Saturday, October 31, 2009

BB Bangi... siang tadi.

.

Dan akhirnya.... aku sampai juga ke rumah KakPah. Terima Kak Ashley kerana bagi panduan jalan ke sana...

Pada kad undangan, peta yang dilukis ialah dari tol Bangi sedangkan aku dari Utara. Jadi, sebelum bergerak ke sana, aku telefon M.Alwie (kawan) yang tinggal di BB Bangi. Aku tanya dia, kalau 3/6ABC, mana satu seksyennya: seksyen 3 atau seksyen 6?

Walau aku tak nampak dia tapi aku tau dia mesti garu-garu kepalanya. Dia tak pasti... Ceit!


Dia tanya aku balik, apa landmark yang ada. Aku belek balik peta tu, aku sebut nama 3 masjid dan surau yang tertera pada peta.

Walau aku tak nampak dia tapi aku tau dia mesti garu-garu kepalanya. Dia tak pasti... Ceit! 2x.


Aku gagahkan diri ke BB Bangi, niat aku baik, jadi aku tawakkal. Kalau dah rezeki memang tak kemana. Sesampai sahaja susur keluar ke BB Bangi dari jalan Putrajaya - Kajang, Kak Ashley telefon! Dan dengan mudahnya, aku dapat ke rumah KakPah melalui 'peta' dari Kak Ashley. Dan baru aku tau, situ rupanya Seksyen 3 BB Bangi... hahaha.



Tapi sayang, aku tak dapat sembang lama dengan Kak Ashley dan KakPah. Tadi aku pening kepala sebenarnya. Malam tadi aku baru perasan, dah 2 minggu aku tak tonton TV hatta berita sekalipun! Mungkin aku kurang tidur agaknya...


Atau mungkin juga kerana aku telan Buah Tunjuk Langit sebelum aku berangkat ke rumah KakPah.



Tasek Merah sms aku, dia tanya macam mana rupa buah tu (entri sebelum ini pun aku ada cerita pasal buah ni). Kerana permintaan dari Tasek, aku tempek kat sini:





Buah tu ada berkeping-keping di dalamnya, macam kepingan buah Angsana. Kena pecahkan kepingan nipis tu dulu barulah dapat keluarkan isinya yang saling tak tumpah macam kuaci biji labu. Saiznya pun lebih kurang sama kalau tak besar sikit.


Rasanya pahit. Memanglah begitu. Dan aku akan pecah-pecahkan 'kuaci' tu atas tapak tangan sebelum letakkan di atas lidah. Lalu aku jirus dia dengan segelas air, terus masuk ke dalam tanpa kunyah. Biar tali perut aku yang kunyahkan untuk aku.






.

Friday, October 30, 2009

Kena pukau akhirnya...

.


Hari ke-3 aku di sini.


Setiap akhir sesi akan ada de-briefing, dimana setiap orang akan berpasangan dan berjalan-jalan dari dinding ke dinding. Apa yang ada pada dinding?

Setiap flip-chart yang telah berconteng akan dilekatkan pada dinding. Setiap dari kami akan bercerita kepada pasangan masing-masing tentang apa yang telah diajar dengan merujuk kepada flip-chart itu.


Dan aku berkesempatan untuk berpasangan dengan awek itu. Maka kami pun berjalan-jalan segenap penjuru dinding dan bercerita. Dia cerita kat aku, aku cerita kat dia. Kemudian, aku terfikir nak pukau secara 'mirroring'! Saja nak uji keberkesanannya...


Bila dia angkat tangan kiri, tanpa dia sedar, aku angkat tangan kanan.

Bila dia tuding telunjuk kanan ke kertas flip-chart, tanpa dia sedar, aku tuding dengan telunjuk kiri kepada flip-chart sebelahnya.

Bila dia peluk tubuh, selang beberapa saat kemudian, aku pun peluk tubuh.

Bila dia langkah dengan kaki kanan, aku ikut sebelah dia tapi langkah dengan kaki kiri.

Kemudian, aku berhenti dari mirroring....





Pada flip-chart terakhir, kami berdiri bersebelahan. Kemudian, aku masukkan tangan aku ke dalam kocek seluar....

Tak lama kemudian, dia pun ikut masukkan tangan ke dalam kocek seluar !!! ( err... seluar dia la..).


Melihatkan itu, aku tak mampu menahan ketawa. Aku ketawa agak kuat.

Dan dia akhir sedar yang aku dah established rapport dengannya... dengan kata lain, dia dah kena 'pukau' ...


'... menyampah la abang ni...!'

Katanya... dalam senyum. Hahahaa..





.

Thursday, October 29, 2009

Exaggerate namanya.....

.


Hari ini, aku jadi macam-macam. Trainer tu suruh senaraikan 'alter-ego' aku. Dengan kata lain, watak tanpa roman yang segala-galanya aku mahu ada padanya. Aku senaraikan: Attractive, convincing and super power!

ya, super power sebab kalau dah ada power, macam-macam boleh jadi. Bayangkan, rumah tak ada letrik pun boleh lip-lap lip-lap kalau ada super power....




Hari ini, aku jadi macam-macam. Dari pelakon drama ala Rocham Nurr ke pelakon iklan sabun mandi sehinggalah kepada pembaca berita yang 'exaggerate'.

Ok, aku kata. Nak sangat exaggerate, aku kasi...

Aku kena baca berita tentang sepasang kekasih Cina menjalankan kegiatan haram perjudian. Exaggerate? Aku hentak-hentak meja sambil baca berita depan kamera.


Masa lunch, kawan yang baca berita lepas aku kata:

'... apsal ko hentak meja sampai tergeliat kakinya?..'

Hah! Itu la exaggerate namanya... hahaha






.

Pukau

.


Trainer tu bla bla bla di depan sana. Aku hampir-hampir zzzzzzz di tepi korner sini. Aku hampir-hampir zzzzzzz sebab dingin di dalam bilik ini menyucuk hingga ke tulang.


Keadaan aku begitu sehinggalah trainer tu bla bla bla bab Neuro Linguistic Programming (NLP). Sehinggalah dia bla bla bla tentang 'rapport' dan petua-petua di dalamnya. Salah satu petuanya ialah 'mirroring'.


Dia bla bla bla lagi sehinggalah satu cerita bila mana dia pernah buat 'mirroring technique' terhadap satu awek anak mat salleh sehinggalah 'rapport' terbentuk dan awek tu pun berjaya di tawan untuk konversasi sosial.



Secara tiba-tiba aku hilang zzzzzzzz. Ajaib sungguh! Dan secara automatik aku angkat tangan aku dan bertanya:


"... mirroring ni macam pukau jugak ke?..."



Dan secara tiba-tiba juga trainer tu bla bla bla bla bla bla bla bla... panjang kepada aku.






Nak tidur payah, tanya pun lagi payah... haih!



.

Wednesday, October 28, 2009

Melihat di dalam diri...

.


Anak panah meninggalkan busurnya, terlalu awal. Apa yang dibidik tak selalu kena. Mata lembu jarang pecah berdarah...


Dalam mencari sesuatu yang tak pasti, kita sering berjumpa yang kita tak pernah jumpa. Dan dikala itu, kegembiraan mendadak naik, kehairanan menjadi satu yang biasa-biasa...

Siapa-siapa pun boleh berkata tentang selain dari dirinya, namun perkatan itu selalunya dilontarkan dari lelangit gelap atau kelabu. Dari mulut yang berbau tempoyak dan ikan pekasam. Busuk, hanyir tetapi sedap dimakan...


' Londehkan kainmu, dan kamu pasti melihat siapa dirimu sendiri... '


dan pastikan kamu lakukannya bersendirian, atau dengan pasangan...





.

Friday, October 23, 2009

Lambaian membawa maut

.


Aku selalu jumpa abang berbaju putih yang suka lambai-lambai orang. Dia rajin melambai-lambai di simpang-simpang jalan. Suruh itu jalan, suruh orang ini jalan. Kadang-kadang dia tiup wisel, kadang-kadang dia sumpah seranah dan maki hamun. Sikit-sikit hati abang tu mesti panas punya, maklumlah hari-hari telan asap.


Kalau diingatkan balik, tugas abang berbaju putih itu murni (walau dibayar) untuk membantu melancarkan pergerakkan kami. Aku pernah terfikir, kalaulah aku berada di tempatnya, aku belum pasti aku mampu bertahan.


Untuk itu, pagi tadi ketika berselisih dengannya, aku angkat tangan aku tanda hormat kepadanya. Dia hanya mengangguk kepala.





Tak lama lepas tu, baru aku perasan betapa bahayanya tindakan aku tadi. Kalaulah dia balas lambaian tangan aku tadi dengan lambaian juga, tentu caca-marba pergerakkan lalu lintas!


Bayangkan, kalaulah dia lambai tangannya seperti Queen Elizebeth of England, agak-agaknya macam mana kereta nak lalu? Bersilang kiri-kanan?






.

Wednesday, October 21, 2009

Tubuh berkecai dan darah memercik ke serata tempat...

.

.... dan aku terus masuk ke dalam rumah aku. Aku tutup pintu. Tapi, aku dapat rasakan mereka itu menghampiri pintu rumah aku. Aku undurkan diri ke satu pojok dan mencangkung di situ, menunggu apakah nasib aku kali ini. Aku tutup semua lampu. Aku biarkan rumah aku bergelap.
Kalau tadi, aku beranikan diri untuk lalu di lorong itu, kini aku seperti tikus kerdil yang menunggu untuk dibaham. Peluh merenik pada dahi. Nafas aku turun naik, bukan dek gelora nafsu tapi dek kerisauan yang menyelubungi perasaan ketika ini.
Aku amati dalam-dalam, tiada bunyi tapak kaki. Aku lega. Aku bangun lalu pergi ke bilik. Aku tutup pintu bilik dan aku labuhkan badan aku di atas katil. Tak lama, kemudian aku terdengar seperti pintu utama rumah aku dibuka secara paksa. Aku bangun dari katil dan duduk pada birainya. Menunggu dan menunggu.
Kemudian, aku terdengar pintu bilik aku cuba ditolak. Aku mengucap panjang. Mungkin ini adalah malam terakhir aku sebagai manusia, sebelum aku menjadi mayat. Sebelum tubuh badan aku dicarik-carik dan diratah. Sebelum darah aku tumpah dan terpercik merata-rata.
Tidak lama selepas tu, aku terdengar pintu aku dicakar-cakar. Berkali-kali. Ngilu merayap ke segenap badan bila bunyi kuku-kuku tajam mencarik-carik daun pintu menusuk ke telinga aku. Aku pasrah...
'hish! Kenapa tak bagi Jagad masuk? Bising dengar cakar dia je... '
Lalu Mama bangun dan pergi ke pintu. Mama buka daun pintu bilik.
Jagad menerpa masuk dan lompat kepada aku.
.

Monday, October 19, 2009

Know thy enemy ...

.


M. Alwie (kawan aku) cerita. Dia 'dijemput' oleh kawannya ke dalam mailing-group. Yang kebetulan pula berkisah tentang konflik Israel-Palestin. Pung-pang-pung-pang kelompok cendiakawan itu berbahas dan berkisah. M. Alwie baca dan fahamkan.


Sampai masanya, M. Alwie pun berkisah pula dalam mailing-group itu.


Pada pendapatnya, protes dan sepanduk dan tunjuk perasaan terhadap Israel itu satu pembaziran, satu kebodohan yang di tertawakan oleh Israel sendiri. Satu perbuatan yang kurang menolong untuk menangani konflik tersebut. Tak nampak apa signifikannya selain daripada perasaan simpati. Dan sedikit perasaan marah kepada Israel. Tapi, hanya itu sahaja.


Pada pendapatnya lagi, perkara pertama yang patut dibuat ialah TARIK SEMULA LARANGAN MEMASUKI ISRAEL, seperti yang tertera dalam paspor-paspor kita.


Benarkan semua kita memasuki Israel. Dan kalau tidak dibenarkan oleh Israel, cari jalan supaya dibenarkan. Sediakan konsulat Israel di sini. Biar berlaku kunjung-mengunjung diantara dua jenis rakyat.


Pada pendapatnya, daripada memulaukan Israel, lebih baik kita kenal siapa Israel betul-betul.

"know your enemy better than your friends..."




Entah macam mana, aku pun turut bersetuju dengan pendapat M. Alwie.



Dan M. Alwie kata, dia teruk kena 'debik' dalam mailing-group tersebut. Dan dia 'kasihan' kepada para cendiakawan tersebut kerana fikiran mereka tidak terbuka untuk menerima pendapat sebegitu. Selagi fikiran mereka begitu, seingat mereka tempurung mereka itu terlalulah bagus dan ajaib...




.

Friday, October 16, 2009

Kisah 2 Ruh...

.


Kisah 2:


Awal pagi menjemput embun turun dari perut langit malam pekat hitam, terkumpul pada juntaian daun-daun serunai laut. Awal pagi itu, Nafs yang an-nass terpisat-pisat bangun dengan kaki menunjal-nunjal selimut pasir putih dan kayu-kayu hanyut yang mereput.


Nafs yang an-nass itu bangun dan menyarungkan pakaian mulkil dari langit yang turun bersama-sama embun, turun bersama-sama dengannya malam tadi.


Pakaian sederhana yang masih putih, yang masih merah, yang masih lutsinar dari segala-gala yang bathil. Pakaian yang hanya tahu menangis, yang hanya tahu tidur dan jaga dan tidur lagi.


Pakaian yang bila digendong, terlalu comel rupanya, cantik dan mongel.

Dan esok lusa dan tulat nanti, apabila dipeluk dan digomol, ia akan merasa apa itu dosa dan apa itu pahala. Akan merasa manisnya dosa dan pahitnya pahala.


Nafs yang an-nass, yang memakainya, sedia untuk serahkannya kepada sesiapa yang ingin memakainya pula. Pakaian sekadar pinjaman, yang turun dengannya bersama-sama embun dari langit malam yang hitam.


Nafs yang an-nass, dengan senang hati, akan memberikan kepada sesiapa untuk merasa, meratah dan menikmati keselesaan pakaiannya itu. Pakaian yang bukan miliknya, pakaian mulkil, yang turun dari langit yang kabir.



Nafs yang an-nass tahu, ia hanya pakaian yang satu hari nanti akan kotor dan akan koyak, dan mungkin akan reput. Dan akan ditinggalkan di tepi gumuk pasir putih dan kayu-kayu hanyut yang mereput itu.



Dan Nafs yang an-nass akan pulang semula ke rumahnya tanpa sebarang pakaian. Bawa pulang kenangan tentang keseronokkan dosa dan kesedihan pahala.






.

Thursday, October 15, 2009

Buah yang tegak ke atas...

.




Seorang kawan bertanya, kenapa dinamakan buah tunjuk langit? Sedangkan, nama pokok yang berbuah itu sangat gah dengan nama Mahogani.


Aku kata, kerana buah itu istimewa, sebagaimana istimewanya gajus yang bijinya di luar.


Buah Mahogani itu tegak ke atas. Buahnya menghala ke langit. Menunjuk ke arah langit. Itu sebab ia dinamakan buah tunjuk langit...


'Eleh... buah nanas pun tunjuk ke langit juga, kenapa namanya NANAS?' Katanya lagi.


Err....???






.

Wednesday, October 14, 2009

Nice to hold you...

.


Pada barang yang rapuh dan mudah pecah:

"nice to see nice to hold, once broken considered sold"



Pada wanita yang jiwanya (termasuk raganya) seolah-olah rapuh dan mudah pecah air mata, tapi jangan sangka kalau dia berbunyi:

"nice to see, even nicer to hold but once 'broken', pray to God, save your soul!!!"







.

Tuesday, October 13, 2009

Absent Minded 2

.

Seorang teman perempuan sekelas aku risau, kelas gantian mungkin akan diadakan pada minggu akhir. Ini juga bermakna, kelas akan teranjak seminggu lagi.


Dia risau kerana dia sedang menunggu surat dari TH untuk pergi haji. Jika kelas teranjak seminggu lagi, risiko untuk dia tak dapat datang kelas adalah tinggi. Bermakna, dia tidak dapat hadhir pada ujian akhir kelas ini.


Nasib baik, pensyarah ada beri klu yang ujian akhir mungkin diganti dengan assignment, bermakna teman perempuan aku tu ada harapan lagi untuk teruskan kertas yang ini.


Aku sanggup buatkan assignment untuknya. Tapi, aku tak jamin yang ayatnya TIDAK AKAN SAMA. Itu satu risiko. Risiko yang tinggi.


"Hah! Aku boleh suruh husband aku buatkan assigment aku tu, dan kamu tolong hantarkan..." Kata dia.


Hmm... betul juga tu. Dah tentu assignment itu tak akan sama dengan aku, bukan plagiat, kata aku menyokong.













"Apa pulak! Husband aku pergi haji dengan aku la..." katanya lagi.


Dan kami ketawa berdekah-dekah... lagi....!


.

Sunday, October 11, 2009

Absent Minded 1

.


Dua beradik kembar yang berdiri di depan aku itu adalah rakan sekelas. Dan mereka berdua itu kembar seiras. Aku tanya salah seorang dari mereka, berapa selang masa antara adik dan kakak (aku memang tak kenal siapa adik dan kakak). Dia kata, 18 minit.


Pensyarah masih berdiskusi dengan salah seorang pelajar. Agak dalam diskusi itu. Lama juga mereka berdua itu menunggunya. Aku tanya salah seorang dari mereka, kenapa nak jumpa pensyarah itu? Dia kata, dia nak beritahu pensyarah itu yang dia tak dapat hadir ke kelas esok. Aku tanya kenapa?

"Esok, anak saudara nak bertunang, ada majlis sikit" Kata dia.

Ooo... balas aku sambil mengangguk faham.



Aku toleh kepada seorang lagi perempuan yang berdiri di sebelahnya. Aku tanya dia pula, kenapa nak jumpa pensyarah?

"Esok, anak saudara nak bertunang, ada majlis sikit" Kata dia pula.

Ooo... kebetulan, kata aku.













Oooooooo.....!! kata aku,
kemudian kami ketawa berdekah-dekah!

.

Saturday, October 10, 2009

Topeng gas boleh bergerak-gerak

.




Nampak gayanya Mama kena beli yang ini, nanti aku akan selalu duduk rapat dengan Mama. Mana la tau, kalau-kalau berlaku kebocoran gas atau kebakaran, 'peti pertolongan cemas' adalah dalam jangkauan...






.

Friday, October 9, 2009

Sebelum kedua-dua Al Maseh itu bertemu...

.


Melihat langit hitam, lohong kosong

Dalam jurai-jurai gelap malam

Ngeri itu bertakhta pada Bulan

Menarik-nariknya ke segenap sudut yang ia bantah

Dan ngeri itu punyai wajah manusia




Jurang-jurang gelap, wajah solaris yang terselindung

Bulan benar-benar terlacur malam itu, terpaksa

Ngeri itu turun ke Dunia aku, bersama kematian
dan kebuluran, dan segala maha bencana

Dan gelombang libasan sayapnya
benar-benar menghantui aku



Aku tak mahu tidur lagi
kerana Dunia aku kian senteng harinya

Aku mahu lihat Dunia ini puas-puas

Sebelum segala-galanya berakhir:-

Sebelum pekikan Magog bergema

Sebelum kedua-dua Al Maseh itu
bertemu...







(Ini bukan puisi...)


.

Thursday, October 8, 2009

Ribut 10.30am.... !

.

10.30


Nombor yang Paku Payung kerap ingatkan aku sejak petang semalam. Jangan lupa, katanya. Jam 10.30am, ambik dia di sekolah. Belajar separuh masa.

Keesokannya..

10.30am!

Hah! Aku kelam kabut keluar dari bilik mesyuarat. Aku pecut ke kandang kuda. Aku pacu kuda api aku laju-laju. Entah macam mana, pagi yang terang kini semakin gelap, dan gelap. Akhirnya, rintik menjadi butir.

11.15am!

Aku sampai di depan pagar sekolah. Makcik guard tu kata, Paku Payung dah naik bas ke 'hotel transit' nya. Terlepas. Aku tambat kuda api aku dan berlindung dari hujan di koridor. Aku duduk di situ sambil melihat dunia melalui laptop aku. Seketika kemudian, abang drebar bas lalu dan berhenti sebentar lalu melambaikan tangannya kat aku. Dia jerit yang Paku Payung telah selamat di 'hotel transit' nya. Aku angguk beberapa kali tanda faham sambil tangan aku menunjal-nunjal ke arah langit '... hujan '.


Kemudian, 'cembul hikmat' di pinggang aku bergetar-getar. Aku buka penutup 'cembul hikmat' dan kami berbalas kata dalam bentuk perkataan ringkas:

Mama:
... dan ambik Paku Payung di sekolah?


Aku :
Sampai lambat. Hujan. Dia dah tak ada. Guard kata ada bas ambik dia. Belum check kat 'hotel' lagi. Hujan. Basah. Naik kuda api. Habis basah. Hujan.


Beberapa ketika berlalu...


Mama:
Siannya dia.... jom pegi beli Honda xxxxx...


Aku:
(hehehe)




.

Wednesday, October 7, 2009

Can Malican ... oi oi !

.


Mereka berkumpul di ruang tamu selepas menjamu nasi impit dan rendang dan 'honey lemonade with brown sugar' yang aku buat khas untuk tetamu. Mereka: Ayah dan ibu mertua, adik ipar (2 sekeluarga) dan abang ipar.


Aku sandarkan badan aku dalam sofa berkayu jati dan aku buka tingkap kaca. Angin menderu-deru masuk melalui bukaan sederhana luas itu. Sungguh mengasyikkan dan mata bisa layu, selayu-layunya... tapi sebaliknya, aku capai gitar akustika yang tersandar.


Aku lapik bantal sofa dan aku rebahkan badan dalam sofa berkayu jati itu dengan kaki-kaki terjulur lalu aku mula memetik tali-temali gitar itu dengan lagu-lagu pelbagai symphony, dengan mata separa pejam penuh menghayati:

Fade to black, nothing else matter, heavy chain, the day that never comes, the unforgiven III, Sleeping Sun ........ Katakan (oleh Yuna)...


'Kenapa main lagu yang mak tak faham. Cuba main lagu Can Malican ke, boleh la kami jerit sama-sama ' oi oi '!......"



Errr....???






.

Kalau dicencang es pasti putus...!

.


Meskipun negara bersaudara itu masih belum cukup sembuh dari perang sarafnya, demi kemanusiaan, semuanya diketepikan.


Kita serumpun, bersaudara dari darah yang jauh, kata Adipura kepada reporter itu. Enggak bisa dipisahkan, air dicencang takkan putus, tambahnya lagi.


Namun, kalau persaudaraan itu semakin menjauh (akibat dari perang saraf), darah yang jauh bisa beku, kata reporter itu pula. Maka bisa saja air dipisahkan kalau sudah beku, sedangkan es kalau dicencang bolehkan putus, tambahnya lagi.


Reporter terus meminta kenyataan akhir dari Adipura, sebagai membalas jasa bantuan bersifat kemanusiaan kepadanya. Sangkeng terimakasihnya kepada negara saudaranya, secara tulus Adipura berkata:


"Bantuan pihak saudara amat gampang. Kami emang benar-benar membutuhkannya... ya, terimakasihlah kepada pihak Malaysia. Anda semua emang butuh dan gampang dalam situasi begini..."


Dan reporter itu pun minggir, permisi... namun pertanyaan masih kekal dalam mindanya, apakah benar masih bersaudara...?






.

Tuesday, October 6, 2009

Taboos

.

Lunch di Subang Parade, tadi.





Francesco tak mao kongsi makanan. Dia lebih suka pilih individual menu, tak nak macam kami yang pilih set untuk berempat (walau kami hanya bertiga di meja ini).


Aku kata Francesco (Italian), ' Asian love to share'
Francesco kata, Italian tak suka orang kacau makanan dia.
Aku kata, 'We love to share everything: foods, feelings.... but not wives!'
Francesco kata, ' Oh yes... not my wive.. that's bad!'



Boleh agak aku yang mana?



Aku tanya pendapat Francesco tentang Pizza yang ada kat Malaysia. Sambil hirup Pepsi Max, dia beri isyarat jari bermaksud '... ke longkang!'.

Dia kata lagi, ada tiga 'taboos' untuk Italian:

1. No Pizza with pineapple topping! (dia maksudkan Hawaiian Chicken Pizza)

2. No Capuccino after 10am

3. No Mayonaise with any fish!



Dan kami bersembang lagi dan lagi... sambil mulut aku sibuk mengunyah,
dan Francesco sibuk bercerita...

Lantak kau la labu...




.

Monday, October 5, 2009

Pada hari Mentari berseloroh kepada aku

.







Dan Mentari semakin 'ujub pada dirinya.

Memerah segala tenaga yang ada.

Dan selendang merahmaya mengelus mimpi ngeri pada dunia aku.
Pada kosong lelangit hitam sepi, aku mencurah kembali mimpi ngeri.
Kepada Dunia.

Pada Hari itu, mimpi ngeri itu bakal menjadi nyata.

Pada Hari itu, bersama-sama Bumi, Mentari juga turut menceritakan segala-galanya...










(nasiblah, layan gila aku seminggu ni...)

.

Sunday, October 4, 2009

Dua nesan putihbeku, yang satu di Utara, satu lagi di Selatan...

.


Dunia semakin mewah dengan tangis. Memaki kita dengan bahasanya. Aku faham.

Aku masih menaruh harapan pada tirai alam, pada singkapan tabir hijau terakhir.

Terlambat. Aku disambut dengan permaidani merah panas.
Dan petak-petak retak pada tanah.


Aku bertanya dan aku dapat jawapan yang gusar.
Dunia menegur aku dengan esaktangisnya, dengan suram langitnya.
Dengan sedugetar tanahnya, dengan geloratinggi lautnya


Entahlah.
Seolah-olah aku dapat rasakan Dunia ini tak bernafas lama.
Tak bertahan sebelum anak cucu aku menyambut hari lahirnya ke 50!




Aku muram,
semuram perca-perca tanah merah
di antara dua nesan putihbeku itu.
Satu tercacak di Kutub Utara.
Dan satu lagi di Kutub Selatan.

dan aku berada diantaranya.






(ini puisikah?)

.

Saturday, October 3, 2009

Aksi nakal si dia...

.


Keletahnya kadang-kadang mencuit hati.

Ditakdirkan, kucing itu haiwan yang manja (untuk kucing belaan. Kalau kucing jadian aku tak pasti pulak)





Dan aksi-aksi semacam ini turut mengundang beberapa pasu kecil kami pecah...

Tak apa lah, asalkan dia dia selamat dan ceria...





.

Friday, October 2, 2009

Marathon puisi hati walang: Tiga ... cukuplah dulu.

.


Buat Sampean si Polan dan si Polan


Usah sampean jeling
Betis kulo memang garing
Enggak punya banyak daging


Sampean asak kulo diam
Tapi moto kulo tidak pejam
Kulo simpan dendam


Kalau sampean nguyur
Jangan sampe sampean ngabur
Kulo hanterin sampean ke kubur


Kalau sampean sanggup beri noda
Kulo sanggup terima dosa!




[Nizam.Ariff - 2.10.09, 9.15pm]



.

Marathon puisi hati walang: Dua

.


Terimakasihlah duhai Ratu


Simpan harumu itu dalam saku bajumu berwarna biru
Emelkan simpatimu kepada Stalin atau Yeltsin


Maaf, aku tak perlu semua itu
Cukup sekadar sesendal perutku
Buat mengikat nafsu


Kamu bakar aku hiduphidup dengan egomu
Sampai hangus jadi abu kelabu


Hey!
Aku mahu kamu tahu,
Aku mampu bangun dari lebur debu!




[Nizam.Ariff - 2.10.09, 9.10pm]





.

Marathon puisi hati walang: Satu

.


Ajaran Buat Yang Kurang Diajar


Hey!


Bayang aku kau pijak
Perut aku kau injak
Kepala aku kau henyak!


Habis tubuhku kau jarah:
Kulitku kau lapah
Tanganku kau ratah
Kakiku kau pepah

Tinggallah batang aku
Itu pun kau mahu jamah!

Hey!

Apalagi yang kau mahu?
Sungguh dalam lobang saku
Sungguh tajam mata pena mu.



[Nizam.Ariff - 2.10.09, 8.59pm]






.

Thursday, October 1, 2009

Hari ini bulan menyepi

.


Maafi aku, wahai semua rakan-rakan!
Aku kurang tenteram hari ini... mungkin untuk beberapa hari lagi...

Tapi, tak perlulah aku nukilkan kenapa. Aku tak mahu tenaga negatif dari perasaan kurang tenteram ini berpindah kepada semua.


Aku letakkan lagu ini. Biarlah melodi ini mewakili aku dalam meluahkan perasaan...

Hayati liriknya... biarpun tak releven dgn aku, tapi bagus untuk menghayati melodinya.








Nightwish - Sleeping Sun
(nyanyian Tarja Turunen)
Aku kasi code gitar, aku guna key-Dm



Dm
The sun is sleeping quietly
--------------------------- F
Once upon a century


Wistful oceans calm and red
------------------------------- ---Dm
Ardent caresses laid to rest

For my dreams I hold my life
--------------------------------------Bb
For wishes I behold my nights
--------------------Gm
A truth at the end of time
-------------------Dm
Losing faith makes a crime


Dm---------------------------Bb----------F
I wish for this night-time to last for a life-time
------Gm-----------Dm---------Bb------------F
The darkness around me - shores of a solar sea
Dm---------------------Bb------------C
Oh how I wish to go down with the sun

F
Sleeping

C
Weeping

------Dm
With you


Sorrow has a human heart
From my God it will depart
I'd sail before a thousand moons
Never finding where to go
Two hundred twenty-two days of light
Will be desired by a knight
A moment for the poet's play
Until there's nothing left to say

I wish for this night-time to last for a life-time
The darkness around me - shores of a solar sea
Oh how I wish to go down with the sun
Sleeping
Weeping
With you


(Tukar chorus key dari Dm kepada Fm, anjak 4 fret ke belakang)

I wish for this night-time to last for a life-time

The darkness around me - shores of a solar sea
Oh how I wish to go down with the sun
Sleeping
Weeping
With you









.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com