Friday, January 8, 2010

Sepagi ni DEMC...

.


Dari tadi aku sayik belek-belek sekitar premise yang satu ini. Aku masuk ke dalam dan aku tunggu di barisan penuh kerusi biru yang masih cantik.

Menunggu dan menunggu sehingga giliran tanpa nombor ini sampai...

Pendaftaran.


Aku tak dapat tahan tekanan dari teka-teki dalam kepala aku. Bagai nak pecah. Bagai sakitnya berpindah dari belebas-belebas jirim kelabu menuju ke pelipis...


Aku tanya gadis di sebalik PC di depan aku, kenapa rata-rata pekerja kesihatan di sini semuanya muda-muda belaka? Memang itukah ketetapan syarikat?

"Ada juga yang tua-tua, tapi duduk di dalam ofis"


Aku tanya lagi, ofis di mana?

"Ofis kami di belakang sana, di bangunan sebelah..."



Owhhhh...!


Aku cakap lagi, bilalah agaknya kamu kena pindah ke bahagian ofis pulak....

Gadis itu menjeling... bukan! Dia mengerling tajam..!



.

8 comments:

ibundo said...

akak teringat pulak. ada airline yang akak naik, pramugari semua jenis yang dah macam ayam pencen. Agaknya gaji murah lah tu.

yng ko pegi tny dia bila nak pindah tu ko sengaja menyakat ke ataupun mata ko dah bepinau sebab nunggu no giliran lama nau.

aza ni said...

salam Nizam...
yang tu dikatakan tenunagn makrifat kot?

Lily Abdullah said...

Itulah hakikat kehidupan.

Dah tua2 orang letak di belakang

Eh..emo pulak akak huhuhu..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Mulut aku tak de insurans kut.. cepat sangat nak beramah konon tapi soklan tak sesuai... hahaha

Azani,
Bukan setakat tu... malah tenungan X-Ray lagi... hahaha

Waterlily,
Yang muda-muda berada di barisan hadapan kak... yang tua masid di barisan yang lama.. heheeh

mroslij said...

hang mmg gatai mat dino, kt sekolah dulu..kucin betina pun digodanya.

Nizam.Ariff said...

Ulik,
memang la... waktu tu aku transform jadi kucing jantan..

addyaholix said...

mat dino? itu memang gelaran kasanova bang nizam ;p

Nizam.Ariff said...

Addy,
Shhh.. jangan sebut kuat-kuat.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com