.
Tadi, aku berkesempatan pulang ke Perak. Dan aku masuk ke bilik tidur usang arwah ayah (usang kerana rumah itu kini ditinggalkan, hanya untuk singgahan abang-kakak dan aku).
Kemudian, aku terlihat satu lukisan pada dinding yang dahulunya pada bucu katil arwah ayah (kini katil tu telah tiada). Dinding itu diperbuat dari papan lapis 4x6 kaki.
Kemudian lagi, aku teringat lebih kurang 10 tahun dulu aku ada belikan satu set cat minyak Buncho. Aku belikan kepada ayah dan emak kerana mereka gemar melukis pada masa senggang antara musim penanaman sawah. Dan mereka pun lukislah pada kertas lukisan dan akan ditunjukkan kepada aku setiap kali aku balik ke rumah itu.
Sebenarnya, aku perasan yang arwah ayah akan lukis di mana-mana sahaja yang dia mahu, termasuk dibelakang kalendar, pada dinding batu (semacam mural kecil) dan dinding papan lapis.
Aku juga perasan akan lukisan yang satu ini lama dulu. Tapi, hari ini aku tenung-tenung dan aku lihat dari satu perspektif yang lain:
1. Lukisan itu seakan-akan masih baru kerana ianya cat minyak. Papan lapis itu telah 'berkedut' sedikit dek dimamah usia, menambahkan ke'aslian' lukisan arwah ayah.
2. Bila aku belek rapat-rapat, aku dapati ianya dibuat dengan ketelitian yang agak tinggi. Sehinggakan aku dapat bayangkan apa yang ada dalam fikiran arwah ayah pada masa itu. Itu adalah gambaran yang dia mahukan untuk kami, rumah-rumah itu mungkin sepatutnya rumah-rumah kami yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.
3. Bermakna, lukisan itu adalah hasil dari satu kerinduan ayah terhadap anak-anaknya. Juga harapannya untuk kami kembali bersatu sebagai satu keluarga yang besar.
Ya, kerinduan dan harapan seorang ayah kepada anak-anaknya....
(Gambar kurang jelas (handphone), nanti aku letak gambar dari Olympus yang lebih jelas...)
.
11 comments:
cantik lukisan tu...
banyak mkna yang tersirat dari lukisan tu...
mujarad!... :)
salam nizam
aku syak kau juga berbakat sebagai pelukis....tengok sahaja bila kau mengupas,seninya bahasa ,indah.tempel juga gambar hasil tangan kau..
Yalah Azani...bakat seni tu ada pada Nizam ni sebenarnya...seni bahasa!
Patutlah Tuan Haji Alias tu pun berseni dan beradun orangnya.....
Hebat!!
Dak Ai,
Satu hari nanti aku nak gergaji dinding tu... aku nak frame kan
Lonelyroseblack,
Mujarad mende apa tu?
Azani,
Indah itu milik Tuhan...
Kita cuma dapat guna mata untuk lihat je...
CkLah,
Ye ke? Aku rasa bahasa aku punya la brutal... rock! Hahaha
Ashley,
Lukisan arwah ayah memang begitu, dia lukis kat mana-mana dia suka... aku pun ikut juga perangai dia kut.. aku suka tulis puisi kat mana-mana kertas yang aku jumpa, lepas tu banyak yang aku buang atau aku tinggalkan. nasiblah kalau ada org jumpa...
eh tersayu hati pulak baca entri ni, macam baca cerita² azizi hj abdullah
abah-abah kita punya minat yg sama rupanya...
.
KOG,
Memang tersentuh dan tersentak...
TM,
semoga mereka beroleh rahmatNya...
sesuatu yg amat berharga yg ditinggalkan utk kau warisi... bila kau rindukan arwah, kau tenunglah lukisan hasil kerjatangan yg ditinggalkan...semoga arwah ditempatkan ditempat2 org yg dikasihi...alfatihah..
SMM,
Aku pun cadang nak kopak dinding tu dan frame kan kat rumah aku. Aku turut aminkan doa tu, terima kasih...
Post a Comment