Saturday, January 16, 2010

Entahlah, belum bersedia lagi kut...

.


Paku Payung cubit-cubit daging ayam, kemudian dia cicah-cicah ke dalam cairan kicap bercampur cili dan bawang besar, kemudian lenyap ke dalam mulutnya.

" Dia duduk di belakang kita dalam kelas. Kalau dia tak faham perkataan, dia tulis atas kertas dan dia bagi pada kita..."


" Lepas tu, kita tulis jawapan, lepas tu kita bagi semula kertas tu..."


*nyam...nyam...nyam*



Mama tanya, kalaulah tak tahu jawapan tu?

" Kita tulis je.. ' I dunno '... kemudian kita serah balik kat dia..."

Mama duga pula, kalau kawan perempuan tu tulis ' I love you' ?



*pause*


"Entah la.......... kita tak pasti lagi ... belum bersedia lagi kut... "




?


*dan aku hampir-hampir tersedak sup ayam dengar jawapan dia, sungguh!*




.

6 comments:

kakpah said...

erkkk... aku pun nak tersedak ni..

xiiinam said...

Bila agaknya Nak Paku ni boleh bersedia...


ckLah nak datang merisik.....



Hi..hi...bijak..bijak...

ashley said...

Kalau habis dua pinggan nasi, mungkin dah bersedia...sebab dah kenyang!!!
.
.
.
ha ha

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
budak-budak sekarang... dah banyak tengok drama TV agaknya.. hahaha

CkLah,
Err... dia baru lepas sunat la.. hahaa

Ashley,
Dia ratah ayam .. dia suka ayam hahaha

Insyirah said...

Jap..nak tanya, kenapa bapak paku payung plak yg nak tersedak? Haha.

Jawapan paku payung memang comel... =D

Nizam.Ariff said...

Insyirah!
Aku ingat dia jawab lain.. tak sangka pulak dia jawab macam tu... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com