Wednesday, January 27, 2010

Sepak ke tepi longkang je....

.

Konon nak jadi baik. Macam ustazah selalu pesan masa sekolah rendah dulu.


Entah macam mana, dalam perjalanan balik dari kerja, di simpang perumahan; aku terpandang dompet. Aku ambil dan minta tolong kakak dalam kereta (yang aku celah-mencelah dengan gaya Naga terbang dari syurgawi) untuk serahkan ke balai polis terdekat, sebab hari dah mendung, angin dah kuat menampar-nampar topi koboi aku yang keras kematu berchop 'SIRIM'.


Kakak tu geleng kepala, tak mau. Aku minta tolong baik-baik sekali lagi sebab hari nak hujan. Kuda aku gigil sejuk kalau kena hujan. Tapi kakak tu masih tak mau dan naikkan cermin tingkap.


Takpe, aku ambik dan jalan terus ke balai polis yang agak jauh jugak. Dalam perjalanan, aku kehujanan, lencun. Aku singgah di masjid. Aku tunggu hujan reda tapi lambat. Aku serahkan kepada pakcik kat masjid tu. Aku minta tolong dia hantarkan ke balai polis.




***Lebih kurang jam 9pm***


"Ini incik ************* ? Ada kenal ini worang nama &&&&&&?"

Tara kenal itu worang. Apsal?

"Incik punya nama ada dompet dalam"

Wooo.. itu dompet ka? Itu worang masjid kasi sama polis ka?
Itu aku jumpa tepi jalan, aku tengok ada pas penguatkuasa JPJ.
Aku takut nanti ada worang salah guna tahan perempuan pakai pas tu, lepas tu kasi rogol.
Kalau dompet worang biasa, aku sepak ke tepi longkang je...


Pegawai polis tu ketawa.




.

4 comments:

AZANI said...

salam nizam
wallet JPJ tu kalau serah balik kat Pejabat JPJ hsrus dapat diskaun roadtax kot...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Sebelum dia bagi discount, dia check saman dulu kot.. hahaha

ashley said...

Dia pun tah ka ada anak bini..sian dia TAUUUU!!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Dalam dompet dia ada RM50 + RM1.
Dia dah menyalahi garis etika kerja!
Dia dah terlebih bawak RM1... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com