Thursday, February 25, 2010

Kisah Bunga Tanjung...

.

Ada tujuh pucuk muda yang hijau segar.

Ada tiga ekor kambing yang kelaparan sejak semalam.

Tapi pucuk hijau segar muda itu tinggi di atas pokok.

Dan pokok itu tinggi nun sayup di awan.



Tiga ekor kambing itu tahu nun itu jauh.

Jadi tak seekor pun sanggup sebut huruf nun itu.



Tiga ekor kambing itu tahu pucuk segar muda hijau itu sedap jika dimamah.

Tapi pokok itu bermula dengan huruf nun.

Jadi, tiga ekor kambing itu biarkan pucuk muda segar hijau itu menjadi tua dan berbunga.

Maka jadilah pokok itu pokok bunga kertas yang cantik.

Dan mati kelaparanlah kambing-kambing itu...


Sekian.






.

5 comments:

AZANI said...

salam nizam
tafsir sikit...aku puas rujuk sana ...masih berbalam..

kakpah said...

moral of the story, kalau kau lapar sembelihlah kambing tu buat barbe-q
.
.
aku pun pening nak paham ni.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Tak pe, baca pelan-pelan... hahaha

Kakpah,
Masalahnya, kambing tu yang kebulur, bukan aku... hahaha

tasekM said...

soalan aku....

1. kenapa 7?
2. kenapa 3?
3. kenapa tajuk bunga tanjung isi dalam bunga kertas?

hehehe... banyak tak soalan aku...?

kambeng, pucuk pokok yang bermula huruf nun tu tak la sesedap mana. pucuk ubi lagi sedap aku rasa...

:)



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Itu semua sebahagian dari teka teki.... apakah jenis pokok itu, adakah pokok Nun atau pokok bunga kertas? Hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com