Wednesday, April 7, 2010

Perlukah aku bunuh? .... adakah kaitan tikus dan Din Beramboi?

.


Semua mahu hidup. Untuk hidup, kita perlu makanan, perlu minuman.
Perlukah kita bolot dunia ini? Ataukah kita patut berkongsi untuk terus hidup? Simbiosis?
Entahlah...

Aku tak pasti apa jenis simbiosis antara aku dan si kecil ini, lebih-lebih lagi di pejabat kami:

Sejak beberapa lama, ada si penumpang kecil ini menumpang hidup di pejabat kami. Mengambil kesempatan terhadap pantri kami yang sentiasa penuh dengan minuman dan makanan ringan.

Namun bila tersebarnya berita angin yang mengatakan kematian Din Beramboi berkaitan dengan kencing tikus (yang akhirnya disangkal oleh pihak hospital), kami mula risau tentang hubungan kami dengan si kecil itu.

Dua hari lepas, kawan aku beli perangkap. Mulanya perangkap jenis apit-apit, kalau kena mungkin terkepit atau putus dua. Boss tak setuju sebab si kecil itu pun ingin hidup. Jadi, dia beli perangkap jenis tak membunuh. Dua hari lepas juga, aku dan kawan aku ubahsuai pelantik perangkap itu supaya lebih sensitif. Aku ubahsuai mekanisma perangkap itu kerana aku tau si kecil itu bukan sebesar tupai. Menggunakan kepakaran kejuruteraan aku, dan sedikit pengiraan yang menggunakan Laplaz Transform, aku potong sedikit palang pelocok untuk sesuaikan dengan berat dan tenaga seekor tikus. Lalu, aku letakkan makanan kegemarannya. Kawan aku letakkan perangkap itu pada laluan si tikus kecil itu.

Pagi tadi, kawan aku jenguk. Dan teman simbiosis kami telah terperangkap. Namun persoalannya sekarang, apa yang patut kami lakukan?

Aku sms boss aku, aku cakap hasil tangkapan lumayan dan kalau mahu, tengahari ini kita boleh pekena sup tikus...

Dia balas, jangan dibunuh! Lepaskan dia jauh jaaauuuuhhh....
Selang beberapa waktu, aku sms boss aku lagi, dia dah selamat...
Boss aku cepat-cepat balas, apa maksud kau 'dia dah selamat...'?

Aku tau, dia mesti ingat aku dan kawan aku dah lenyek tikus tu atau direndam di dalam air longkang. Sebenarnya, aku dan kawan aku dah bawa tikus tu jauh-jauh dan lepaskannya di tepi jalan yang bersebelahan dengan hutan sekunder.
Aku balas sms boss, aku dah lepaskan tikus tu tapi dia dah merasa naik Honda aku, boss pun belum pernah naik lagi... hahaha...







.

9 comments:

tasekM said...

itu umpama ko pas kan penyakit kat org lain pulak tu. elok dibunuh saja aku rasa. apa kaedah nk bunuh tikus tu pun aku tak tau. tak reti aku bab bunuh2 nih.

:)



.

xiiinam said...

Kucing ckLah tu...tikus lalu depan hidung dia, dia buat derrkk saja!

Kucing pun dah tak siyo menjamah tikus...

ashley said...

ko ambik senapang..tembak jer..!!
kalau ada..
kalau tidak macam mana?
nak curah air panas bagi mati, orang kata tak baik..
nak ketuk??
bukak je perangkap, dia terus lari..tak sempat nak kejar..
nak rendam?
lambat mati...tersiksa..
ehhhhh..

lepaskan..??? membiak biak kang!!

Nizam.Ariff said...

TM,
Tak sampai hati nak bunuh la... comey sesangat tang muncung dia tu.. hahaha

Cklah,
Kucing sekarang dah biasa makan friskis, dah biasa makan ikan slmon rebus... hahaha

Ashley,
Biarlah dia membiak kak, biarkan alam semulajadi yang menyekat pembiakannya melalui rantaian makanan... dia dah gemuk makan biskut. Sekarang dia tak cukup makan, kurang le membiak. Lagi pun, biar helang dan ular yang kawal populasinya... amacam alasan aku?

Anonymous said...

perhhh...paman beli honda baru ke? honda ape???

Nizam.Ariff said...

Anon,
alaa... honda kotaraya je..

Anonymous said...

ceittt...honda kotaraya tu ex 5 series ke?huhu...

Nizam.Ariff said...

Anon,
kalau ex 5 series mana ada class nak bawak tikus... hahaha

Anonymous said...

paman

beli city norhaliza warne ape? sama ngan paman azmi ke?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com