Tuesday, December 22, 2009

Satu hari penuh adegan yang panas-panas...

.


Pagi-pagi itu, kami bertolak ke Perak, dari S.Alam. Tujuan kami?:- kami mahu beradegan panas-panas... peluh-peluh... pergh!!!



Selama dalam perjalanan yang agak jauh itu, masing-masing bermain-main dengan fikiran. Kotak-kotak fikiran yang penuh dengan imaginasi tentang itu dan tentang ini: panas... pakaian tak keruan... peluh merenik... menitis... arghhh!!!



Kami tiba jam 10.30am. Masuk pun kena beratur? Ceit, kami nak bercuti, semua orang pun nak bercuti sama. Apa pasal dia orang semua nak ikut aku bercuti? Dalam banyak-banyak hari dalam setahun, apa pasal dia orang pilih nak bercuti sama dengan aku? 'Kasi can' la kepada aku...



Kami pilih tempat sejuk dulu. Kasi rendam dalam sejam dua jam, biar lembut semua kulit (baca: lembut segala daki). Rendam dalam kolah besar yang penuh dengan air dari gunung; air yang turun dari mata air di kaki Banjaran Titiwangsa; penuh kehijauan... dan tanpa klorin!



Dulu ada sotong kurita gergasi tersergam garang di tengah-tengah kolam sejuk tu, sekarang tiada. Tentakelnya dah kena potong. Ini mungkin gara-gara fanatik kepada iklan 'P1 max'...



Setelah berendam dalam 2 jam, kami berpindah kepada tempat panas! Ya, untuk adegan panas pula. Kami selusuri denai yang penuh dengan wap berbau Sulfur. Cuaca menarik; mendung dan kadangkala ada bunga-bunga rintik menerpa rambut dan bulu roma; mengimbangi kejutan hawa panas dari wap putih berbau Sulfur itu.



Kami rendam kaki kami dalam lubang air panas. Tak panas mana pun, sekitar 35 ~ 38 Celcius aku agak. Aku rendam kami sahaja. Tapi, ada 2 orang brader siap duduk dalam kolam panas, air separas dada. Aku cakap kat brader-brader tu, orang kata anak haruan boleh mati dalam air sepanas ini.

"... memang pun, bukan anak haruan, bapak haruan pun boleh mati kalau masuk dalam kolam panas ni..."


Dia tak faham maksud aku. Aku senyum.




Kolam air panas Sungai Klah, Felda Sungai Klah, Sungkai.



"Oooooo!!!!... anak haruan yang tu... errr.. faham, kami faham..."

Dan kami ketawa. Kakak-kakak dan makcik-makcik yang ada bertanda tanya pada dahi-dahi mereka. Lantaklah, ini hal lelaki.




Setelah puas berendam kaki, aku cuba tanya Spa. Alamak, habis ditempah untuk sekurang-kurangnya 2 jam lagi. Kemudian, aku pergi ke pejabat Ayurveda Treatment, pun sama sebab dia guna Spa yang sama. Ceit! Potong stim betul la... Ni satu lagi, pasal apa dia orang semua nak guna Spa bila aku nak guna? Ni mesti dengki kat percutian aku...



Salah satu punca air panas di Sungai Klah



Kemudian, kami pergi berendam dalam air suam-suam kuku dalam satu kolam besar. Aku cari tempat air suam yang terjun dari batu buatan dan aku duduk di situ sambil biarkan air suam itu mencurah-curah turun menghentam belakang aku. Aku biarkan diri aku tenggelam dalam keasyikkan deruan dan curahan air, lebih kurang 30 minit sebelum belakang aku terasa pedih.



Aku pindah ke tempat lain dan aku terus berendam dalam sejam lagi. Apabila kepala terasa pening, baru aku perasan yang suhu darah aku mungkin dan sama panas dengan suhu air itu. Cepat-cepat aku pergi ke tempayan besar yang penuh dengan air gunung yang sejuk. Aku libas 2 gayung air kepada badan aku. Sejuk. Tapi tak lama. Panas balik.



Aku libas lagi 3-4 gayung air sejuk. Tunggu sekejap. Sejuk. Tapi panas balik... pergh! Badan aku dah serap banyak sangat tenaga haba. Aku libas beberapa gayung air sejuk lagi. Ada 2 orang budak kecil memerhatikan aku dengan pandangan sayu, meminta gilirannya untuk bergayung. Mana boleh lepaskan gayung, aku tengah kritikal!



Aku tanya soalan yang aku tahu jawapannya, sama ada dia nak gayung. Mereka anggukkan kepala. Lantas aku cedukkan segayung dan aku jirus mereka berdua. Dan beberapa gayungan seterusnya adalah untuk aku lagi. Sehinggalah aku terpandang mak-bapak budak tu. Perlahan-lahan aku letakkan gayung ke dalam tempayan besar itu dan aku kembali semula ke dasar kolam panas itu.

"... terima kasih..." kata salah seorang budak tu. Ceit!



Ternyata, dengan modal RM10 aku mampu berendam sepuas-puasnya dan biarkan peluh aku menitis untuk dikongsi oleh para pengunjung semua.


Itu mungkin termasuk peluh mereka untuk di kongsi oleh aku. Dan aku pasti, turut berkongsi sama ialah air kencing budak-budak dalam kolam sejuk dan panas itu...





.

11 comments:

AZANI said...

salam nizam,sumber semulajadi...sekitar 84 rasanya belum ada semua itu...saya pernah beraya di rumah kawan di felda sg klah..mungkn ada kolam air panas , saya tak sempat nak singgah.

xiiinam said...

jumpa tk tapak kaki ckLah?

CkLah pergi pergi awal tahun dulu....dan baliknya buat n3 panjang berdepa....
:)

kucingorengemok said...

tulisan terbaik untuk tahun ini... penutup yang sangat kelassss! hahaha, A+, brader! :)) [masih ketawa²]

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku pun baru tau dlam 2-3 tahunlepas je. Tapi aku rasa, air panas tu dah ada kat situ sejak zaman dinosourus rex lagi kut...

CkLah,
Nama tempat tu macam nama blog cikgu ler.... hahaha

Tapak kaki cikgu aku pulak. Tapak kaki Sang Gelembai mungkin ada kut...hehehe

KOG,
Ni pujian ke atau kutukan ni? Aku musykil... hahaha

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Rephrasing: Tapak kaki cikgu aku -tak nampak la- pulak...

tasekM said...

patut ko cakap berudu. cepat dia tangkap. ha ha.

:P

dekat wet world pedas pun ada air panas tau bang. gila panas. aku tak bulih tahan.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku pun ada dengar tp tak pernah pegi... kecik kut tempat tu? ye la, negeri melaka pun bukannya besar sgt... hahaha

tasekM said...

hello. assalamualaikum. sejak bila pulak pedas tu dekat melaka.

ni kalau kak ash tau ni kan. mau disekolahkan ko ni tau dak. dia tu cikgu ilmu alam a k a pembuat peta malaysia.

ha ha.


.

AZANI said...

salam nizam.tumpang masuk..
cerita pasal pedas ni, aku pernah pergi masa dia belum ada bangunan macam sekarang, cuma ada kolam, masa tu aku kecik lagi..memang boleh rebus telur ayam pun...orang pun tak rendam badan , cuma letak juntai kaki kat tepi kolam....

ashley said...

TM, NIZAM,
ni Cikgu Ilmu Alam dah sampai...
.
.
meh nak pulas telinga!!
Pedas tu kat Negeri SEMBILAN!!!
hiiiiiiisssshhh.( stail kak ros-upin ipin)

Aku dah sampai Pedas waktu aku umur 10 tahun.tahun 1977
he he he..
Ngekor rombongan sekolah ayah aku.
Waktu tu punya la best dapat mandi.
mandi pakai gayung laaa..
air panas panas suam.

Tapi yang kat Sungkai tu aku tak sampai lagi. Nantilah..suatu hari nanti.
Nizam, kasi direction...please.

Nizam.Ariff said...

TM,
Abis tu, sapa suruh buat simpang kat jalan Melaka. Mana aku tau bende tu lepas sempadan..hahaha


Azani,
Aku tak pernah sampai pedas lagi.. tapi aku kerap nampak papan tanda ke situ...


Ashley,
Ikut PLUS highway, sampai exit Sungkai, keluar kat situ. Lepas bayar tol, belok kiri. Tak sampai sebatu ada satu papantanda Klah hotspring. Masuk simpang tu menuju ke Felda Sg Klah. Ikut je papan tanda tu ... dalam 7-8 km kut.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com