Thursday, March 11, 2010

Itu sudah cukup untuk mentakrifkan erti hidup, hai anak muda...

.


Dari jauh lagi sudah kelihatan kelibat seorang perempuan tua sedang berjalan terhenjut-henjut tanpa tongkat, tanpa dipapah oleh seseorang, juga tanpa sepatu senipis plastik merah bungkusan bawang pasar malam seperti kebiasaan mereka yang mengemis, oh! alangkah prejudisnya. Tanpa apa-apa pada kaki-kakinya.

.
Lengan-lengan kurus dan kering kulitnya, kini berselisih hampir sehinggakan bisa terlihat roma-roma mukanya yang tergaris-garis dengan rencatan peristiwa-peristiwa yang perempuan tua itu sendiri tahu. Lengan yang tiada daging untuk mengisi tulang-tulang, tiada daging untuk meluruskan telunjuknya, tiada daging untuk membekam lengan kepada bahunya. Tiada apa-apa pada tangan-tangannya.


Tubuh kurus melidi bagaikan boleh melayang jika ditiup angin sedikit kencang. Terlalu rapat selangkanya, terlalu kecil kantung perutnya, terlalu kempis dadanya. Sehelai baju kurung yang masih mampu melekat pada tubuhnya terbuai-buai ditiup angin. Tiada apa-apa di dalam perutnya, tiada apa-apa dalam dadanya, tiada apa-apa di dalam pundi kencingnya. Tiada apa-apa untuk disendawakan. Tiada apa-apa pada batang tubuhnya.


"Anak muda, aku masih bernyawa... aku masih ada nyawa. Itu sudah cukup untuk mentakrif erti hidup..." Katanya.


Matanya menyorot jauh ke dalam, menyepet ketika memandang langit yang putih dengan awan-gemawan.


" itu sahaja yang aku ada.... namun itu sudah memadai untuk aku mengenali dunia, mengenali kamu... " tambahnya.


Dan perempuan itu itu berlalu pergi sambil terhenjut-henjut tanpa tongkat, tanpa dipapah oleh sesiapa, tanpa ada apa-apa... selain nyawanya. Namun, seperti katanya, itu sudah memadai untuk mentakrifkan erti hidup....



.

11 comments:

kucingorengemok said...

ada rupa vincent van gogh

Nizam.Ariff said...

KOG,
Aku ambik gambar mana ntah... hahaha

secangkir madu merah said...

kenapa ngan makcik tua tu? kesian lak... dia nak minta belanja makan ke tu?

ashley said...

kuruih nya makcik tua tuh...
kemedian..kemedian..?
.
.
sedap pulak baca nih!
ko jangan malaih nulih pulok.

kakpah said...

kesian aku nengok makcik tu.

tasekM said...

ok. ok. kuruih tu kuruih laaaa.... tapi jgn dok cerita tang dada kempih no... aku macam terasa nk mewachaaaaaa~

ha ha.

:P



.

tasekM said...

kejap. ni aku nk cerita nih. tapi aku nk gelak dulu. hahahaha...

aku baca blog ko nih... MC kat sebelah. dia tgk gambar paku payung tu... dia kata, 'eh! tu gambar MC yek...? MC kan ada baju tom n jerry jugak...?'

aku kata bukanlah!

dia cakap balik, 'apsal muka dia macam muka MC...?'

hahahaha....

ekceli dulu darren pun pernah tanya, eh! tu gambar MC ke...? (dia rujuk gambar paku payung tu...)

hahahaha....





.

Nizam.Ariff said...

SMM,
Entahla... dia nak jalan-jalan makan angin kut... hahaha

Ashley,
Sketsa ni memang pendek-pendek... nanti-nanti ada la sambungannya, minggu depan ke, bulan depan ke...

Kakpah,
Kita kesian kat dia. Tapi , dia kesian kat kita yang asyik tak cukup masa asyik keje cari duit, tanpa ada masa untuk melihat seisi dunia yang zahir dan batinnya... kesian kat kita... hehehe

Tasek,
Hah, apa lagi.. Ko waaachaaaa! la Payuda sebotol dan sekrim .. HAHAHAHAHA...

Nizam.Ariff said...

Tasek,
Weh... tak boleh gi pasar malam nih... boleh tertukar anak nanti.. hahahaha...

ashley said...

Komer dua( niz and tas,
aku rasa anak niz tak julur lidah macam anak tas..
hahahaha
.
.
anak niz pesen lebih sentimental...

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Yup, betul.. aku setuju.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com