Tuesday, January 12, 2010

Menangis kena pada tempatnya juga...

.


Tadi masa balik, lepas hujan, aku henjut kuda api aku ikut celah-celah semak dan renek kereta dan bas kilang... oh ya , dan lori-lori yang tak reti istilah disiplin.

Aku pelik, kenapa kali ini semak dan renek amat tebal dari biasa... jenuh aku elak ranting-ranting kayu bercermin yang terjuntai di kanan dan di kiri. Terserlah kemahiran imbangan badan gaya 'Naga menepuk buih di pantai' yang menjadi salah satu jurus rahsia aku...

Sesampai di penghujung semak, baru aku nampak beberapa kereta tersadai di tepi. Bukan sebab hujan tapi eksiden...

Dan aku terlihat seorang perempuan masih duduk di dalam salah satu kereta yang remuk sedikit sambil tersedu-sedu. Dan beberapa orang lelaki, yang aku syak pemilik kereta di depan-depan yang remuk, sibuk mendamaikan hati gundah perempuan itu. Kereta perempuan itu di belakang sekali.

Alangkah baiknya, kalau masa aku eksiden dulu, tuan-tuan punya kereta yang aku langgar pujuk aku macam itu. Alangkah indahnya rasa kalaulah dulu tidak ada nada maki dan geram yang keluar dari mulut mereka dan masuk ke telinga aku...

Kenapalah dulu aku tak macam perempuan itu... menangis....???

.


11 comments:

Mohd Hairul said...

kenapa tak pujuk perempuan tue hehehe...

m.saffuan said...

kene pakai macam perempuan dulu..baru leh pujuk..tangan kene lembut..hahahahaha cakap pun kene auwwwwww...hahahahaha

tasekM said...

nasib baik la tak menangis. kalau menangis aku syak ko kena debik!~

:P

.

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
Tak ada masa ah... dah ramai yang pujuk.. lagi pun, hujan-hujan camtu rasa nak terkencing pun ada.. hahaha

Dak An,
Tak boleh.. nanti dia org muntah sebab suara masih garau ala-ala macho gitu...

TM,
'Tiadakah simpati di dunia ini lagi.. ?' HAHAHAAH

sue said...

biasalah menangis....dah sebati ngan perempuan....




sekurang-kurangnya dia dah selamat dari kena marah....he..he...

secangkir madu merah said...

jangan ko tak tau nizam... airmata itu senjata orang perempuan..
sikit sikit nak menangis..kelememeh betol..

kucingorengemok said...

eh kejap², off topik, ada ke di satu hari tengah bawak kereta tetiba teringat, kawan bro nizam yang pergi haji penuh emosi hari tu, dah balik ke? amacam? sihat? ke ada cerita kat blog n kita termiss?

tak ada kena mengena dengan driver perempuan yang ngengada nangis, cakap sorry dah la...

Nizam.Ariff said...

Dak Sue,
Aku tak pernah nampak ko nangis pun??? Nanti aku nak tengok, boleh?

SMM,
Kalaulah senjata, ianya memang boleh menusuk kalbu...

KOG,
Okey, okey... dia selamat pulang. Ingat lagi ko yek? Hahaha

AZANI said...

salam nizam
tak lama dulu
aku raja nangis...hee he h...

ashley said...

Ala..mucuk mucuk...
nak nanges ek?
.
.
.
.
ha ha dulu dulu rajin gak buat aktiviti menangis ni.
Kini aku nak lupakan my feveret past time itu!

Nizam.Ariff said...

Azani,
Apa salahnya kalau nangis lagi sekarang ni... ia mungkin satu helah yang baik.. hahah

Ashley,
Jom kita teruskan aktiviti menangis tu nak tak?
Hahahaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com