Wednesday, March 10, 2010

Semangat yang hilang bersama asap berkepul-kepul...

.


Seorang lelaki berkemeja putih kolar tebal dan ber'bush-jacket' berjalan mundar-mandir di lorong belakang shopping mall. Akhirnya, dia yang sedikit buncit, bersandar pada dinding kasar hasil garapan tangan-tangan Indon tanpa permit, dia keluarkan sekotak rokok, dia nyalakan sebatang sahaja.


Sambil mengolah asap berkepul-kepul ke udara dengan bentuk bulatan, bentuk bintang dan kadang-kadang bentuk setan, dia lihat lelaki compang-camping menghampirinya sambil menyeret seberkas kotak dan tin-tin aluminium kemek di dalam plastik putih yang diikat pada pinggang kurus.


Lelaki compang-camping mengunjukkan jari telunjuk dan jari hantunya ke arah lelaki berkemeja putih kolar tebal itu, meminta sebatang rokok. Diberikannya sebatang. Kemudian, dinyalakannya.


'Kamu bertuah. Kamu miliki segala yang kamu mahu' kata lelaki compang-camping.


'Tidak betul. Aku berhutang untuk memiliknya, berhutang demi kemahuan aku' balas lelaki berkemeja putih kolar tebal.


Kedua-duanya kini duduk di atas anak tangga simen juga hasil garapan tangan-tangan Indon tanpa permit.


'Kamu lebih bertuah. Kamu tiada hutang untuk hidup' Kata lelaki berkemeja putih kolar tebal.


'Tidak betul. Aku masih berhutang. Aku berhutang dengan diri aku sendiri. Dan aku tahu yang aku tak tahu bila aku boleh langsaikannya' balas lelaki compang-camping itu.




Kedua-duanya masih duduk di atas anak tangga simen sambil melayan asap yang berkepul-kepul naik ke atas, ada bentuk bulatan, ada bentuk bintanng dan ada bentuk hutang-hutang yang muncul satu persatu dari dalam fikiran mereka.





.

10 comments:

ASH said...

Nizam,
siapa sebenarnya lelaki berkemeja putih itu?....berat tanggungan nya hingga terpaksa menyamai lelaki compang camping..

Anonymous said...

nice...garap la jadi sebuah cerpen.

Kau tau,kak bermula dengan sketsa2 kecil begini :)

Awalnya kak Ash komen haha..tak siap2 lagi tugasan saya kak.

Meronda rumah kawan2 kejap. Ada yg bagi bagi salam ada yang baca diam2...

WL

ckLah @xiiinam said...

Nak ku tangkap kepulan asp itu....
Masuk dalam botol....










Sesak-sesak nanti suruh jin keluar...

Errr....maaf ya..ckLah merapu kat sini...semangat ku juga entah ke mana...

ASH said...

WL, hari ni MC.ada sakit sikit..tapi dapat dah kan mender yang akak hantar tempohari..

Nizam..kasi laluan kat kami nuuu..hang naik kan?

ASH said...

'naik'..ishhh..lain macam le pulak bunyik nyer..what I meant is 'baik'

ibundo said...

jadikan sebuah cerpen lengkap. aku tunggu..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku pun tak kenal laki tu.. sebab hanya ada dalam imaginasi je...

Waterlily,
Tak cukup masa la kak, masa abis ke lain... tu yang buat satu scene je nih...

Cklah,
Asap dan sesak masih releven dengan tema 'pijar' kita minggu ni... hahaha

Ashley,
KAK!!!!... apa yang naik tu kak?

Ashley,
Eleh... first impression stays hahaha ni mesti akak ingat mende lain nih... walau pun bukan aku... Aku tau... Naik Kapal Terbang hari tu la ni... hahaha


Kakpah,
Nanti la kak, masa banyak pergi ke lain. Masuk dunia blog pun seminggu sekali je dah ni...

aza ni said...

salam Nizam
aku pun sedang menuju ke kecomanpang-campingan....asap berkepul,bau kemenyan,sedikit stanggi...ada pula one drop mperfume...he he he

tasekM said...

tapi kan. hutang kaaaa... tara hutang kaaaa... muncung tu nak jugak berasap, kan...?

wachaaaaa..!!!!~








jgn tension2 sgt bang!~ :)


.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Compang-camping tak pe, asal tak nampak aurat dah le... hahaha

TM,
Waachaaaaa..!!!!!!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com