Tuesday, February 16, 2010

Dan segala-galanya menjadi hitam pekat...

.


Aku. Lemah.

Lemah menghayun tangan kiri dan kanan aku, menguak-nguak air dan pasir pantai, menghanyut tubuh yang masin dan terbakar. Amat lemah.



Aku lemparkan tubuh aku jauh dari gigi ombak ke pasir pantai dengan kudrat yang tinggal baki dari hanyut. Panas, butir-butir kristal garam tumbuh pada belakang tubuh. Perit dan sakit. Cair ego aku. Segala yang aku bangga jadi luntur, mengalir ke laut sana. Kalaulah darah aku warnanya biru.... kalaulah...



Lalu aku ketawa, kuat dan seorang diri. Tiada Camar yang menari, tiada desir angin di Serunai Laut yang menyanyi. Cuma panas mencengkam tenggorok yang perit dan masin. Pelesit segala! Punah dan luluh! Mana semuanya? Daki-daki hidup lalu masih melekat. Air laut yang sebegitu masin belum cukup untuk menanggalkannya. Memang pelesit! Aku terbuang. Bukan! Aku dibuang ke laut. Mana pergi semua?



Masih terbaring, lalu aku pusingkan tubuh kering bergaram. Memandang tepat pada dada langit. Biru. Sama seperti laut itu. Sesekali, ombak jantan berlari laju dan jauh ke pantai, menjamah tumit aku.



Dalam lemah, aku ketawa sendiri. Aku angkat tangan kanan, seolah-olah ingin menjamah suria untuk ku ambil secubit bagi mengisi kantong perut aku yang kosong sejak seminggu lalu. Semenjak aku dibuangkan ke laut itu.



Dalam lemah juga, aku sedar suria itu terlalu tinggi. Lalu, aku lihat dalam-dalam bidang langit yang biru tanpa cela. Aku ambil segenggam pasir lalu aku serakkan ke langit. Butir-butir pasir itu menjadi berlian dan terus melekat di atas sana.



Kemudian aku celupkan jari telunjuk ke lopak air masin. Aku lukis kuda terbang, aku lukis awan gemawan pada bidang langit biru. Cantik!



Aku celupkan lagi. Kali ini aku lukis sebuah gunung yang amat tinggi. Aku lukis salji putih di puncaknya. Salji yang mencair, yang ingin mengalir turun. Aku lukiskan sungai untuk salji itu mengalir turun. Sungai itu menjalar dari puncak gunung itu, berkelok-kelok, menghilir ke mulut aku.



Dan setiap titisan salji itu menitis ke atas bibir-bibir aku yang kontang dan berkerak. Segar! Nikmat sejuk salji itu amat terasa. Aku nganga luas-luas. Aku nikmati setiap titis salji yang sejuk itu. Aku tersenyum.



Dan lukisan pada bidang langit biru itu semakin berbalam-balam coraknya. Semakin kelam warnanya. Langit yang biru menjadi merah, menjadi kelabu. Menjadi gelap. Dan akhirnya, menjadi hitam dan amat pekat.



Aku masih tersenyum sambil menadah air salji dengan mulut aku. Air sejuk yang turun dari syurga. Nikmatnya, sehingga aku lupa untuk menarik nafas.


Nafas yang akhir...










[di Pantai Puteri, Melaka]


.

10 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku first!

kakpah said...

hah.. ye la tu. kau tulis kau komen. bagus..

sambil mandi sambil berangan hape!!

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Aku berjalan-jalan di gigi ombak sambil mengutip kerang-kerangan dengan Paku Payung... panas giler cuaca masa tu.

ashley said...

...dan salju itu ku kepal. KU genggam. Lantas kusiraminya dengan air gula..
Lalu ku sedut...ku hirup.
SRRRRUUUPPPP SRRRRUUUPPP...
AAAHHHHH...LEGA!!!
.
.
he he he he

xiiinam said...

Baling-baling pasir ke langit......




Nanti masuk mata, siapa susah....


ckLah jauh nak 'damu' mata tu...

Errr...'damu' ke...'sebol' ....tak berapa pasti...

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ok gak tu... tak nak tambah gula merah? hahaha


CkLah,
Damu tu biasa dengar tapi sebol tu tak pernah lak dengar sebelum ni...

secangkir madu merah said...

bapak budak pon sesekali berendam tak hingat donia...

Nizam.Ariff said...

SMM,
Ah... panas.. panas membakar... hahaha

tasekM said...

mike ni ngape yeop....?








[sebenornya teman nk komen lain. tak pe le. teman campak komen tu ke lombong]

he he.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Mike tu ngape cakap Perak pulok? Hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com