Monday, March 15, 2010

Sang Gelembai bertemu Hantu Raya ... mantra for evil

.


Pandangan aku kabur... berkabus, untuk lebih tepat.


Dan aku lewati pucuk-pucuk enau yang cuba-cuba melolosi hutan belukar, berlumba-lumba mencari segalur cahaya pelangi indah. Aku seolah-olah terbang dari pucuk ke pucuk, seolah-olah melangkah dengan berpijak atas angin, seolah-olah Sang Gelembai yang terbang pulang ke sarangnya menjelang sore.


Nah! Muncul kau dari kabus putih akhirnya. Jangan kau cuba berselindung lagi!
Aku tahu asal usul mu. Asal kamu dari bulu kaki nabi Adam. Asal kau dari bulu hidung Nabi Adam. Turun kau ke bumi dengan murka anak cucu Adam.




Akan aku ikat kau dengan urat rotan. Akan aku cambuk kau dengan duri rotan. Biar kau meraung, biar didengari 7 lapis bumi, 7 lapis langit! Aku seru kau, tunduk kau kepada aku! Patuhi perintah aku!


Naiklah kau ke puncak sana. Tinggallah kau di puncak sana.
Selagi jagung rebus ini tak tumbuh, tak berbuah, jangan kau berani turun ke lembah sini!
Kalau kau turun juga, nescaya aku tarik lidah kau, akan hancur isi perut kau.


Makan kamu hati-hati si penjudi. Minum kau darah-darah si penjudi.
Itu makan minum kamu! Jangan ganggu makan minum anak cucu adam di lembah sini.
Nyah kau!!!!!!




Inilah permaisuri yang terbang
bersama-sama Sang Gelembai itu...




Nota:
Aku dah lekatkan gambar hasil tangan arwah ayah aku di Flicker. Sila klik link di 'KPI korner'


.

8 comments:

xiiinam said...

Permaisuri itu memang jelita....
Sang Gelembainya...bagaimanakah gerangan pula?





Hi..hi...kecik-kecik dulu naik kereta kabel Bukit Nenas...ikut rombongan sekolah cikgu Ahmad Lutfi!

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Sang Gelembai tetap kekal mitos purbawara... suaranya saja persis Si Medusa! Apatah lagi bayangnya... Jadi, aku kekalkan aku sebagaimana mitos suci purbawara... hahaha

kucingorengemok said...

org johor panggil hantu rambut merebang tu sang kelembai... kalau sang gelembai mcm hero mitos perut gelebeh je bunyi dia, kih kih (peace)

Nizam.Ariff said...

KOG,
Yang rambut merebang tu bukan ke hantu k*p*k?

secangkir madu merah said...

sang gelembai tu pontianak sundal malam ke?

Nizam.Ariff said...

SMM,
sang gelembai yang tegur orang , orang jadi batu...

kucingorengemok said...

hantu k*p*k yang duduk belakang pintu n sorokkan budak bawak *tooot*, keadaan rambut tidak diceritakan

Nizam.Ariff said...

KOG,
Hah, betul la tu... tapi gelembai hantu lain...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com