Thursday, April 22, 2010

Bila malam bulan mengambang penuh .... full moon

.


(Arwah) Bapak aku pernah cerita, awal-awal kemerdekaan dulu, kampung aku ada lebih banyak pokok cengal berbanding tiang-tiang rumah orang kampung. Lebih banyak busut jantan berbanding ibu-ibu yang mengandung. Pada masa itu, rimbunnya pokok-pokok di kanan-kiri jalan hinggakan bertaup pucuknya, bercium pucuknya. Redup.


Dan bila malam, walau kala bulan mengambang, cahayanya tertanam dalam rimbun daun, gelap. Pelita-pelita minyak tanah melentuk-liuk dimamah angin malam di dalam rumah-rumah kayu bertiang seribu, api pelita pun tahu geli kena mamah. Bau minyak tanah dari pelita-pelita tu bercampur-baur dengan harum Cempaka.


Dan bila malam juga, pukul 10pm lagi dah terkapar kelambu-kelambu merah jambu dan putih. Jarang-jarang sekali deru enjin motorsikal menggugah tidur burung, menggugah dengkur orang-orang kampung. Yang biasa terdengar ialah deringan cengkerik.


Dan bila tengah malam pula Bapak aku kata, langsuir-langsuir liar akan terbang melayang dan menarik-narik tali-tali kelambu...




.

8 comments:

SHIMI said...

seram weiii

ingat sekarang hantu pun lari tengok kelaku manusia

AZANI said...

salam nizam
zaman tu banyak lg habitat...sekarang hutan dah nipis....manusia ambil peranan pula

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Semangat malam Jumaat.. hahaha

Azani,
Sekarang hutan konkrit... manusia adalah pelesit-pelesitnya... hahaha

tasekM said...

konon2nya langsuir la yg tarik tali kelambu tu... pada hal... itu kerja 'langsuir' dalam kelambu tu kan...? ha ha.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Itu yang aku dengar, itu juga yang aku bagi tau... betul kut.

Anonymous said...

Paman,

haha..paman penah jumpa ke sndiri?tak pun kakek jumpa sndiri?

kucingorengemok said...

tapi tak rasa la ada langsuir jinak...?

Nizam.Ariff said...

Pojie,
Katanya, kakek tau geng mana pernah kena kacau masa kecik2 dulu sebab dia ada sebut nama-nama orang yang kena kacau masa balik mengaji...

KOG,
Langsuir liar... bila terbang macam burung bangau putih waktu malam...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com