Tuesday, February 2, 2010

Ada sekuntum bunga...

.



Ada sekuntum bunga,
menari-nari ditiup bayu pagi,

mekarnya bisa menyapa hati,

wanginya bisa menggetar sukma jiwa,




di tepi tasik nilam biru itu,
aku petiknya,
lantas kusemat dalam hati aku,
dalam-dalam,



lalu kurenjis dengan embun suci,
kukucup wangi
semerbak menjadi kayangan seri,
bertiangkan kasih dan sayang,
berbumbungkan cinta,



lalu kubentangkan permaidani biru,
kuhamparkan kapas baldu beradu,
kutaburkan narawastu,
lalu kuntuman menjadi dua,



lalu kumandikan,
kulangirkan segalanya,
kukucup,
kusematkan kembali
dalam dada.







Selamat Hari Lahirmu,
Mama...








.

13 comments:

SHIMI said...

puitis dan romantis,

samapaikan ucapan selamat hari lahir aku bro. Moga kamu berbahagia dihari istimewa selamanya

kakpah said...

whaaaa terharunya. happy birthday to mama. kau bawaklah pegi CH. sejukkk.

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Dia baca ni... dia pasti jawab salammu. Terima kasih atas doamu..

Kakpah,
CH bukan dah panas ke..?

Anonymous said...

salam dari melaka..
patik penyimpan mohor besar raja-raja, mengistiharkan SELAMAT HARI LAHIR kepada K.ngah semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selagi hayat dikandung badan....

daripada:
Mak & ayah
Dak An & ina

tasekM said...

selamat hari lahir buat mama...

moga boleh dapat intan payung sorang tahun ni...

:)


.

ashley said...

CH tu sejuk memalammm..gigil dibuatnya!! aku tolong jawab bagi pehak. ha ha ha
.
.
hah, apa tunggu lagi gi cepat packing!!!!
ANGAH tunggu tak sabor sabor dah tu.

Anonymous said...

Salam,

Selamat Hari Lahir Mama....

Romantic suami u towww....

secangkir madu merah said...

wau..terkesima aku membaca puisi indah mu...pasti cair bila mama membacanya...

selamat hari jadi buat mama paku payung, semoga kalian berbahagia hingga hujung nyawa dan semoga dapat paku pakis lak nanti...pasti paku payung gembira sbb ada kawan...

AZANI said...

salam nizam
selamat ulangtahun pada 'mama'
somoga dipanjangkan umur,sejahtera dan dimurahkan rezeki

Nizam.Ariff said...

Dak An,
Mama ucap terima kasih...

TM,
Mama ucap terima kasih...

Ashley,
Tanah runtuh la pulak... hahaha

Anon,
Terima kasih....

SMM,
Mama kata dia 'cair' sikit je... control, katanya... hahaha

Azani,
Mama tak kasi tau, biarlah rahsia katanya.. hahaha
terima kasih...

Mohd Hairul said...

salam..
selamat hari lahir mama(k.ngah)

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
Terima kasih...

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com