Friday, February 19, 2010

Jagad dalam kenangan ... March 2009 ~ Feb 2010

.


Jagad dalam kenangan kami... March 2009 ~ Feb 2010

March 2009, umur 2 bulan




Bukan kerana hilang sayang. Bukan juga kerana benci.

Semua yang kami lakukan untuk kebaikanmu jua, percayalah..








Kamu yang keseorangan, kamu yang memendam berahi. Kasihan.

Maka, dengan hati yang sedih dan gundah, kami lepaskan kamu.

Kami telah pilih keluarga angkatmu dari golongan yang baik-baik.

Kami percaya kepadanya. Dia akan menjaga kamu sehingga akhir hayatmu.




Kami tetap merinduimu.

Kerana kamu telah menjadi sebahagian daripada keluarga ini:

Makan dan minum bersama, tidur bersama, tonton tv bersama...




February 2010, umur 13 bulan



Jagad,

Selamat tinggal.

Jangan lupakan kami di sini...





.

13 comments:

AZANI said...

salam nizam
jagad pindah ke manapun tapi pasti tersemat kenangan di hati.. mau makan minggu juga nak lupakan...cari haiwan peliharaan lain...selain kucing...

Anonymous said...

nizam..saba la ek...setiap ape yg kita sayang tak selamanya bersama kita..satu hari dia jugak akan pegi...mcm tu jugak kita ni sebagai manusia...biasa la lumrah dunia...
comei jagad...moga kluarga yg menjaganya sama seperti kluarga tedahulu yg menjaga dengan baik, penuh ksh dn syng...hepi besday to jagad...

kakpah said...

comel jagad. mesti ko pilih keluarga yang sayangkan dia.

Anonymous said...

Oh..akak pun sedih..sob..sob.sob..

Coco kami masih bersama.


Kak Lily

secangkir madu merah said...

tadi pagi terbaca di N3 teman blogger yg menceritakan kesedihannya diatas kematian kucing peliharaan kesayangannya...dan aku pon menceritakan juga tentang kucing kesayangan aku di N3 baru dan kebetulan melawat pula ke blog kau ni dan tengok cerita tentang jagad pula... dan aku dapat merasakan perasaan kau & keluarga ketika terpaksa melepaskan dia pergi...

ashley said...

ADA vs TIADA..

Selamat jalan Jagad. Ingat tuan kamu ye..

SHIMI said...

sedih la pulak aku baca n3 ko ni. Ko selalu2 la pi melawat dia...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku nak bela labi-labi pulak la...

Anon,
Masa terima Jagad dulu aku dah terfikir yang satu hari nanti, kami akan terpisah jua tapi walau dah sedia, sedih tetap ada... terasa kosong di rumah...

Kakpah
Kami dah tapis dalam-dalam, termasuk saranan kerajaan ... facebook. Akhirnya, ada keluarga (kawan Mama juga) dari Setia Alam yang suka kepada Jagad...

Waterlily,
Kita sama-sama merasainya...

SMM,
Bertemu dan berpisah... perkara biasa mungkin tapi tetap sedih...

Ashley,
Semoga dia bahagia...terima kasih kepada keluarga angkat baru Jagad...dia dah janji akan jaga Jagad seperti mana kamijaga dia...

Shimi,
Keluarga baru ni ada 5 ekor kucing. Salah seekornya adalah betina yang sebaya dengannya...


Dan berita terbaru yang kami terima malam tadi, Jagad dah mula ngorat awek dari Parsi...

Go Jagad, Go..!!! Hahaha

Anonymous said...

hahahah ptut la..nak suh kacuk kan la to..nanti dapat la anak jagad..hahhaa..nanti bg sekor..
-dak an-

Nizam.Ariff said...

Dak An,
Tengok la dulu kalau jadi. Rasanya macam malas nak bela lagi... kesian sebab asyik kena tinggal je...

Anonymous said...

nanti mama nangis nanti hahahaaa

Mohd Hairul said...

sedihnye.. kucingorengemuk tak masuk ker..?

Nizam.Ariff said...

Anon,
Dah nangis pun... hahaa

Dak Ai,
KOG pegi umrah kut....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com