Tuesday, December 15, 2009

Saat-saat itu...

.


Sehari dua sebelum menjadi lelaki dewasa (dia kata: lelaki remaja), aku ajak Paku Payung tengok 2012 di The Summit. Aku bercuti hari tu. Saja gatal bercuti.


Dia suka tengok science fiction tapi oleh kerana aku dah review jalan ceritanya dari entah mana-mana, aku beritahu dia yang jalan ceritanya tak lah setanding mana pun. Plot yang sama. Nilai-nilai kemanusiaan sama diketengahkan. Tak ada bunuh-bunuh tikam sana-tikam sini. Tak ada kepak-kepak kepala keluar otak pun.




Ada masa lebih kurang sejam lagi sebelum masuk panggung, aku ajak dia pergi ke sebelah. Kami habiskan masa ayah-anak dengan bermain menatang ni:






















Paku Payung berjaya masukkan 3 bola untuk setiap game.... dan beberapa kali bola putih masuk lubang juga. Not bad!









.

7 comments:

kucingorengemok said...

1 jam yang priceless

Nizam.Ariff said...

KOG,
Betul tu... itu sebab aku abadikan ia dalam ni...

ckLah @xiiinam said...

Salam ziarah...
Nak bagi nafkah sikit..he..he..

tasekM said...

paku payung besor dh macam budak darjah 6 pulak aku tengok..

2012 hr tu aku tengok start pukul 7.30mlm. budak MC tu tiba2 nak tidor umah nenek makanya kami pun jadi auto nak berdating. ha ha.

dah rasa tgk cerita hindustan dia punya lama. sempat jugak la aku terlelap. ha ha.


.

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Terima kasih kerana sudi datang... 'aku terima nafkah itu dengan bla-bla-bla..' hahaha

TM,
Apa barang tgk wayang sampai tido...

secangkir madu merah said...

berdua je? tentu seronokkan luangkan masa dgn anak macam tu? kenapa tak gi main bowling?

Nizam.Ariff said...

SMM,
Mama kerja. Kami main berdua je la... susah main bowling, kena pandai susun kaki masa nak baling.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com