Monday, February 15, 2010

... sayaaang! muah!

.

" Happy Valentine Day sayaaang! muah! " 017-885xxxx

Sms tanpa nama pengirim.


Terketar-ketar aku baca sms tu, bergegar handphone aku (yang aku minta Mama simpankan dalam beg tangannya). Tangan Mama dah pun melekap pada lengan aku, tinggal tunggu nak cubit ketam je...


Aku mula mencongak-congak siapa pemilik nombor tu, kalau-kalau ada yang aku kenal. Tiada! Aku syak, ini tentu peminat seni blog aku tapi...


Aku terus call nombor tu, ada suara perempuan di hujung corong sebelah sana. Dia bertanya, siapa aku. Aku jawab balik, orang kesayangan dia sebab dia yang hantar sms kepada aku. Perempuan tu konfius.


Dia tanya nombor aku, aku pun cakap 012-... Ooooo.. katanya, nombor belakang sama cuma silap tekan 012. Sepatutnya 017... aku pun faham.


Tapi, aku cakap, Mama dah baca sms tu dan jari dia dah mula nak jadi sepit ketam nipah! Aku minta dia cakap dengan Mama. Dia setuju. Lalu aku serahkan handphone aku kepada Mama.



Selang beberapa saat, Mama turunkan penyepitnya dari terus melekat pada lengan aku. Aku lega...




Nota:
Pada mulanya, aku tak nak layan sms tu, tapi aku terfikir ada dua hati akan terguris:

1. Mama...tentulah dengan aku yang kena sepit sekali.

2. Pemberi sms tu. Bayangkan kalau sms tu tak sampai kepada kekasihnya (atau mungkin suaminya kerana suara wanita tu seakan dah berumur lewat 30an... atau kekasih gelapnya??!). Mungkin berlaku juga cubit-cubit udang kara antara mereka berdua...





.

9 comments:

SHIMI said...

ha...ha..
cubit-cubitan ye bro

ko memang bagus. salut

secangkir madu merah said...

iya ke tak kenal? ke buat2 tak kenal...dah kantoi..!

bagus lah kau ni, simpan h/phone kat dlm handbeg mama ek?

aku percaya cakap kau...dan aku tau mama pon percaya...nasib baik belum kena ketil lagi...

aza ni said...

salam nizam, mujur cuma sepit ketam kat luar negeri di 'Bobbit'nya

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Dapat sms masa makan malam kat Pantai Puteri, Melaka... dengan mak bapak mertua. Tua yang cubit je.. kalau kat rumah....huh.. hahaha

SMM,
Aku simpan kat beg mama sebab beg dia besar. Buat apa beg besar2 kalau tak digunakan sepenuhnya? Hahaha

Azani,
Kepit ketam pun kalau tepat pada urat sarafnya, menggigil woo.. hahaha

Cikgu Dahlia said...

hoho..bahaya gak tu erk..nasib xsempat kena sepit lagi... hehehe

ibundo said...

haha.. memang bahaya

Nizam.Ariff said...

Dahlia,
Muncung sepit tu dah terasa sikit-sikit dah.. tu sebab cepat-cepat cal perempuan tu balik. Nasib baik perempuan tu jawab. Kalau tak jawab laaaagi mamposs... hahaha


Kakpah,
Tu la kak. Kalau ada yang nak buat lawak pun biarlah berpada-pada... huhuhu...

ASH said...

wakakakaka...
apa kata kalau ko MUAH MUAH dia balik..
ha ha ha..
.
.
.
.
at least dia tak hantar sms jam tiga empat pagi!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kut kalau sebelah sana tu nenek, amacam? Muaah muaahh boleh tanggal gigi....Hahaha...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com