Tuesday, January 19, 2010

dan tubuhnya terbaring lemah berhampiran tompok-tompok minyak...

.

lepas makan malam, makanan masih beratur di esofagus menunggu tindakan lemah-lembut si peritalsis, menuju perut; Paku Payung ajak aku keluar berjalan-jalan meniup angin, menghembus bayu Isya' yang sejuk dan lembab dengan kabus hujan petang tadi.



dan setiap nafas aku, setiap nafas Mama; kami berdua tahan barang sesaat dua dan mendengar kalau-kalau ada ketukkan pada dedaun pintu. mana tahu, kamu jumpa jalan pulang. hampa.


Paku Payung gegas tangan aku, membuka pintu selabar-lebarnya. Lalu kami selusuri denai-denai batu yang kering di dalam tapi basah di luar. satu persatu. hampir hilang 1 jam masa kami.


akhirnya, aku lihat kamu di bawah sana. mendekam tanpa suara. mana suaramu?


kamu tergelimpang hampir pada tompok-tompok minyak yang hitam, atas lantai simen yang berdebu dan busuk.


'aku dah kata, dunia ini penuh duka, penuh sengsara...'

dia memandang aku tanpa suara.


aku ambil tangannya. aku papah dia supaya berdiri dan berjalan menuju ke rumah. tanpa suara.


aku harap, kini dia percaya dengan kata-kata aku.


'makanlah dulu. kamu tentu lapar. sekejap lagi, kita perlu berbicara. banyak perlu dibicarakan. tentang dunia kita, tentang kamu dan tentang aku'

dia angguk lemah sambil menyuap makanannya.


'dunia ini dijadikan untuk mereka yang berhati kejam. hati-hati yang mulia selalunya terpinggir. lantas, jika kamu mahu keluar ke sana, kamu perlu tahan busuk hanyir lendir. dunia sana kotor, sekotor hati-hati mereka yang hidup kekaburan. '

dia mendengar dengan tekun kali ini.

'kamu tinggallah dengan kami....'





.

7 comments:

kakpah said...

eloklah tu dah jumpa. bawak gi doktor bagi injection. ntah ape2 kuman yang dah hinggap kat luar tu.

secangkir madu merah said...

cerita jaghad ke? aku terlepas N3 yg lepas.... dia dilarikan? eh melarikan dirik.. kau dera dia ke? kau tak kasi dia makan? atau kau tak kasi dia kawin?

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Aku tgk dia lemah semacam je... Oooo.. mungkin kelesuan.. hahaha

SMM,
Tak kasi dia kawin... hahaha

ashley said...

dia nak kahwin ngan Minah Salleh?ke Minah Siam? ke Minah Parsi..
yang kamu siksa batin dia tu apasal!!

dia dah nyanyi lagu ALLEY dia tu..

" Batinku menjerit..namun tiada SUARAAAAAA"

Anonymous said...

letak la gambar jagad yang keletihan to...nak gak tgk..
-m.saffuan-

Precious said...

Update lagi?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Dia tak jerit kak.. dia mengiau.. hahaha

Dak An,
Tak de gambar... tak ambik

Precious,
Dia dah ok... in control... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com