.
Seperti biasa, kalau ada kesempatan, sekurang-kurangnya seminggu 2 kali, kami akan beriadah a.k.a bersenam. Memang rutin. Untuk kesihatan badan juga...
**********
Seperti biasa, rutin riadah kami bermula dengan memilih Troley TESCO yang sesuai, yakni roda yang masih berfungsi baik dan tidak seperti ketam: tolak ke depan tapi bergerak mereng...!
Kemudian, pastikan Troley itu kosong tanpa ada sebarang 'flyers' dan plastik-plastik bungkusan. Jika ada, kami akan bongkokkan badan 80 darjah untuk kutip dan buang (ke Troley sebelah). Kesan bongkokkan itu akan menguja otot-otot utama pinggang, ini penting sebagai aktiviti pemanasan badan!
Kemudian kami tolak Troley itu dan cara kedua-dua tangan dilurus ke depan dengan darjah kejatuhan 20 darjah. Dengan cara ini, graviti akan memberatkan tangan (berat=[9.81]x[jisim lengan]) dan tangan akan cuba melawan daya ini lantas merangsang otot-otot lengan...
Sewaktu melangkah, pastikan setiap langkah adalah sama iaitu sekitar 0.6m jaraknya pada kelajuan semi-malar 1 langkah/saat hingga selaju 10 langkah/saat (dalam kes-kes rebut udang yang dah nak habis di atas dulang longgok-murah!).
Sewaktu melintasi setiap rak-rak barangan, pastikan kepala di toleh ke kanan dan kiri, walaupun ketika itu kami berada berhampiran rak 'Tidak Halal' dan arak. Ini untuk memastikan otot-otot leher diregangkan sepenuhnya.
Bila berselisih dengan awek-awek yang montok-montok, jangan terus teruja. Seharusnya mata perlu memberi tumpuan pada titik-titik tertentu padanya dan cuba ikutinya sambil bergerak. Dengan cara ini, otot-otot bola mata akan turut diregangkan!
Dan akhirnya, tanpa disedari, kami telah berjalan sekitar 0.136km sehingga 0.715km dan percayalah, ianya memenatkan dan mampu membakar 2500 kalori!
Dan kadar denyutan jantung yang tinggi. Terutamanya bila berselisih dengan awek-awek montok... dan bila terasa cubitan ala-ala ketam pada lengan!
Kami sudah. Anda bagaimana?
Kini giliran anda mencubanya...
.
14 comments:
selamat bersukan dan tahun baru...
ijad,
kamu pun sama... selamat beriadah.
salam Nizam,
majulah sukan untuk negara...
selamat malam...
dengan suara abang Jem(sinar FM)
Azani,
Salam. Dan... hasil beriadah akan dinikmati pada belah malamnya.. hehehe
haha... banyaklah kau punya senam. Aku yang tiap minggu tolak troley senget tak kepoh..
Riadah malam pun best!
.....
:)
bersenam pesen orang kaya nih...
aku miskin!~
:)
bersenam ape mcmtu.hahahahah
bersenam cam tu mana ada keluar peluh...keluar duit adalah...
Kakpah,
Ooo... akak pun bersenam gak tu..
CkLah,
Sebelum malam menjelma, perlu ada senja dulu... kata orang, bersenja-senja dahulu sebelum bermalam-malaman... hahaha
TM,
Setakat tolak troley tak de nye kena bayar... hahaha
Dak An,
Adaaaa... kami dah buat. Anda bagaimana? Hahaha
SMM,
Macam-macam boleh keluar kak. Kadang-kadang maki hamun pun boleh keluar... hahaha
aku dah lama tak bersenam. sekarang aku cuma paling perlu duit. sebab ni senaman orang kaya. takkan nak tolak troli kosong sampai sudah. haha!
Addy,
Takpe... tak ada orang marah. Abis kuat pun, orang tengok pelik jer.. hahaha
dan dia masih malu2 memaparkan muka dia yg dah berumur, atau rambut yg beruban, misai & jambang yg lebat..
Ulik,
Aku tak ditelan usia... percayalah. hahaha
Post a Comment