Saturday, January 2, 2010

Ribut 10.52 pagi kata Sweet Charity, 1 Januari 2010..

.


1 Januari 2010...


Satu permulaan yang kurang menyenangkan dan memberi gambaran yang 2010 bukan tahun yang senang?



Pada awal-awal 1 Januari 2010, tahun masehi baru disambut dengan gerhana bulan. Ya, bulan yang dipuja-puja oleh pujangga tentang kecantikkannya telah menunjukkan bahagian wajahnya yang buruk.



Paginya, aku pergi ke kedai jahitan untuk ambil pakaian seragam Paku Payung yang perlu ubahsuai. Aku dah hantar seminggu lalu. Memang telah siap tetapi seluarnya telah dipotong terlalu singkat sehingga satu inci dari atas buku lali! Didapati, tukang ukur itu gagal menulis pada nota kecil yang ukuran itu adalah ukuran siap, bukan ukuran untuk dipotong. Akibatnya, tukang jahit telah potong ikut ukuran siap. Hasilnya, dicampurkan kelim yang perlu dibuat, seluar itu 2 inci lebih pendek! Seluar perlu disambung semula dan sumpah, ianya buruk sekali apabila kainnya berlainan tona!



Tengaharinya, kami pergi ke kedai makan. Kami ambil 2 ekor ikan keli bakar untuk dicicah air asam, antara kegemaran kami. Bila aku cuit dagingnya, didapati dagingnya tak boleh tanggal dari tulang belakangnya. Bermaksud, ikan belum cukup masak. Aku pulangkan kepada towkey kedai untuk dibakar semula. Dia minta maaf sambil bercerita yang ibu-bapanya datang dari Kedah untuk sambut tahun baru dirumahnya. Dia sedikit kelam-kabut kerana perlu sediakan sarapan untuk tetamu yang datang di rumah. Jadi, masakan tengahari dimasak lewat dari biasa dan secara tergesa-gesa. Sedang elok berbual tiba-tiba api pemanggang ikan menjadi besar dan secara kelam-kabut dia berlari untuk mengawalnya!


Petangnya... dan petangnya.... ahhh! Tak perlu aku ceritakan...







.

5 comments:

ckLah @xiiinam said...

Aduhai....


ckLah yang membacanya pun ikut sama tak puas hati...kesian paku payung! Rambut dah potong belum? Jangan ttunggu esok...nanti bersusun kat kedai gunting tu!

aza ni said...

salam nizam,
petangnya...?semua okay kot.

tasekM said...

apa pun petandanya bro... kita redah le lah 2010 nih...






apa jadi belah petang? cerita la. aku dengar!~

secangkir madu merah said...

pembuka hari mungkin terjadi kesah yg tak menyenangkan dan aku tau penutup hari pastinya ada sesuatu yang menyeronokkan...


tentu paku payung mengamuk sbb seluar dia dah kena potong pendek, jadi macam zaman shanana pulak...kena beli seluar baru lah nampaknya...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Rambut dah potong untuk sebulan... hahaha

Azani,
Petang nya tak ada apa-apa pun.... hahaha

TM,
Ye, kita redah je yeop!
Hidup pun sekali je...


SMM,
Aku kesian kat dia. Duduk kat S.Alam TAPI...
Pegi sekolah naik motor buruk,
Seluar tampal-tampal hari pertama...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com