Tuesday, January 19, 2010

Dia pergi tanpa menoleh lagi...

.


Bukan sekali, malah berkali-kali telah dilakukannya. Kalau hidup berkalang jiwa rendah, mungkin begitu jadinya...


'Kenapa? kenapa masih mahu pergi?'.
'aku ingin lihat dunia sana. Aku sudah bosan dengan dunia ini'.

'berkali-kali aku katakan, dunia sana bukan mudah. ia busuk. ia ngeri. aku telah buatkan dunia ini terbaik buatmu. percayalah'.
'tidak cukup dengan percayamu. aku mahu lihat sendiri...'.


'cukuplah...'.

Lalu dia berhambur diri, tak sempat aku tampani. Dia berlari dan terus berlari, tidak menoleh ke belakang lagi. Aku tergumam. Mama seakan-akan mahu menjerit, hanya riak mukanya yang bisa bersuara.

'abang...macam mana ni?'.
Mama gusar.
'biarkanlah... dia keluar dalam keadaan kenyang dan sihat. berdoalah dia akan pulang nanti...'.




dan tengahari semalam, aku dan Mama pulang menjengah rumah. kami masih berharapan dia akan tunggu di pintu. hampa.


dan petang semalam, kami berlumba-lumba untuk pulang awal. masih berharapan. Namun harapan hanya harapan. dia telah tiada. dia telah pergi mencipta dunianya sendiri. pergi tanpa menoleh kepada kami lagi...


pergilah. mungkin benar kata-katamu. dunia yang ini adalah ciptaan kami. untuk kami dan tidak sesuai buat kamu.



kami akan kekal hidup di sini. walau dunia kami suram tanpa kamu...






.

8 comments:

kucingorengemok said...

jagad? :(

Mohd Hairul said...

jagad hilang ker...?

ashley said...

ko tengah sedih le ni kan?

m.saffuan said...

jagad dah lari ke?

kakpah said...

watan kucing kakpah dulu hilang macam tu je. setengah tahun lepas tu, dia balik. tapi dah tak sama dah. dia jenguk pun kejap je dan hilang balik sampai sekarang.

tasekM said...

silap2 esok dia balik bawak awek. macam kucing aku. hilang. aku punyalah sedih. 2 hari lepas tu dia balik bawak awek cun. sabor je la aku...


.

tasekM said...

kak pah, time mengomen kita samalah... gila sejiwa kita, kan...? ha ha.

:p


.

Nizam.Ariff said...

KOG,
Ye.. Jagad.. ;(

Dak Ai,
Jagad pergi jalan-jalan dengan awek kut.. smapai tak ingat balik...

Ashley,
Yup... tapi kena sentiasa macho...

Dak An,
Dia memang suka berlari, kuda pun suka berlari.. jadi jagad dengan kuda itu mungkin binatang yang sama...

KakPah,
Tu yang risau tu... sekali dah nampak dunia luar, mata minda terbuka, maka kita yang di rumah dilihat lekeh... huhuhu

TM,
kalau dia bawak awek balik pun ak tak nak... sape nak basuh berak kencing anak-anak diorg tu nanti? Org tua ni la juga.. huhuhu

TM,
Aku hampir-hampir silap baca.. mengomen ke ber****...? HAhahaa HUHUHUH hahaha HUUHU

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com