Sunday, December 27, 2009

Sekian, laporan dari aku...

.


Pagi itu pagi Rabu, kami berpusu-pusu menuju ke Utara. Last minute booking. Nasib baik masih ada yang sudi menerima kami bermalam. Taiping Golf Resort di Kamunting. Sebelum itu, berhelai-helai peta yang aku google-map aku cetak, sekadar berjaga-jaga. Maklumlah, sudah lebih 20 tahun aku tinggalkan Taiping.


Asalnya, aku mengenali Taiping melalui ini:






Dan setelah lebih 20 tahun, aku kembali mencari jejak-jejak aku yang aku sangka telah hilang. Bahkan tidak!. Ya, Taiping masih pelihara jejak-jejak aku bersama-sama sejarahnya yang dulunya bermandikan darah. Sama ada darah Melayu dan Inggeris atau antara Gee Hin dan Hai San.



Dan antara jejak yang aku jejaki kali ini adalah kompleks membeli belah ini, tempat aku mengecilkan kaki seluar jeans hingga kalau nak masukkan kaki kena bungkus dengan plastik, tempat aku beli kaset kosong dan upahkan dubbing lagu-lagu Slayer, Iron Maiden dan lain-lain dengan kadar 50 sen untuk sebuah lagu, tempat aku pekena cendol power dan koew teow kicap...



Sebelah sini Melayu, sebelah sana Cina: 1Malaysia



Dan aroma kedai-kedai makan ini masih seperti dulu. Asapnya menyelinap masuk ke tekak dan bergayut pada baju aku. Baju hitam yang diharamkan oleh penguasa asrama akibat penangan Ali Bakar dan Battle of the bands, dan Wings dan Search. Sampai sekarang aku kurang faham apa salahnya baju hitam itu pada waktu itu sedangkan Black Metal belum lagi terkenal di situ pada masa itu. Belum lagi aku dengar orang berbaju hitam bermain gitar karan sambil hirup darah kambing hitam di situ pada masa itu... belum lagi. Aku syak, penguasa asrama itu ada kasyaf...



... dan sebahagian lagi sama ada Mamak atau Pakistan...



Aku naik ke tingkat atasnya, aku cuba cari satu kedai jahit yang biasa aku datangi dulu. Tak ada. Ada seorang Cina tua sedang bersandar pada balkoni kaki lima menyapa aku. Aku terus tanya, mana perginya kedai 'I O U' ( I owe you)? Dia gelengkan kepala. Dia kata, itu sudah lamaaaa...


Aku kata, memang lama. Sudah lebih 20 tahun.



Itu baru hari pertama. Belum pun sempat malam berlabuh. Keesokkannya, aku selusuri Bukit Larut yang dulunya pernah aku takluki sebanyak dua kali sepanjang aku bermastautin di sini dengan berjalan kaki.


Cerita selanjutnya, nanti...



Jeep ke Bukit Larut






.

11 comments:

kakpah said...

nama kedai i o u tu mengingatkan akak pada satu nama kedai jahit jugak : My one.

Masa sekolah dulu budak2 cina suka cakap, this one my one h'a.. (instead of mine)

haha..
(Ko tak gelak ke)

Kuwing said...

Heeee...tentu kedai tu dah di ganti gan nama lain...

AZANI said...

salam Nizam, aku pun seronok dengan Taiping ni...dulu ada sedara tinggal kat kg. boyan ....rajin jugak ronda taman tasik...Kilang Fraser & Neave kat sebelah rumah gate keretapi tu ada lagi tak..?
Banyak kenangan...kena belasah dan membelasah budak KE....sejak tu kalau game mesti on neutral ground..mana?apa lagi Anderson lah , kalau bola Tmn Seenivasagam.

m.saffuan said...

b.ngah pegi sane dgn sape??

secangkir madu merah said...

tak pegi zoo taiping ke?
kalu pegi taiping aku mesti melawat sedara2 kat sini..hehehee...
taiping golf resort ni dekat tasik taiping tu ke?
pernah bermalam disini tapi tak ingat nama tempat nya yg aku masih ingat bila nak ke tempat ini melalui tasik taiping yg indah itewww...

Nizam.Ariff said...

KakPah,
HAHHAHHA.. Aku gelak kak. Masa first time aku tengok I O U tu pun aku tersenyum gak.

Nizam.Ariff said...

Kuwing,
Petak kedai tu pun dah tak ada...

Azani,
Tak perasan pulak kilang F&N tu. Ada flyover dalam pembinaan di lintasan keretapi berpagar di situ...

Dak An,
Family kita orang je...

SMM,
Mesti la lawat... tapi aku paling minat kat ikan-ikan dan ular yang besar-besar...
Taiping Golf Rsort ni cuma 15 minit dari Taman Tasik Taiping, ikut jalan Kamunting Lama.

mroslij said...

matdino, hang mmg nostalgia...
aku dah lama tak pi tepeng, jalan2 kt taman tasik tu sambil2 tengok beruk.

Nizam.Ariff said...

Ulik,
Hang dok kat-kat situ pun tak pi sana?

Teruk la hang...

mroslij said...

ada la 2 3 kali lalu jalan depan maktab tu saje

Nizam.Ariff said...

Ulik,
aku pun lalu je... mana ada org kenal lagi..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com