk ubi dia atas meja dan letakkan sepotong ikan Tenggiri masin/asam di tengah-tengahnya. Lipat dan bungkus kemas-kemas ikan itu dengan pucuk ubi itu. Panaskan minyak dan masukkan bungkusan itu ke dalam kuali. Pastikan ianya dimasak dengan api yang kecil atau sederhaa besar. Balik-balikkan sehingga pucuk ubi kelihatan kering/gareng.




Hidangkan dengan Ubi Rebus yang masih panas, pada pagi-pagi yang sejuk dan hujan masih renyai-renyai...















.

17 comments:

tasekM said...

mengada-ngada je nk kena balut dgn pucuk ubi segala, kan? he he.

tenggiri masam tu goreng gitu je pun ok dah .... :)

dulu. mak member aku pernah masak. pucuk ubi tu digoreng2. sampai garing gitu. apa nama masakannya pun ntah. tapi sedap giler...



.

xiiinam said...

"Errr...er....mekkenen ape itu...I don't know"


(Sila baca dengan slanga Mr Smith masuk Malaya!)




:)




Huh....ngiler ndelokke kang!
Ngences!

xiiinam said...

Suami tasek tak reti makan ni...
kan tasek kan? kan?



:)

Nizam.Ariff said...

TM,
Setahu aku asal usulnya dulu sebab tak nak ikan masin tu hancur, tu sebab di balut. Sebenarnya, pucuk ubi tu lebih sedap...

CkLah,
Ecece... memang ngences nengoknya... ahaha

Cklah,
Aku ingat Carlos si pujangga Tijah je yang tak makan ubi jepun ni... laki dia pun camtu gak rupenye...

secangkir madu merah said...

nampak macam sedap je..
tapi tak pernah tengok pon benda cam ni, macam pelik jerk..

AZANI said...

salam nizam,idea bijak..baru bagi saya...

ashley said...

azani,
ko baru dok kat Mesia ke?
ha ha ha...
(saja nak kutuk!!)

Nizam,
kalau goreng camtu jer dan takyah selimut selimut? apa jadi?
bukan ke sama je rasanya?

addyaholix said...

nama resepi tu buat aku gelak guling-guling. haha!

dan aku harap rasanya tak buat aku gelak jugak bang. ;p

Guten Tag said...

sedap2

Nizam.Ariff said...

SMM,
Itu resepi dari mak aku... simple but ok...

Azani,
Boleh cuba. Ada kelainan dari segi presentation.

Ashley,
Memang sama tapi pucuk ubi itu pun akan rasa lemak-lemak masin dan rangup. Pucuk ubi tu yang jadi sedap... tak caya, cuba la..

Addy,
Rasanya kaw giler... rasa macam... macam... ikan masin! hahaah

Guten Tag,
Lemak masin... sedap.

addyaholix said...

aku tunggu ko ajak makan malam kat rumah. suruh ngasuh paku payung pon aku ok saja bang nizam. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Ko tau ke jaga budak? Aku rasa mesti ko gaduh je nanti.. hahaha
Ko bila nak bercuti-cuti ala malaysia nih? Bulan Feb lambat lagi tu..

xiiinam said...

Sekadar mahu menitip pesan..


"Salam Sayonara!"




Hingga jumpa kembali...

addyaholix said...

see the leg la bang. aku bab jaga budak ni celah ketiak je bang. sebab aku suka layan budak la yang selalu sangat kena smash bila nak kahwin. aku pernah tanya mak, boleh tak nak anak tapi takmau kahwin, mak cuma cakap jangan nak mengada. haha!

aik mana tahu aku nak bercuti bulan feb ni bang? tu bukan cuti-cuti malaysia, tu cuti-cuti luar negara. haha!

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Ok cikgu. Selamat berpergian dan selamat pulang..

Addy,
Celah ketiak? Tu yang tak sedap tu... hahaha

Mohd Hairul said...

panjang benor nama resepi ni....

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
Nama resepi sensasi memang panjang-panjang ... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com